Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siapa disini suka pakai jam tangan? Mungkin ada antara kita yang pada masa sekarang ini sudah tidak memakai jam tangan, kerana fungsi untuk melihat waktu itu sudah ada pada telefon pintar. Tapi untuk aku tidak, sejak bersekolah menengah lagi aku memakai jam tangan dan banyak juga yang aku hilangkan.
Jam pintar pula semakin mendapat tempat kerana pertamanya memudahkan terutamanya ketika memandu untuk melihat notifikasi, keduanya untuk mengukur tahap kecergasan, seterusnya pula adalah untuk menguruskan masa dengan adanya fungsi seperti peringatan, penggera dan pemberitahuan kalendar.
Selain itu, fungsi yang penting juga adalah untuk komunikasi yang lebih mudah apabila panggilan, mesej dan sebagainya dapat dilihat melalui jam pintar. Akhir sekali, untuk hiburan, dimana jam pintar ini dapat memainkan muzik, bermain permainan dan sebagainya.
Untuk aku sendiri tidak terkecuali dalam mencari jam pintar kerana sememangnya banyak juga jenama di pasaran dan akhirnya aku memilih satu jam pintar keluaran Kieslect yang dikenali sebagai Kieslect Calling Watch Ks.
SESUAI DIGAYAKAN UNTUK PELBAGAI OUTFIT
SEBAB KENAPA AKU PILIH KIESLECT CALLING WATCH KS
⌚ SPESIFIKASI ;
Okay jom aku nak cerita serba sedikit tentang spesifikasi Kieslect Calling Watch Ks ni. Pertamanya adalah tentang paparannya iaitu 1.78" Super AMOLED Display (368 x 448), iaitu paparan yang aku kira besar dan sangat mudah untuk kita melihat paparannya dengan jelas dan tanpa sebarang gangguan.
Keduanya adalah sambungan Bluetoothnya yang sangat stabil iaitu Bluetooth 5.2. Selain itu, turut tersedia pembesar suara dan mikrofon padanya menjadikan fungsi panggilan telefon di jam ini sangat hebat! Bila bluetooth yang stabil, jadi kita dapat melakukan aktiviti melalui telefon pintar dan jam ini secara terus tanpa gangguan. Untuk berkomunikasi melalui jam juga sambungannya sangat pantas.
Selain itu, Kieslect Calling Watch Ks ini merupakan jam pintar ketiga menggunakan 2-in 1 Core calling chip iaitu selepas jam pintar Apple dan Samsung. Dengan menggunakan chip ini, penggunaan tenaganya adalah 30% lebih rendah berbanding cip dual yang sememangnya dapat memanjangkan jangka hayat bateri itu. Contoh macam aku sendiri memang hanya sekali sahaja perlu cas dalam masa 6 hari. Dengan penggunaan yang biasa pun masih boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Didatangkan dengan Quick Release Magnetic Strap, memang mudah untuk dipakai serta warnanya yang ceria memang cantik digayakan untuk pakaian seharian. Selain itu, diberikan satu lagi strap berwarna hitam untuk menampakkan sisi yang lebih cool.
⌚ FUNGSI MENARIK;
Okay, seterusnya aku nak cerita tentang fungsi-fungsi menarik yang ada pada Kieslect Calling Watch Ks ini.
Jam ini didatangkan dengan Multi-Function Second Button yang mana ia mempunyai pelbagai fungsi termasuklah tekan sekali untuk ke mod sukan, dua kali tekan untuk voice assistant dan tekanan yang panjang untuk beberapa saat untuk mod SOS. Memang fungsi yang menarik kan?
Jam ini turut tersedia IP68 Waterproof dan juga fungsi menarik lain seperti customize watch faces, flashlight, built-in games, camera control, alarms, stopwatch, AI voice assistant, calculator dan pelbagai lagi.
Terdapat 100 mode untuk sukan yang tersedia iaitu termasuklah seperti larian, berbasikal, badminton, golf, yoga dan sebagainya yang mana memang fungsi terbaik bagi mereka yang aktif bersukan dan ingin mengukur tahap kecergasan masing-masing.
Fungsi Abnormal Heart Warning pula antara fungsi terbaik dimana kadar degupan jantung kita akan dipantau selama 24/7 untuk kesihatan diri. Bagi aku fungsi ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan dalam kerja dan sedikit sebanyak dapat membantu mengatur kesihatan diri.
Fungsi kesihatan lain dalam jam Kieslect Calling Watch Ks adalah seperti SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breathing Training, Pressure Test and Emotion Test. Memang mudah untuk melihat dan mengukur tahap kesihatan kita bila adanya fungsi-fungsi sebegini.
Fungsi yang menarik seterusnya adalah Quick Menu Access dan juga Music Player. Untuk Quick Menu Acces ini memang sangat membantu, hanya perlu swipe sahaja dan terus jam anda akan menjadi split screen. Senang nak memilih ketetapan yang sering digunakan. Fungsi Music Player pula membolehkan kita mendengar muzik melalui pergelangan tangan sahaja dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, tak kira sedang bersukan, memandu, dan sebagainya.
Untuk di telefon pintar pula, aplikasi yang perlu dimuat turun adalah Kie OS yang mana bagi aku aplikasi ini sangat mudah untuk digunapakai. Senang sahaja untuk melihat fungsi-fungsi yang ditetapkan pada jam, semuanya dipaparkan disini. Lebih menarik, kita juga boleh menukar gambar skrin jam melalui aplikasi ini.
TONTON VIDEO REVIEW INI 👇
INFO SERBA SEDIKIT TENTANG KIESLECT
Sebelum menutup artikel kali ini, aku nak kongsikanlah serba sedikit tentang Kieslect ini. Ditubuhkan pada tahun 2017, Kieslect ini telah telah mempunyai lebih 5,000 kedai runcit di lebih 60 buah negara. Kieslect telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wayarles terkemuka untuk menerajui dunia baharu peranti boleh pakai pintar berkualiti dengan reka bentuk yang elegan. Lebih menariknya, kesemua produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA!
Sebagai sebuah jenama terkemuka, Kieslect sentiasa berusaha untuk memberikan reka bentuk yang menarik, kualiti unggul dan nilai terbaik untuk pelanggannya.
Kieslect juga telah memenangi pelbagai siri anugerah antabangsa iaitu termasuklah Red Dot Design Award, iF Design Award, dan German Design Award yang membuktikan reka bentuk produk Kieslect menambat hati orang ramai. Terbaiklah!
JOM DAPATKAN KIESLECT CALLING WATCH KS
Selepas menggunakan Kieslect Calling Watch Ks ini selama beberapa hari, aku dapati kehidupan seharian aku lebih baik daripada sebelum. Sekarang aku dah boleh nak ukur kecergasan dengan sasaran yang ditetapkan. Selain itu, aku juga dapat melihat tahap kesihatan, tahap stress dalam diri, dan sebagainya.
Dengan rekaan yang cantik, jam ini sangat sesuai untuk aku gayakan ke pelbagai acara yang aku hadiri. Ramai juga yang bertanya tentang jam ini. Keseluruhannya, aku memang berpuas hati dengan jam ini.
BERITA BAIK!
Okay, untuk anda yang berminat membeli jam ini, berita baik untuk anda, gunakan code 'KIESKS' dan anda boleh dapat potongan RM10! (First Come First Serve)
*Untuk jaminan dan kepuasan pengguna, KIESLECT menawarkan insurans jaminan gantian selama setahun. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pengguna boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu. Walau bagaimanapun, jika produk rosak disebabkan kesilapan pengguna, KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya.
Platform Jualan Rasmi Kieslect :
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
Platform Sosial Media Rasmi Kieslect Official :
- Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
- Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
- Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
- Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
- TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
saya pakai jam tangan, tapi kurang berkenan yang digital. lebih suka yg berjarum. old skool.. hehehe
ReplyDelete