Bangpi Lekor Chips 'Sedap Bohh', Pilihan Terbaik Penggemar Keropok Lekor

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bangpi Lekor Chips

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional yang sangat popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Makanan ringan atau kudapan ini pastinya menjadi pilihan orang ramai untuk menikmatinya pada bila-bila masa dan dimana-mana jua. Saya sendiri turut meminati keropok lekor kerana rasanya yang sedap dan juga mudah untuk dinikmati.

BANGPI LEKOR CHIPS, PILIHAN TERBAIK PENGGEMAR KEROPOK LEKOR GORENG!

Bangpi Lekor Chips

Bangpi Lekor Chips, iaitu satu produk keropok lekor yang dihasilkan oleh Encik Hanafi Rosdi ini pastinya merupakan satu produk yang tidak boleh lepaskan. Menurut beliau, perniagaan keropok lekor ini bermula seawal tahun 2020, iaitu ketika pandemik Covid-19 bermula yang menyebabkan ramai terjejas termasuklah beliau yang merupakan seorang koreografer terkenal tanahair. 

Untuk maklumat, Encik Hanafi Rosdi merupakan seorang koreografer  bagi  program seperti BigStage, Gegarvaganza, Anugerah Meletop Era, Vokal Mania, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan pelbagai lagi.

Bangpi Lekor Chips

Pandemik yang melanda membuatkan industri seni kreatif negara lesu dan secara langsung menjejaskan pendapatan beliau. Walaubagaimanapun, demi mencari rezeki dan juga menambah pendapatan, beliau mula mengusahakan satu perniagaan baru iaitu keropok lekor sejuk beku.

Permintaan tinggi daripada negara jiran, Singapura membuatkan Encik Hanafi Rosdi mengembangkan lagi perniagaannya dengan memperkenalkan produk Bangpi Lekor Chips.  Menurut beliau, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan bagi tahun 2021 sahaja, jualan yang diterima mencecah RM1.5 juta, pencapaian yang cukup membanggakan bagi seorang anak muda yang baru sahaja memulakan perniagaan. 

BANGPI LEKOR CHIPS 'SEDAP BOHH'

Bangpi Lekor Chips

Bangpi Lekor Chips ini didatangkan dengan dua jenis perisa iaitu original dan juga spicy. Untuk anda yang mungkin tidak menggemar makanan pedas, boleh memilih perisa original. Dengan slogan 'Sedap Bohh', setiap pek mengandungi 400gram keropok lekor chips, yang mana kilang pembuatannya adalah di Terengganu manakala proses pembungkusannya adalah di Kuala Lumpur. 

Dihasilkan 100% daripada isi ikan selayang, produk Bangpi Lekor Chips ini ditawarkan dengan harga  sangat berpatutan iaitu pada tanda harga RM25 untuk Lekor Original manakala Lekor Spicy berharga RM28 sahaja. 

Bangpi Lekor Chips

Encik Hanafi Rosdi turut menambah, beliau akan melakukan pemeriksaan berkala di kilang untuk memastikan kualiti keropok lekornya pada tahap yang terbaik. Menurut beliau juga, sejak dipasarkan, produk Bangpi Lekor Chips ini mendapat permintaan yang tinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura

Saya sendiri sudah mencuba dan sememangnya sangat sedap, terutamanya apabila dapat makan pada bila-bila masa dengan sosnya yang menyelerakan. Memang benar slogannya 'Sedap Bohh', produk ini sememangnya merupakan produk tradisi pilihan masa kini.

PRODUK SERUNDING SEMPENA RAYA HAJI

Bangpi Lekor Chips

Bersempena dengan Raya Aidiladha yang bakal tiba ini, Bangpi turut mengeluarkan satu produk terbaru iairu serunding yang didatangkan dengan dua variasi iaitu serunding ayam dan juga serunding daging. Dihasilkan di negeri Kelantan, serunding ini boleh didapati pada harga RM15 untuk 100gram sahaja. 

Untuk harga promosi pula, anda boleh dapatkan serunding ini pada harga RM20 untuk 200gram menjadikan 100gram hanya RM10 sahaja.

JADI EJEN, STOKIS & DROPSHIP

Bangpi Lekor Chips

Sehingga kini, Bangpi Lekor Chips ini mempunyai seramai 300 ejen hanya di Singapura. Permintaan yang tinggi terhadap produk ini pastinya membuatkan ramai yang turut serta dalam menjadi ejen, stokis atau dropship secara tidak langsung dapat menambah pendapatan.

Untuk anda yang berminat untuk berniaga dengan menjadi ejen, stokis ataupun dropship produk Bangpi Lekor Chips ini boleh juga scan pada QR seperti yang tertera pada gambar di bawah. 👇

Nak dapatkan produk Bangpi Lekors Chips? Mudah sahaja, anda boleh hubungi di WhatsApp: +6014-644 6580 atau ke laman media sosial mereka seperti yang berikut :-


BANGPI LEKORS

Facebook : BangPi Lekors
Tiktok Shop : @BangPiLekors
Instagram  @bangpi_lekors.hq

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!