Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak teruskan cerita tentang pengalaman aku di Hatyai, Thailand. Oh ya, untuk yang tak tahu, pada beberapa minggu yang lalu aku ada mengikut satu trip ke Hatyai selama 4 hari bersama rakan-rakan blogger dibawa oleh KOPETRO Travel. Untuk baca lebih lanjut tentang trip tersebut anda boleh baca di :-


MAKAN DI RUSDEE BOAT NOODLE, HATYAI!

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Kalau sebut sahaja Boat Noodle pasti ada yang akan mengaitkannya dengan salah satu franshice makanan popular di Malaysia dengan nama yang sama. Berasal dari Thailand, aku sendiri pernah makan dan mencuba menu di restoran terserbut. 

Tetapi kali ini aku dan rakan-rakan singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran yang dikenali sebagai Rusdee Boat Noodle.

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Terletap di tepi sebatang jalan raya yang agak sibuk, masuk sahaja ke restoran Rusdee Boat Noodle anda boleh nampak ruangan tempat duduk yang banyak. Selain itu, ketika kami tiba sudah sampai waktu makan tengahhari, jadi jumlah pengunjung semakin bertambah.

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Memang cantik sebenarnya restoran ini, penuh dengan pokok-pokok serta suasananya yang memang meriah. Ramai juga warga Malaysia yang datang melancong ke Thailand singgah ke sini untuk menjamu selera.

Setelah menjumpai tempat duduk, acara berikutnya adalah memilih makanan dan minuman. Untuk aku yang pertama kali datang ke sini, aku sebenarnya tak berapa pasti aku nak makan menu apa. Semuanya kelihatan sangat sedap. Selain itu aku juga kurang pasti dengan saiz hidangannya, adakah betul-betul sesuai untuk orang yang makan banyak macam aku. 

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Untuk menu aku pada tengah hari itu aku mencuba Noodles Chicken Drumstick + Meatballs dan juga air Green Tea.

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Okay, saiznya memang sangat besar! Aku tak sangka saiznya sebegini, memang kenyang kalau mengikut saiznya. Untuk rasa supnya pula memang sedap, penuh dengan rasa yang pekat. Tidak seperti beberapa restoran lain di Malaysia yang mana kauhnya agak cair.

Selain itu, ayam dan juga meatballs memang banyak jugak. Sayur-sayur dan tauge pun dalam kuantiti yang mencukupi sesuai untuk saiz hidangan ini.

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Selain itu, aku juga mencuba manisan sagunya yang memang sedap. Sebenarnya ada beberapa lagi menu yang aku cuba seperti dumpling tetapi tidak sempat ambil gambarnya kerana terlampau lapar dan tak sabar nak makan.

Apa yang aku pasti adalah dengan makanan yang sedap dan harga yang sangat berpatutan, aku pasti akan datang lagi untuk mencuba menu-menu lain di sini. Mungkin selepas ini aku akan datang bersama keluarga, siapa tahu?

Makan di Rusdee Boat Noodle, Hatyai, Thailand

Kepada anda yang bercadang dan berkira-kira mahu ke Hatyai, Thailand, anda boleh masukkan lokasi restoran Rusdee Boat Noodle dalam senarai lokasi yang akan anda kunjungi!

RUSDEE BOAT NOODLE, HATYAI


LOKASI : 168/2 ท่าช้าง Bang Klam District, Songkhla 90110, Thailand

TELEFON : +66898768990

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/rushdeebn/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/RUSDEEBOATNOODLE


SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!