Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Baiklah, beberapa bulan yang lalu, aku ada ceritakan secara ringkas tentang lokasi-lokasi menarik di Hatyai, Thailand yang mana aku dan rakan-rakan blogger lain singgah dalam Trip 4 Hari 3 Malam di Hatyai bersama Kopetro Travel.
Alhamdulillah, kali ini aku rasa macam nak kongsikan dengan lebih panjang lebar satu lokasi menarik yang aku pergi. Sebuah lokasi yang sungguh cantik dan indah, banyak tempat menarik untuk bergambar anda boleh lakukan di sini iaitu di SeaVerse Cafe & Restaurant. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan sehabis baik pengalaman aku di sana ya. Selamat membaca.
MELAWAT SEAVERSE CAFE & RESTAURANT, HATYAI, THAILAND
Baiklah, kumpulan kami ke SeaVerse Cafe & Restaurant adalah diwaktu petang iaitu selepas melawat Masjid Besar Songkhla. Sampai sahaja di situ, seterusnya kami perlu membeli tiket masuk iaitu sebanyak 30 baht bagi setiap orang.
Masuk ke kawasan kaunter dan pendaftaran, memang anda boleh nampak sorak dan hiasan yang cantik, penuh warna warni. Bagi aku harga 30 baht adalah harga yang sangat berpatutan dengan pengalaman yang anda bakal alami apabila masuk ke dalam kawasannya.
KAWASAN SEKITAR YANG CANTIK & INDAH
Berikut adalah beberapa gambar pemandangan sekitar kawasan SeaVerse Cafe & Restaurant. Sebenarnya bagi aku gambar sahaja tidak cukup kerana pemandangan di sini memang betul-betul cantik.
Pemandangan yang paling menarik bagi aku sudah tentunya dua ekor kuda laut yang comel dan bersaiz gergasi ini. Aku tak pasti apakah signifikasi kuda laut sebegitu, tetapi warnanya yang terang, dengan latar belakang langit biru, memang cukup cantik!
Oh ya, disini juga terdapat sampan dimana anda boleh membaling wang syiling untuk suka-suka.
Dua gambar di atas ini adalah daripada Facebook SeaVerse Cafe & Restaurant. Memang cantik bukan? Aku rasa waktu senja juga antara waktu terbaik untuk bergambar sebab cahaya senja matahari dengan arca di sini memang sangat cantik.
Aktivit seterusnya apa lagi, bergambar beramai-ramai. Seronok sebenarnya bila datang beramai-ramai dan sesi bergambar sememangnya sungguh happening. Masing-masing teruja dengan aksi dan gelagat tersendiri.
BEREHAT & SANTAI DI SEAVERSE CAFE
Beberapa minit kemudiannya cuaca semakin memburuk dengan hujan mula turun menyebabkan kami masing-masing ke ruangan kafenya. Kafenya memang cantik, dengan dindingnya yang kelihatan seperti diperbuat daripada kayu buluh.
Lebih menariknya, di dalam kafe ini tersedia pendingin hawa, jadi selepas berpeluh bergambar dan sebagainya, berehat dan santai di kafe adalah satu perkara yang paling sesuai. Di sini anda boleh memesan beberapa menu minuman dan makanan menarik. Anda boleh lihat DI SINI untuk menu yang terdapat di SeaVerse Cafe & Restaurant.
Alhamdulillah, tekak pun dah basah, dahaga pun dah hilang, hujan pun dah turun, tibalah masanya untuk teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya.
SeaVerse Cafe & Restaurant ini bagi aku merupakan antara tempat terbaru yang anda perlu masukkan dalam senarai untuk dilawati sekiranya datang ke Hatyai, Thailand. Pemandangan yang menarik dan banyak lokasi bergambar, aku rasa tempat ini bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari Malaysia.
SEAVERSE CAFE & RESTAURANT
📍LOKASI : Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
⌚ WAKTU OPERASI : Setiap Hari, 8.30 Pagi - 8.00 Malam
📞 TELEFON : +66 66 047 2047
FACEBOOK : https://www.facebook.com/SeaverseCafe/
TIKTOK : https://tiktok.com/@sea_verse_cafe
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.