Grand Bazar Megaraya 2023 di Manjung, Perak Dapat Sambutan Meriah!

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, pastinya persiapan Aidilfitri 2023 kali ini sedang dipersiapkan sebaiknya dengan berbaki kurang 7 hari sebelum perayaan Aidilfitri disambut umat Islam seluruh dunia. Bagaimana dengan persiapan anda? 

Baiklah, baru-baru ini aku berkesempatan ke sebuah lokasi bazar raya yang memang meriah terletak di sebuah daerah di negeri Perak. Lebih menarik kerana ini merupakan penganjuran pertama dan sudah menerima sambutan yang meriah.

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023, MANJUNG PERAK BERLANGSUNG MERIAH !

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

Meriah betul Grand Bazar Megaraya 2023 di Manjung, Perak ini! Menariknya ini merupakan penganjuran pertama dan sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Penduduk sekitar Manjung dan juga negeri Perak datang dan berkunjung ke sini untuk membeli belah dan membuat persiapan perayaan.

Grand Bazar Megaraya 2023 di Manjung ini dianjurkan oleh Medan Selera Manjung Musang King, Manjung Awesome Greatest Trading dan WS Enterprise. Untuk maklumat, ketiga-tiga syarikat ini adalah berasal dari Manjung dan gabungan ini melibatkan kepakaran dan latar belakang yang bakal menyempurnakan penganjuran bazar kali ini. Berlangsung dari 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 ini, Grand Bazar Megaraya ini merupakan bazar Ramadan & Aidilfitri terbesar di daerah Manjung pada tahun ini dan menariknya penganjuran kali ini disokong pelbagai pihak termasuklah syarikat swasta, kerajaan dan juga NGO.

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

Antara yang menariknya di Grand Bazar Megaraya ini adalah akses mudah untuk pengunjung yang datang. Selain itu, tempat meletak kenderaan percuma, kemudahan medan selera, tandas dan juga surau untuk solat terawih.

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

Selain itu, untuk mereka yang inginkan keriangan, boleh ke Carnival Carousel dengan pelbagai jenis permainan yang menghiburkan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.


MAJLIS IFTAR & PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

Pada 14 April 2023 yang lalu telah berlangsungnya Majlis IFTAR dan penyampai sumbangan kepada Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz oleh pihak penganjur iaitu Mr. Kenny Teh, isterinya Ms. Ketty dan Penganjur Bersama YH. Dato' Sue. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Imam Muda Ustaz Nazrul dan juga Orang Besar Jajahan Manjung, OBJ yang menyampaikan sumbangan hari raya kepada 40 orang pelajar tahfiz dan juga anak yatim.

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak


MAJLIS PERASMIAN GRAND BAZAR MEGA RAYA 2023

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

Pada sebelah malamnya pula berlangsungnya majlis perasmian Grand Bazar Megaraya 2023 yang dirasmikan oleh YDH. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung.

Antara yang turut hadir adalah Pengerusi Grand Bazar Megaraya Mr. Kenny Teh dan Isteri serta Pengerusi Bersama YH. Dato' Sue. Majlis ini turut dihadiri Tuan Zuhairi Manjung Lumut, pihak Pejabat Agama Daerah Seri Manjung, Majlis Agama Islam dan Adat Perak (MAIPk), Pejabat Kebajikan dan Masyarakat (JKM), Ketua² Agensi Kerajaan, Jemputan Korporat, Penaja-Penaja dan ramai lagi.

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari turut menceritakan serba sedikit tentang penganjuran Grand Bazar Megaraya yang julung kalinya diadakan ini;

Grand Bazar Megaraya ini merupakan kali pertama di adakan di Medan Musang King, Medan Musang King ini telah beroperasi sejak 4 tahun lalu iaitu sebelum PKP yang lalu. Apabila bermulanya Covid-19 dan PKP, pelbagai aktiviti semakin berkurangan. 
Seperti yang masyarakat disini sedia maklum, di Manjung ini bukan hanya ada Grand Bazar ini terdapat juga Persalam Night Market yang mana lebih kepada produk makanan dan juga pakaian. Untuk Grand Bazar Megaraya ini pula banyak tertumpu kepada jualan pakaian, produk daripada peniaga tempatan dan ini merupakan perkara yang amat baik, kerana ini diadakan pertama kali di daerah Manjung dan sekaligus dapat membawa pelangcong lebih ramai dalam siri akan datang. 

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak


Disoal sama ada penganjuran akan diteruskan pada tahun akan datang, beliau menjelaskan;

Grand Bazar Megaraya ini pada masa akan datang mungkin akan diadakan bukan hanya pada musim perayaan tetapi juga pada waktu yang difikirkan perlu untuk menjana pendapatan bagi peniaga di daerah Manjung dan negeri Perak yang mana kita pasti boleh menarik lebih ramai orang dari luar negeri Perak untuk datang ke daerah Manjung.
Lokasinya yang berdekatan dengan tempat pelancongan popular seperti Pulau Pangkor dan Lumut juga adalah antara yang menjadikan lokasi Grand Bazar Megaraya ini lebih unik dan dapat menjadi sebagai hab untuk pelancong datang sebelum ke tempat pelancongan popular seperti Pulau Pangkor.

Bercerita tentang keunikan Grand Bazar Megaraya ini, beliau mengatakan bahawa yang utamanya adalah lokasinya yang cukup strategik, seperti yang sudah sedia maklum, untuk ke Pulau Pangkor boleh melalui dua jeti iaitu di Lumut dan juga di Marina Island dan kedudukan kedua-dua jeti ini adalah berasingan, walaubagaimanapun sebelum ke lokasi jeti tersebut, pelancong akan melalui lokasi Grand Bazar Megaraya ini terlebih dahulu kerana lokasinya yang terletak di laluan utama. Jadi ini adalah perkara yang amat baik dan akan ditumpukan sebagai hab sehenti sebelum ke Pulau Pangkor dan sebagainya.

Antara keunikannya lainnya adalah barangan yang dijualkan disini termasuklah produk-produk kraftangan dan sebagainya juga merupakan produk hasil anak Manjung dan negeri Perak yang disediakan pada harga yang berpatutan.

Grand Bazar Megaraya Manjung, Perak

SEBAGAI ACARA UNTUK TAHUN MELAWAT NEGERI PERAK 2024

Menurut beliau lagi, pihak kerajaan sememangnya menggalakkan pihak peniaga untuk berniaga, tambahan pula tahun depan iaitu 2024 merupakan Tahun Melawat Negeri Perak, jadi bazar kali ini adalah sebagai pra-Tahun Melawat Negeri Perak, dan dengan adanya Grand Bazar Megaraya ini yang diadakan sebelum Tahun Melawat Negeri Perak, beliau pasti penganjuran pada tahun hadapan akan lebih meriah dengan pelancong dan pengunjung yang akan datang.


Semoga dengan adanya Grand Bazar Megaraya ini dapatlah penduduk di Manjung khususnya dan negeri Perak amnya dapat membeli belah dan membuat persiapan perayaan. Semoga penganjuran pada tahun hadapan akan lebih meriah dengan program-program yang lebih menarik dan lebih meriah.


LOKASI GRAND BAZAR MEGARAYA MANJUNG




#GrandBazarMegaraya 
#kemeriahanberganda

Untuk sebarang berita terkini berkaitan Grand Bazar Megaraya ini, anda boleh ke laman facebook mereka di ; Faceboook Grand Bazar Megaraya 

SEKIAN

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!