Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, bertemu lagi dalam segmen, review hotel apa hari ini? Baru-baru ini aku sempat menginap di salah sebuah hotel 5 bintang yang terkemuka, terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) iaitu Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Aku pasti ramai yang pernah dengan tentang hotel ini, terutamanya bagi mereka yang pergi mengerjakan haji atau mempunyai saudara mara yang mengerjakan haji kerana hotel ini merupakan sebuah hotel yang dimilik oleh Tabung Haji.
Reception Area |
RUANG SEKITAR MÖVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA
Masuk sahaja ke dalam Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA ini, anda dapat lihat pemandangan yang menarik, terutama silingnya yang berbentuk terbuka. Ruangan sekitar reception pula memang sangat besar dan luas, mempunyai beberapa ruangan untuk berehat dan menunggu dengan sofa yang cukup selesa.
Anda boleh lihat setiap balkoni di sini serta pencahayaan daripada cahaya matahari di waktu siang. Selain itu, dekorasanya juga memang menarik. Di bahagian hujung pula terdapat ruangan untuk berehat dan melepak, yang mana lokasi itu cukup dekat dengan restoran tempat makan. Jadi, selepas makan mungkin anda boleh melepak, bersembang dan sebagainya di ruangan ini.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA ini mempunyai 17 bilik mesyuarat moden dan juga sebuah ballroom yang besar untuk sebarang acara dan boleh memuatkan sehingga 2,500 tetamu.
Ruangan kolam renang pula terdapat di tingkat atas, menariknya di sini terdapat kolam renang lelaki dan juga kolam renang wanita. Bertepatan dengan tema mesra muslim, memang sesuai untuk orang Islam yang datang ke sini dan mahu berenang tanpa disaksikan oleh jantina lain.
Oh ya, selain itu, disini juga tersedia kolam renang untuk kanak-kanak, taman permainan, gymnasium, gelanggan Tennis, dan sebagainya.
RUANGAN DALAM BILIK
Terdapat 333 buah bilik di hotel ini, termasuklah Superior King, Superior Twin, Deluxe King, Executive King, Executive Twin, Executive King Plus, Executive Suite, Presidential Suite dan juga Royal Suite.
Untuk penginapan aku pada hari tersebut adalah bilik Superior King. Bilik dengan keluasan 36 m² ini mempunyai dekorasi gaya Moorish yang menarik. Lengkap dengan IPTV system, saluran TV yang pelbagai, cermin sentuh di bilik air dan sebagainya.
Kelengkapan lain yang tersedia termasuklah sambungan Wifi yang sangat laju, mini bar, perkakas membuat kopi dan teh, seterika dan papannya dan pelbagai lagi.
Bagi aku perkara yang paling penting dalam bilik selain katil yang selesa adalah tandas dan bilik air yang luas serta berfungsi dengan baik. Di sini, ia bukan sahaja sangat baik tetapi sangat premium! Ada dua ruangan untuk mandi, satu di dalam ruangan kaca dengan air pancur, kedua adalah di dalam tab mandi.
Of course aku tidak akan lepaskan peluang untuk berendam dalam tab mandinya yang memang luas.
Ruangan dalam biliknya bagi aku memang terbaik dan sangat selesa. Kelengkapan yang tersedia memang cukup premium. Ya, aku sangat berpuas hati dengan pengalaman menginap di dalam biliknya, yang masa aku sendiri betul-betul selesa.
SERI SPA @ MÖVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA
Aktiviti yang aku lakukan di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA ini selain berehat di bilik, makan adalah ke Seri Spa yang terletak disini. Seri Spa ini menawarkan pelbagai jenis terapi, urutan dan sebagainya khas buat pengunjung dan tetamu hotel ini.
Antara yang rawatan dan servis yang tersedia di sini termasuklah Tradisi (urutan tradisional), Embun (rawatan wajah), Urutan Kepala dan Bahu serta pelbagai lagi.
Alhaldulillah, untuk kali ini aku membuat rawatan wajah supaya muka kelihatan lebih bersih dan segar. Rawatan wajah yang diberikan memang cukup menarik, dan aku betul-betul segar dan wajah rasa lebih bersih.
Selain itu, sebelum melakukan rawatan wajah, aku dan rakan-rakan diberi peluang untuk mencuba satu rawatan terbaru iaitu iTeraCare yang merupakan Physioteraphy Device yang menggunakan Quantum Technology.
MAKAN DI RESTORAN TEMASYA
Sekarang tibalah masanya untuk aku kongsikan beberapa gambar makanan di Restoran Temasya, iaitu sebuah restoran menyajikan makanan asia yang pelbagai. Di sini jugalah lokasi bersarapan, malangnya gambar makann sewaktu bersarapan tiada.
Sekiranya anda menginap di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, anda perlu mencuba makanan yang disediakan di sini. Untuk itu, jom aku kongsikan beberapa makanan yang tersedia disini.
Banyak betul menu yang tersedia kan? Aku sendiri pun tak tahu nak makan yang mana satu, tetapi menu yang pasti aku tak akan lepaskan adalah sate ayam dan sate daging! Itu merupakan makanan kegemaran aku. Yang lain-lain itu, aku cuba sedaya upaya untuk makan setiap satu menu dan merasai kelazatannya.
Baiklah, sudah sampai ke penghujungnya, untuk keseluruhan penginapan di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA ini, apa yang aku boleh katakan adalah penginapan yang cukup tenang, selesa dan mesra muslim.
Lokasinya pula memang strategik, iaitu sekitar 10 minit sahaja dari Kuala Lumpur International Airport, 7 minit dari Sepang International Circuit (SIC) dan 5 minit sahaja dari Mitsui Premium Outlet Park.
Selain itu, dengan bilik mesyuarat dan ballroom yang besar, hotel ini sememangnya sesuai untuk menjadi pusat konvensyen bagi sebarang acara kerana semuanya sudah lengkap. Untuk itu, aku sememangnya berpuas hati dengan penginapan dan pengalaman di sini adalah terbaik!
MÖVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA
📍 Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, Sepang
64000, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60386618661
Contact email: hotel.klia@movenpick.com
Artikel ini dihasilkan dari program Sepang Fam Trip pada 22 Jun sehingga 24 Jun 2023 anjuran Tourism Selangor
Tentu selesa sekali tempatnya
ReplyDeleteMakanan pun ramai dan pelbagai