Assalamualaikum dan salam sejahtera
Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 (2023) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak didalam Komik Marvel, Guardians of the Galaxy, diterbitkan oleh marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini merupakan filem terakhir bagi siri trilogi Guardians of the Galaxy, iaitu merupakan sekuel bagi filem Guardians of the Galaxy (2014) dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 (2017). Filem ini juga merupakan filem ke 32 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Filem ini ditayangkan secara perdana di Disneyland Paris pada 22 April 2023 manakala untuk tayangan bagi seluruh dunia pula adalah pada 5 Mei 2023.
GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 (2023)
Pengarah : James Gunn
Penulis : James Gunn
Penerbit : Kevin Feige
Sinematografi : Henry Braham
Edit : Fred Raskin & Greg D'Auria
Muzik : John Murphy
Durasi : 150 minit
Bajet Filem : $250 Juta USD
Rotten Tomatoes : 82%
Metacritic : 64/100
CinemaScore : A
PosTrak : 91%
BARISAN PELAKON FILEM GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 (2023)
- Chris Pratt sebagai Peter Quill / Star-Lord
- Zoe Saldana sebagai Gamora
- Dave Bautista sebagai Drax
- Karen Gillan sebagai Nebula
- Pom Klementieff sebagai Mantis
- Vin Diesel sebagai Groot
- Bradley Cooper sebagai Rocket
- Will Poulter sebagai Adam Warlock
- Sean Gunn sebagai Kraglin
- Chukwudi Iwuji sebagai The High Evolutionary
- Linda Cardellini sebagai Lylla
- Nathan Fillion sebagai Master Karja
- Sylvester Stallone sebagai Stakar Ogord
- Elizabeth Debicki sebagai Ayesha
- Michael Rosenbaum sebagai Martinex
- Christopher Fairbank sebagai Broker
- Gregg Henry sebagai Grandpa Quill
- Karen Abercrombie sebagai Grandma Quill
- Michael Rooker sebagai Yondu.
- Maria Bakalova sebagai Cosmo
- Asim Chaudhry sebagai Teefs
- Mikaela Hoover sebagai Floor
SINOPSIS FILEM GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 (2023)
Di ibu pejabat baharu mereka di Knowhere, Guardians of the Galaxy diserang oleh Adam Warlock, seorang pahlawan Sovereign yang dicipta oleh Ayesha. Selepas Adam mengalahkan mereka dan mencederakan Rocket dengan serius, dia ditikam oleh Nebula dan dipaksa melarikan diri. Guardians tidak dapat merawat luka Rocket kerana 'suis bunuh', yang dibuat oleh syarikat Orgocorp, tertanam dalam dirinya. Mereka pergi ke ibu pejabat Orgocorp untuk mencari kod ganti.
Ketika Rocket terbaring tidak sedarkan diri, dia teringat akan masa lalunya. Sebagai bayi rakun, dia telah diuji oleh High Evolutionary, seorang saintis yang berusaha untuk meningkatkan bentuk hidupan haiwan menjadi spesies antropomorfik untuk mencipta Counter-Earth. Roket berkawan dengan subjek ujian High Evolutionary yang lain: Lylla (otter), Teefs (walrus) dan Floor (arnab). High Evolutionary itu kagum dengan kecerdasan Rocket tetapi sangat marah kerana ia melebihi kecerdasannya. High Evolutionary menyempurnakan proses antropomorfisasi dengan nasihat Rocket tetapi mengarahkan otak Rocket diekstrak dan rakan-rakannya dibunuh. Roket membebaskan Lylla, hanya untuk kemudiannya High Evolutionary membunuhnya. Roket, marah, menganiaya High Evolutionary dan menembak pengawalnya, tetapi Teefs dan Floor terbunuh dalam keadaan huru-hara itu. Seorang diri, Rocket mencuri kapal angkasa dan melarikan diri.
Pada masa kini, versi ganti Gamora, yang telah pun menyertai Ravagers, membantu Guardians menyusup masuk ke Orgocorp. Mereka mendapatkan semula fail Rocket, tetapi mendapati bahawa kod itu telah dialih keluar. Kumpulan itu membuat spekulasi bahawa Theel, salah seorang penasihat High Evolutionary, memilikinya, jadi mereka berlepas ke Counter-Earth. Mereka diikuti oleh Ayesha dan Adam, yang diperintahkan oleh pencipta mereka, High Evolutionary, untuk mendapatkan Rocket untuk otaknya.
Apabila tiba, pasukan itu dibantu oleh penduduk untuk mengesan Theel ke kapal High Evolutionary. Drax dan Mantis kekal bersama Gamora dan Rocket semasa Peter Quill, Groot dan Nebula pergi ke kapal High Evolutionary. Nebula terpaksa menunggu di luar oleh pengawal sebagai papan Quill dan Groot. Drax dan Mantis mengejar kumpulan Quill.
The High Evolutionary memulakan pemusnahannya dan merancang rekreasi Counter-Earth, yang membunuh semua kehidupan di planet ini, termasuk Ayesha. Semasa kapalnya memasuki orbit, Quill dan Groot melompat dan membunuh Theel, mengambil kod daripadanya. Gamora tiba dengan kapal mereka untuk menyelamatkan mereka, manakala Nebula, Mantis, dan Drax menaiki kapal High Evolutionary untuk menyelamatkan Quill dan Groot yang kini tiada disana. Semasa kumpulan Quill cuba mengakses kod itu, pernafasan Rocket mendatar dan mempunyai hampir mati, di mana dia melihat Lylla, Teefs dan Floor. Lylla memberitahunya bahawa masanya belum tiba kerana Quill menggunakan kod untuk melumpuhkan suis bunuh dan menyelamatkan nyawa Rocket.
Nebula, Mantis dan Drax terserempak dengan ratusan kanak-kanak humanoid yang dipenjarakan di kapal High Evolutionary sebelum ditangkap. Kumpulan Quill berhasrat untuk menyelamatkan ketiga-tiga mereka, yang diletakkan di dalam bilik dengan Abilisks yang dahsyat. Mantis berkawan dengan Abilisks, membenarkan kumpulan itu melarikan diri dan bersatu semula dengan kumpulan Quill, bersama-sama mengalahkan tentera High Evolutionary. Kraglin dan Cosmo tiba di Knowhere, dan Cosmo mencipta terowong telekinetik yang menghubungkan Knowhere ke kapal High Evolutionary untuk membebaskan kanak-kanak yang ditangkap. Roket menemui haiwan yang dipenjarakan di atas kapal sebelum diserang oleh High Evolutionary, tetapi Guardians yang lain membantu menundukkannya, menyebabkan dia mati di dalam kapalnya. Guardians menyelamatkan haiwan dan membawa mereka menaiki Knowhere. Quill hampir mati cuba menyeberang tetapi diselamatkan oleh Adam, yang berubah hati selepas diselamatkan oleh Groot.
Selepas daripada kejadian semua itu, Quill meninggalkan Guardians, memberikanjawatan kapten kepada Rocket sebelum berlepas ke Bumi untuk bersatu semula dengan datuknya Jason. Mantis memulakan perjalanan penemuan diri dengan Abilisks, Gamora bersatu semula dengan Ravagers, dan Nebula dan Drax kekal di Knowhere untuk membesarkan kanak-kanak yang diselamatkan.
Dalam adegan pertengahan kredit, Guardians baharu, yang terdiri daripada Rocket, Groot yang sudah dewasa, Cosmo, Kraglin, Adam, Phyla (salah seorang kanak-kanak yang diselamatkan) dan Blurp peliharaan Adam, menjalankan misi baharu. Dalam adegan pasca kredit, Quill bersarapan bersama Jason.
ULASAN FILEM GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 (2023)
Alhamdulillah, setelah hampir 5 hari ditayangkan di pawagam barulah aku mempunyai masa untuk diluangkan, menonton filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. Untuk rekod, filem sebelum ini iaitu, filem Marvel Cinematic Universe (MCU) terakhir aku tonton adalah filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania (2023) dan aku tontonnya pada hari pertama tayangannya.
Untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 ini aku mempunyai harapan yang tinggi, memandangkan trailer untuk filem ini sendiri mempunyai kesan emosi dan juga aksi yang menjanjikan sesuatu yang bagus. Selama 5 hari juga aku tidak membaca apa-apa berkenaan filem ini, dan alhamdulillah, aku tonton filem ini tanpa sebarang spoiler.
Jadi, terimalah ulasan dan pandangan peribadi aku sendiri untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 (2023);
JALAN CERITA filem ini adalah satu kisah pengakhiran bagi kesemua ahli Guardians of the Galaxy. Walaubagaimanapun, watak Rocket adalah tulang belakang bagi plot filem ini. Jalan ceritanya memang mudah untuk difahami, ditambah lagi dengan elemen imbas semula kisah Rocket sewaktu eksperimen dan juga ketika waktu kecilnya. Memang sangat comel tetapi juga tragik di babak kematian rakan-rakan Rocket iaitu Lylla, Teefs dan Floor.
Untuk pengakhiran filem ini pula, aku lihat ia adalah pengakhiran yang terbaik bagi kesemua Guardians of the Galaxy. Watak yang paling menonjol bagi aku untuk ketiga-tiga filem sudah pastinya Nebula yang mana kita dapat lihat perkembangan wataknya yang sangat indah. Selain itu, untuk filem ketiga ini barulah kita sedar mengapa watak Rocket adalah tulang belakang bagi Guardians of the Galaxy.
Dari segi LAKONAN pula, sememangnya pelakon filem Guardians of the Galaxy memang sangat berbakat dan bersahaja. Tetapi kali ini aku nak puji Chukwudi Iwuji yang memegang watak sebagai The High Evolutionary. Beliau berjaya menjadikan aku benci pada tahap tertinggi untuk wataknya. Jika dibuat senarai penjahat MCU, aku meletakkan beliau mungkin atas daripada Thanos. Ramai juga yang memberikan kritikan bagi watak Adam Warlock yang dibawakan oleh Will Poulter. Bagi aku wataknya sebegitu disebabkan oleh umurnya yang masih bayi. Aku jangkakan Will Poulter akan membawakan watak ini untuk beberapa tahun lagi, dan watak Adam Warlock ini akan menjadi matang mengikut tahun.
EMOSI dalam filem ini memang sangat melampau. Kenapa aku kata begitu? Ya, filem ini adalah filem terakhir bagi Guardians of the Galaxy, bermakna pasti ada perpisahan dan sebagainya. Aku mengaku beberapa kali juga aku mengalirkan air mata, terutamanya pada babak rakan-rakan Rocket ditembak dengan kejam, babak dimana Rocket mati (kemudiannya hidup semula) dan juga babak dimana Rocket bertemu rakan-rakannya di dalam alam lain.
ADAKAH FILEM INI FILEM YANG SEMPURNA? Pastinya sukar untuk menghasilkan filem yang sempurna. Bagi aku filem ini adalah hampir sempurna CGInya memang sangat hebat sehinggakan aku tidak dapat bezakan yang mana imej janaan komputer dan yang mana tidak. Selain itu, rekaan set dan juga pemilihan lagu oleh pengarah James Gunn juga sangatlah tepat.
Satu perkara yang mungkin aku boleh kritik adalah pemilihan komposer bagi muzik filem ini adalah bukan orang yang sama berbanding filem-filem terdahulu iaitu Tyler Bates, kali ini adalah John Murphy. Mendengar muzik bagi filem ini (selain lagu-lagu pilihan James Gunn), terdapat kekurangan yang mana Tyler Bates sudah menghasilkan tema bagi Guardians dan hanya satu bahagian sahaja dapat mendengar tema itu.
KESIMPULANNYA
Tahniah diucapkan kepada James Gunn dan Marvel Studios kerana berjaya hasilkan sebuah filem yang begitu hebat, penuh dengan emosi. Mungkin beberapa filem selepas filem Avengers: Endgame (2019) dikatakan merosot kualitinya, filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 kali ini berjaya mengembalikan keyakinan penonton. Untuk aku sendiri, setiap filem pastinya ada kekurangan dan kelebihannya. Aku yakin semua pihak sudah sehabis baik menghasilkan filem, tetapi ada yang menjadi ada yang tidak. Untuk itu, aku berikan filem ini ;
BINTANG :⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
SEKIAN
RUJUKAN ;
- Marvel Studios
- Google Image
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.