Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kalau sebut sahaja makanan Utara, pastinya Laksa antara menu yang aku paling suka. Yalah, dilahirkan dan dibesarkan di sana, laksa antara menu wajib ada ketika hari raya dan sebagainya. Kalau nak makan makanan ala Thai yang sedap-sedap pula mesti akan ke kawasan Padang Besar, Perlis.
Okay, sekiranya anda craving atau rindu nak makan makanan ala Thai dan Utara, aku sarankan untuk anda datang ke Restoran Mai Kedaghah yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
NIKMATI MAKANAN INSPIRASI PADANG BESAR DI
RESTORAN MAI KEDAGHAH, SEPANG
Restoran Mai Kedaghah ini merupakan sebuah restoran yang menyediakan pelbagai menu menarik dari Padang Besar, Perlis dan juga Utara tanah air. Terletak sekitar 20 minit sahaja dari KLIA, restoran ini sememangnya menjadi lokasi pilihan terutamanya bagi mereka yang mencari citarasa utara di Sepang dan kawasan sekitarnya.
Mula beroperasi sejak 16 Julai 2023, Restoran Mai Kedaghah ini diusahakan oleh Puspa Gomen dan suaminya, Kasyah. Ya, merekalah pasangan Tiktokers yang popular dan kini melebarkan sayap perniagaan melalui Restoran Mai Kedaghah.
Mengenai Puspa Gomen, beliau merupakan seorang figura yang mula dikenali seawal tahun 2018 di Tiktok. Beliau aktif dengan pelbagai video komedi dan sehingga kini telah menyertai pelbagai rancangan di TV. Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah single pertama berjudul Abiy Sayang dan bakal muncul dengan single kedua tidak lama lagi.
Dibuka setiap hari pada jam 4 petang sehingga 12 tengah malam, Restoran Mai Kedaghah menawarkan pelbagai menu menarik seperti Char Kuey Teow, Laksa Calat, Ayam Penyet, dan juga beberapa pilihan Thai Riffic yang sungguh lazat.
MENU MENARIK DI RESTORAN MAI KEDAGHAH
Sekarang tibalah masanya untuk memperkenalkan antara menu yang menjadi pilihan pelanggan di Restoran Mai Kedaghah ini. Antara yang menjadi menu pilihan (signature) adalah Laksa Calat, Ayaq Kedaghah, Char Kuey Teow, dan juga Garam Belacan.
Laksa Calat merupakan antara menu pilihan di Restoran Mai Kedaghah ini kerana beberapa sebab dan antaranya adalah kuahnya yang betul-betulpekat dengan isi ikan. Sukar sebenarnya mencari laksa di Lembah Klang dengan kuah yang betul-betul pekat. Selain itu, saiz hidangannya juga besar, sepadan dengan harga yang ditawarkan.
Ayaq Kedaghah menjadi menu wajib cuba di sini kerana saiznya yang besar, buih yang melimpah ruah, air bandung yang ditambah dengan laici dan aiskrim. Memang betul-betul menyengat!
Menu Char Kuey Teow pula terdapat beberapa pilihan seperti ayam, udang, kerang, sotong, ketam dan juga kambing.
Garam Belacan atau dikenali sebagai colek, dihasilkan sendiri oleh Puspa Gomen, memang sedap dicicah dengan buah-buahan seperti jambu dan mangga.
MENU - MENU LAIN YANG PERLU DI CUBA
Selain menu-menu signature di atas, anda juga boleh cuba beberapa menu lain yang tak kurang lazatnya juga seperti Ayam Kiecap Desik, Keli Penyet, Ayam Penyet, Talapia Penyet, Keropok Lekor serta menu Thai Riffic seperti Mukbang Seafood, Ikan Miang Pla Pao, Tomyam Goong, Kerabu Maggie dan juga Kerang Rebus.
Untuk menu penyet, anda boleh memilih dua jenis kos iaitu desik (pedas) dan juga manjah (kurang pedas).
Peminat menu Thai pastinya akan berpuas hati dengan Mukbang Seafood dan juga Ikan Miang Pla Tao, dinikmati dengan sos hijau pedas manis dan memang sangat sedap.
Kerabu Maggie di restoran ini juga tidak kurang hebatnya, rasa yang betul-betul unik, penuh dengan seafood dan sebagainya.
Untuk air pula, selain Ayaq Kedaghah, anda juga boleh mencuba Teh Tarik Kedaghah dan juga Milo Tabuq Kedaghah yang bersaiz besar. Aku sendiri telah mencubanya, mengjangkakan airnya sangat manis, tetapi sebenarnya tidak! Kemanisannya pada tahap biasa sahaja, cuma saiznya sahaja yang besar.
JOM KE RESTORAN MAI KEDAGHAH! #KOMPOMRIPIT
Jom beramai-ramai ke Restoran Mai Kedaghah dan cuba makanan yang tersedia di sini. Setelah mencuba beberapa menu, aku sendiri sememangnya suka dengan Laksa Calat dan juga Mukbang Seafoodnya. Memang betul-betul sedap dan menepati citarasa aku.
Walaupun baru sebulan beroperasi, Restoran Mai Kedaghah ini menerima kunjungan pelanggan dari jauh seperti Pulau Pinang, Kuantan, Pahang, dan juga Johor yang datang semata-mata mahu menikmati hidangan di sini.
In shaa Allah, jika tiada aral aku akan bawa keluarga dan juga rakan-rakan aku yang lain untuk datang lagi ke restoran ini.
RESTORAN MAI KEDAGHAH (PUSPA GOMEN)
LOKASI : 22, Jalan KLIA Avenue, 43900 Sepang, Selangor
WAKTU OPERASI : (Setiap Hari) 4 Petang - 12 Tengah malam
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi : 0127020010
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100094711980528
Instagram : https://www.instagram.com/restorankedaghah/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@restoranmaikedaghah
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.