Rita Nadira & Zamarul Hisham Bergandingan Lagi dalam Drama Aku Yang Kau Sakiti

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku Yang Kau Sakiti

Bukan mudah untuk melepaskan perasaan yang terpendam di hati, begitu juga Amanda yang telah melalui keperitan kehilangan bapanya ketika di bangku sekolah. Dek kerana kecelakaan tersebut juga hubungan Amanda dan orang sekelilingnya yang disangkakan indah ternyata penuh dengan rahsia dan sifat dendam di sebaliknya. Apakah yang bakal berlaku jika Amanda bertindak untuk membalas dendamnya itu? 

DENDAM YANG TAK PERNAH PADAM: RITA NADIRA DAN ZAMARUL HISHAM BERGANDINGAN LAGI, KEMBALI MENJENTIK EMOSI PENONTON

Aku Yang Kau Sakiti

Drama Aku Yang Kau Sakiti bakal menemani penonton di slot Samarinda TV3 mulai 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan anda juga boleh strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen. Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta nukilan skrip oleh Farhana Fauri. Nantikan juga penampilan oleh barisan pelakon handalan seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Syazwan Zulkifly  dan ramai lagi. 

Aku Yang Kau Sakiti

Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri. 

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain. 

Aku Yang Kau Sakiti

Amanda mempunyai misinya yang tersendiri. Dia mula menyusun langkah untuk mendapatkan jawatan dalam syarikat Tuan Zaki untuk mencapai misinya tersebut. Dalam diam juga, dia sedang menyusun langkah untuk membalas dendam ke atas apa yang terjadi kepada keluarganya. Dapatkah Amanda mencapai ‘misi’ hidupnya tersebut? Tambah menarik, apakah pula kesudahan rahsia yang dipendam Amanda itu? 

Saksikan drama terbaharu Aku Yang Kau Sakiti menerusi slot Samarinda bermula 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Aku Yang Kau Sakiti

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!