Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah baru-baru ini aku sempat bercuti dua hari dan satu malam di sebuah hotel yang terletak di Petaling Jaya, Selangor iaitu Hotel Armada. Aku yakin ramai yang kenal atau pernah dengar nama hotel  ni.

Baiklah, untuk artikel kali ini aku akan ceritakan panjang lebar tentang penginapan, fasiliti, dan juga promosi terkini yang diadakan oleh hotel ini, termasuklah promosi buffet yang cukup menarik! Jadi, jemput baca sehingga ke penghujung artikel.

PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Beroperasi sejak tahun 1997, Hotel Armada merupakan sebuah hotel 4 bintang yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Lokasinya yang strategik iaitu terletak berdekatan dengan Stesen LRT Asia Jaya, menawarkan akses mudah ke lokasi popular seperti Pusat Beli Belah Mega Mid Valley, KLIA Transit dan KLCC menjadikan Hotel Armada sebagai lokasi terbaik untuk menginap tidak kira bila-bila masa. 


Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Berkesempatan untuk menginap selama 2 hari dan 1 malam di Hotel Armada ini sememangnya satu pengalaman yang menarik untuk diri aku sendiri. Tiap kali melalui Lebuhraya Persekutuan aku pastinya akan melihat sebuah hotel menarik betul-betul bersebelah dengan lebuhraya ini.

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Sebanyak 257 buah bilik yang terdapat di Hotel Armada Petaling Jaya ini. Antara jenis biliknya adalah  Deluxe King, Deluxe Twin, Grand Deluxe, Family Deluxe, Premier Deluxe, dan Admiral Suite. Untuk penginapan aku kali ini, aku memilih untuk menginap di Deluxe King.

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Bilik Deluxe King yang aku bermalam memang sangat cantik dan eksklusif. Lengkap dengan pelbagai peralatan seperti perkakas membuat air, peti ais, televisyen, seterika dan papannya, kelengkapan mandi dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan WiFi yang disediakan juga cukup laju.

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

RUANGAN BILIK HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Baiklah, seterusnya untuk waktu check-in adalah pada jam 3.00 petang manakala, untuk check-out pula adalah pada jam 12 tengahhari, tetapi sekiranya anda inginkan check-out lewat, ia dibolehkan dengan bayaran RM20+ mengikut jam.  


BERIKUT ADALAH ANTARA BILIK-BILIK DI HOTEL ARMADA ;

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam di Hotel Armada, Petaling Jaya

PROMOSI PENGINAPAN BULAN OGOS & SEPTEMBER

  • Tawaran Merdeka : Raikan semangat kemerdekatan dengan kadar eksklusif pada RM166+ untuk penginapan 2H1M untuk bilik Deluxe! Lebih menarik, sarapan untuk dua orang pada harga hanya RM66+!  Hana untuk penginapan bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2023 - Hanya 10 bilik setiap hari. 
  • Istimewa Jom Undi - Nikmati penginapan 2H1M hanya RM198+ dengan sarapan untuk dua orang bermula 11 sehingga 13 Ogos 2023. Pamerkan jari berdakwat selepas mengundi dan terima 30% potongan harga eksklusif di Restoran Utara untuk hidangan hi-tea atau buffet makan malam. 
  • Unwind & Recharge - Penggunaan Harian - Alami percutian untuk sehari, bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Harga bermula RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil kembar). 

Untuk tempahan, anda boleh hubungi mereka di (03) 7954 6888 atau emel mereka di armada@armada.com.my 


FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan pelbagai fasiliti menarik untuk kepuasan mereka yang menginap di sini. Antara fasiliti yang tersedia termasuklah sebuah gymnasium atau pusat kecergasan yang moden, lengkap dengan semua peralatan. Selain itu, bilik mesyuarat dan sebagainya turut tersedia di hotel ini yang boleh dijadikan lokasi acara dan sebagainya. 

FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Untuk makan pula, di hotel ini anda boleh menjamu selera di Restoran Utara yang menyediakan buffet untuk sarapan, makan tengahhari dan juga makan malam. Untuk hiburan, anda boleh ke The Merchant Bar yang menempatkan sebuah bilik karaoke dan juga meja pool.

FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA

Selain itu, untuk peminat barangan sukan dan sebagainya, anda juga boleh ke Decathlon yang terletak betul-betul bersebelahan dengan hotel ini. Decathlon yang besar ini menempatkan pelbagai jenis barangan sukan, perkhemahan dan sebagainya. 

FASILITI DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA


NIKMATI SET HOT POT MENARIK DI RESTORAN UTARA


SET HOT POT HOTEL ARMADA PJ

Promosi istimewa di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan Set Hot Pot yang boleh dinikmati setiap hari isnin sehingga jumaat bermula jam 5.00 petang. Sekiranya anda ingin menikmati set Hot Pot ini pada waktu luar daripada yang ditetapkan,  pra-tempahan perlu dibuat terlebih dahulu. 

SET HOT POT HOTEL ARMADA PJ

Harga yang ditawarkan bagi setiap set adalah seperti berikut :-
  • Set Vegetarian RM36+
  • Set Chicken Slice RM40+
  • Set Beef Slice RM58+
  • Set Seafood RM68+
SET HOT POT HOTEL ARMADA PJ

SET HOT POT HOTEL ARMADA PJ

Setiap set lengkap dengan pelbagai rasa dan pilihan yang menarik. Terdapat empat jenis sup yang anda boleh pilih iaitu sup mala, sup tomyam, sup vegetarian dan juga sup ayam.

Promosi menarik untuk bulan Julai, potongan harga sebanyak 15% dan juga tawaran pencuci mulut percuma (dessert of the day).

SET HOT POT HOTEL ARMADA PJ

SEAFOOD BUFFET DINNER 

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

Untuk makan malam, khas setiap hari sabtu anda boleh menikmati pilihan makanan menarik dan sedap di Seafood Buffet Dinner. Bermula seawal jam 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam, anda boleh menikmati hidangan lazat seperti pelbagai jenis makanan laut yang segar seperti udang, kerang, dan juga tiram.

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan BBQ yang lazat, sushi, menu masakan tempatan, pencuci mulut yang menarik dan pelbagi lagi. Sempena Hari Malaysia dan Merdeka pada bulan Ogos dan September, menu menarik diperkenalkan seperti Kari Kepala Ikan, Rendang Tok dan juga Assam Pedas Oxtail!

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ


HARGA SEAFOOD BUFFET DINNER :-

Berikut adalah harga yang ditawarkan buat anda yang ingin datang dan nikmati makanan lazat Seafood Buffet Dinner di Restoran Utara ;-
  • RM118+ untuk Dewasa 👨👩
  • RM82+ untuk Warga Emas 👴👵
  • RM59+ untuk Kanak-kanak 👦👧

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

Seafood Buffet DInner Hotel Armada PJ

PROMOSI ISTIMEWA SEAFOOD BUFFET DINNER :- 

  • Promo 5+1 untuk Seafood Buffet Dinner untuk Dewasa & Warga Emas untuk tetamu yang datang! 
  • 2 orang kanak-kanak di bawah 12 tahun, ditemani oleh keluarga mereka, makan secara PERCUMA!
  • Pengunjung hotel yang menginap layak mendapat potongan harga hebat sebanyak 30%  sepanjang bulan Ogos dan September.
Seafood Buffet Dinner Hotel Armada PJ

BREAKFAST BUFFET

Breakfast Buffet Hotel Armada PJ

Pada pagi ahad, aku menikmati sarapan yang enak di Restoran Utara. Breakfast Buffet ini dihidangkan setiap hari bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Pelbagai menu sarapan menarik yang anda boleh cuba di sini. Untuk aku yang paling sedap sudah tentunya roti canai durian yang betul-betul lazat.

HARGA BREAKFAST BUFFET :-

  • RM58+ untuk Dewasa 👨👩
  • RM29+ untuk Kanak-Kanak 👦👧

BUFFET HI-TEA

Buffet Hi-Tea Hotel Armada PJ

Di sebelah tengahhari pula, aku menikmati makanan lazat di Restoran Utara yang dikenali sebagai Buffet Hi-Tea. Tersedia pada setiap hari ahad, hidangan Buffet Hi-Tea ini bermula pada jam 12.00 tengahhari sehingga 3.30 petang. Pelbagai makanan menaik dihidangkan buah pengunjung. 

Aku sendiri terliur melihat pelbagai hidangan yang dihidangkan, termasuklah hidangan antarabangsa, hidangan tempatan, pencuci mulut dan pelbagai lagi.

Buffet Hi-Tea Hotel Armada PJ

Buffet Hi-Tea Hotel Armada PJ

HARGA BUFFET HI-TEA:

Berikut adalah harga yang ditawarkan buat anda yang ingin datang dan nikmati makanan lazat Buffet Hi-Tea di Restoran Utara ;-
  • RM108+ untuk Dewasa 👨👩
  • RM76+ untuk Warga Emas 👴👵
  • RM54+ untuk Kanak-kanak 👦👧

Buffet Hi-Tea Hotel Armada PJ

Buffet Hi-Tea Hotel Armada PJ


PROMOSI ISTIMEWA UNTUK BUFFET HI-TEA :-

  • Pemegang kad kredit HSBC boleh menikmati potongan harga eksklusif 15%, memberikan pengalaman menikmati hidangan lazat lebih menarik. 
  • Pengunjung hotel yang menginap layak mendapat potongan harga hebat sebanyak 30% untuk sepanjang bulan Ogos dan September.

Buffet Hi-Tea Hotel Armada PJ


Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan berkenaan Set Hot Pot, Seafood Buffet Dinner, Breakfast Buffet dan Buffet Hi-Tea, sila hubungi: Restoran Utara (03) 7954 6888 samb.45577

HOTEL ARMADA, PETALING JAYA


Lokasi : Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web : https://www.armada.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ/
Instagram : https://www.instagram.com/hotelarmadapj/


SEKIAN


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!