Review Filem Barbie (2023): Dunia Plastik Barbie vs Dunia Nyata

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem Barbie (2023) merupakan sebuah filem fantasi komedi diarahkan oleh Greta Gerwig daripada lakonlayar yang ditulis olehnya bersama Noah Baumbach. Berdasarkan patung fesyen Barbie keluaran Mattel, filem ini merupakan filem 'live-action' Barbie pertama selepas beberapa filem animasi dan sebagainya dihasilkan. 

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah seperti Margot Robbie, Ryan Gosling, America Ferrera, Kate McKinnon, Helen Mirren, Issa Rae, Simu Lie, Michael Cera dan ramai lagi. Filem ini telah ditayangkan pada 21 Julai 2023 dan sehingga kini telah menerima kutipan box office sebanyak USD$1.342 Billion di seluruh dunia. 

FILEM BARBIE (2023)


Pengarah : Greta Gerwig
Lakonlayar : Greta Gerwig / Noah Baumbach
Penerbit : David Heyman, Margot Robbie, Tom Ackerley, Robbie Brenner
Sinematografi : Rodrigo Prieto
Edit : Nick Houy
Muzik : Mark Ronson / Andrew Wyatt
Edaran : Warner Bros. Pictures
Tarikh Tayangan : 21 Julai 2023
Durasi : 114 Minit
Bajet : USD $128- 146 Juta
Box Office : USD $ 1.342 Billion

Rotten Tomatoes : 88%
Metacritic : 80/100
CinemaScore : A
Postrak : 89%



BARISAN PELAKON FILEM BARBIE (2023)

  • Margot Robbie sebagai Barbie
  • Kate McKinnon sebagai Weird Barbie
  • Issa Rae sebagai President Barbie
  • Alexandra Shipp sebagai Writer Barbie
  • Emma Mackey sebagai Physicist Barbie
  • Hari Nef sebagai Dr. Barbie
  • Sharon Rooney sebagai Lawyer Barbie
  • Ana Cruz Kayne sebagai Judge Barbie
  • Ritu Arya sebagai Journalist Barbie
  • Dua Lipa sebagai Mermaid Barbies
  • Nicola Coughlan sebagai Diplomat Barbie
  • Mette Narrative sebagai Barbie Video Girl
  • Marisa Abela sebagai Teen Talk Barbie
  • Lucy Boynton sebagai Proust Barbie
  • Ryan Gosling sebagai Ken
  • Simu Liu sebagai Tourist Ken
  • Kingsley Ben-Adir sebagai Basketball Ken
  • Scott Evans sebagai Stereotypical Ken
  • Ncuti Gatwa sebagai Artist Ken
  • John Cena sebagai Kenmaid, a merman Ken
  • Rob Brydon sebagai Sugar Daddy Ken
  • Tom Stourton sebagai Earring Magic Ken
  • America Ferrera sebagai Gloria
  • Michael Cera sebagai Allan
  • Ariana Greenblatt sebagai Sasha, anak perempuan Gloria
  • Genvieve Toussaint sebagai Sasha ketika muda
  • Rhea Perlman sebagai the spirit of Ruth Handler, pengasas bersama Mattel
  • Helen Mirren sebagai pencerita
  • Will Ferrell sebagai CEO of Mattel
  • Connor Swindells sebagai Aaron Dinkins, pekerja Mattel 
  • Jamie Demetriou sebagai CFO of Mattel
  • Emerald Fennell sebagai Midge
  • Erica Ford sebagai Skipper
  • Hannah Khalique-Brown sebagai "Growing Up" Skipper
  • Ann Roth sebagai wanita di pondok bas
  • Ryan Piers Williams sebagai suami Gloria
  • Lauren Holt sebagai ibu di sekolah 

SINOPSIS FILEM BARBIE (2023)


[DI TERJEMAH SECARA LANGSUNG DI GOOGLE TRANSLATE] Barbie stereotaip ("Barbie") dan sesama anak patung tinggal di Barbieland; masyarakat matriarki dengan variasi Barbie, Kens, dan sekumpulan model yang dihentikan, yang dilayan seperti orang buangan kerana sifat mereka yang tidak konvensional. Semasa Kens menghabiskan hari-hari mereka bermain di pantai, menganggapnya sebagai profesion mereka, Barbie memegang pekerjaan berprestij seperti doktor, peguam dan ahli politik. Beach Ken ("Ken") hanya gembira apabila dia bersama Barbie dan mencari hubungan yang lebih erat, tetapi Barbie menolaknya demi aktiviti lain dan persahabatan wanita.

Di pesta tarian, Barbie tiba-tiba dilanda kebimbangan tentang kematian. Semalaman, dia mengalami nafas berbau, selulit, dan kaki rata, mengganggu rutin hariannya pada keesokan harinya. Barbie yang aneh, orang buangan kerana kecacatannya, memberitahunya dia mesti mencari kanak-kanak bermain dengannya di dunia nyata untuk mengubati penderitaannya. Ken mengambil alih kereta tukarnya dengan harapan dapat menyertainya dalam perjalanan, yang mana Barbie dengan berat hati bersetuju.


Tiba di Pantai Venice, Barbie menumbuk seorang lelaki kerana merabanya, menyebabkan dia dan Ken ditangkap sebentar. Bimbang dengan kehadiran mereka, Ketua Pegawai Eksekutif Mattel mengarahkan penangkapan semula mereka. Barbie menjejaki pemiliknya, seorang gadis tween bernama Sasha, yang mengkritiknya kerana menggalakkan standard kecantikan yang tidak realistik. Kecewa, Barbie mendapati bahawa Gloria, seorang pekerja Mattel dan ibu Sasha, secara tidak sengaja memangkin krisis kewujudannya selepas Gloria mula bermain dengan mainan Barbie lama Sasha dalam keadaan yang sama. Mattel cuba memasukkan Barbie ke dalam kotak mainan untuk pembuatan semula, tetapi dia melarikan diri dengan bantuan Gloria dan Sasha dan ketiga-tiganya pergi ke Barbieland bersama eksekutif Mattel yang mengejar.

Sementara itu, Ken belajar tentang sistem patriarki dan berasa dihormati buat kali pertama. Kembali ke Barbieland, dia memujuk Ken yang lain untuk mengambil alih, dan Barbie didoktrinkan ke dalam peranan yang tunduk, seperti teman wanita yang menyenangkan, suri rumah dan pembantu rumah. Barbie tiba dan tidak berjaya cuba meyakinkan Ken dan Barbie untuk kembali seperti semula. Dia menjadi tertekan, tetapi Gloria memberikan ucapan inspirasi tentang jangkaan masyarakat yang bercanggah terhadap wanita, memulihkan keyakinan diri Barbie.


Dengan bantuan Sasha, Barbie Pelik, Allan, dan anak patung yang dihentikan, Gloria meyakinkan Barbie untuk membebaskan diri mereka daripada subordinasi. Barbie memanipulasi Kens untuk berperang sesama sendiri, mengalihkan perhatian mereka daripada mengekalkan keunggulan lelaki ke dalam perlembagaan Barbieland, dan Barbie memperoleh semula kuasa. Setelah mengalami penindasan sistemik untuk diri mereka sendiri, Barbie berazam untuk membetulkan kesalahan masyarakat mereka sebelum ini, menekankan layanan yang lebih baik terhadap Kens dan semua orang buangan.

Barbie dan Ken meminta maaf antara satu sama lain, mengakui kesilapan mereka. Ken mengeluh bahawa dia tidak mempunyai tujuan tanpa Barbie, jadi Barbie menggalakkannya untuk mencari identiti autonomi. Barbie, yang masih tidak pasti dengan identitinya sendiri, bertemu dengan semangat Ruth Handler, pengasas bersama Mattel dan pencipta anak patung Barbie, yang menjelaskan bahawa kisah Barbie tidak mempunyai penghujung yang ditetapkan dan sejarahnya yang sentiasa berkembang melampaui akarnya.

Selepas eksekutif Barbies, Kens dan Mattel mengucapkan selamat tinggal kepada Barbie, dia memutuskan untuk menjadi manusia dan kembali ke dunia nyata. Beberapa ketika kemudian, Gloria, suaminya, dan Sasha membawa Barbie, kini menggunakan nama "Barbara Handler", ke pelantikan ginekologi pertamanya.

ULASAN FILEM BARBIE (2023) 


Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga untuk menonton filem ini. Sejak mula ditayangkan sebenarnya aku sememangnya teringin nak menonton, melihat kepada promosi filem ini yang dibuat secara bersungguh-sungguh oleh pihak Warner Brothers. Malangnya kesibukan dan masa yang tidak mencukupi menyebabkan aku terpaksa menangguhkannya. Baiklah tanpa membuang masa, kali ini aku nak ulas serba sedikit tentang filem ini.


JALAN CERITA filem ini sebenarnya mudah sahaja, seperti mana yang anda boleh lihat di video trailernya, Barbie dan Ken ke dunia nyata dan berhadapan dengan realiti. Ada banyak sebenarnya babak yang sungguh lucu dan kelakar yang membuatkan aku ketawa. 

Okay, cumanya ada beberapa bahagian yang mana dialognya terlampau banyak, aku berpendapat mungkin babak-babak ini agak penting untuk memberikan nilai-nilai murni yang dirasakan perlu oleh pengarah. Tetapi bagi aku babak-babak ini walaupun bermakna tetapi membuatkan penonton agak bosan. Selain daripada itu aku sememangnya terhibur dengan jalan cerita filem ini, terutamanya pada bahagian yang memberi kesedaran kepada diri Barbie.


KESAN KHAS & CGI dalam filem Barbie juga cukup berjaya, terutamanya ketika di Barbie World, semuanya kelihatan sungguh cantik dan kelihatan seperti mainan Barbie itu dibesarkan menggunakan mesin Doraemon! 

Selain itu, efek ketika mana perjalanan dari Barbie World ke dunia nyata juga memang sungguh menarik dan menghiburkan. Tahniah diucapkan buat pasukan yang berjaya membawa kesan khas yang menarik ini kepada penonton.


LAKONAN yang diberikan oleh kesemua barisan pelakon filem ini juga sememangnya cukup baik, terutamanya Margot Robbie dan America Ferrera. Lakonan Ryan Gosling juga perlu diberi pujian kerana berjaya membawa watak Ken dengan sangat baik. Apa yang aku perhatikan rata-ratanya pelakon filem ini adalah antara mereka yang mempunyai naskhah yang pernah aku tonton sebelum ini. Patutlah familiar!


Satu lagi perkara yang aku nak sentuh adalah tentang MUZIK di dalam filem ini. Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan Mark Ronson, aku sememangnya teruja bilamana mengetahui beliau adalah teraju untuk muzik dalam filem ini. Barbie: The Album yang dibarisi ramai penyanyi popular pula adalah satu perkara yang cukup menakjubkan. Antara lagu yang aku suka adalah lagu Dance the Night oleh Dua Lipa dan What Was I Made For? oleh Billie Eilish, dua buah lagu yang cukup popular dan mempunyai tema yang sangat berbeza.


Secara keseluruhannya, filem Barbie (2023) merupakan sebuah filem yang menghiburkan, penuh dengan komedi dan juga tema kesedaran yang dibawanya juga adalah satu tema yang bagus. Unsur feminist? Bagi aku untuk filem ini ada dua jenis, filem yang menghiburkan dan filem yang tidak menghiburkan. Sebab utama aku menonton filem adalah kerana hiburan, jadi apabila ada isu feminist dan sebagainya, sekiranya perkara ini tidak mengganggu jalan cerita filem itu, bagi aku ia tidak menjadi isu langsung. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10


SEKIAN

RUJUKAN ;
  • Wikipedia
  • Google Image


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!