Assalamualaikum dan salam sejahtera
SHOPEE LANCAR KEMPEN BARU SELURUH NEGARA
Peneraju E-Dagang Menerbitkan Buku Ketengahkan Penjual Tempatan dari Setiap Negeri
Buku berjudul ‘Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ menyeru rakyat Malaysia membeli dari penjual e-dagang tempatan bagi memelihara warisan negara, memupuk bakat tempatan serta memacu ekonomi secara mampan dan berketerangkuman.
Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan orang awam boleh membacanya mulai 31 Ogos lalu. Shopee berazam memperkasakan rakyat untuk mengutamakan dan membeli produk buatan tempatan dari komuniti yang memerlukan. Bagi meneruskan misinya membantu golongan memerlukan dengan teknologi, Shopee memperkasakan penjual tempatan dengan mengenalpasti dan mengetengahkan perniagaan mereka untuk akses lebih baik kepada penyelesaian pemasaran dan kempen hiperlokal.
Pada masa sama, Shopee turut menguruskan penjual untuk berjaya di platform berkenaan, membantu meningkatkan kemahiran menerusi kursus percuma di Shopee University serta memberi insentif untuk mencari lebih banyak peluang dalam dagang strim langsung.
Buku sebanyak 100 muka surat dan berwarna penuh ini boleh dimuat turun dari laman web Shopee Malaysia PR Newsroom dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku berkenaan adalah bahagian pertama kandungan siri episod yang memberi peluang kepada penjual tempatan untuk bersuara bagi berdepan halangan dalam talian. Ia mengetengahkan penjual Shopee di setiap negeri dengan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung, dan juga perniagaan milik wanita. Selain itu, buku ini juga mengandungi kisah dan testimonial penjual yang menggunakan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat.
Shopee menggunakan kempen Shopee Rai Lokal dan kisah penjual bagi meningkatkan kesedaran berhubung cara membeli dari penjual kecil-kecilan dan bebas di kawasan kejiranan untuk memelihara industri tempatan, mengurangkan jejak karbon, meningkatkan tawaran berkepribadian serta memberi galakan kepada usahawan dan pelopor tempatan. Buku ini juga sebagai panduan kepada pengguna untuk melindungi diri kerana menyelitkan ‘tips’ membeli-belah secara selamat, penerangan tentang Shopee Guarantee, mengenalpasti penjual bertanggungjawab dan Polisi Keaslian 100%.
Kisah penjual mengejar impian mereka dalam talian dan menonjolkan kemampuan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat membina komuniti. Antara penjual tersebut adalah:
- Pengasas Pasar Kedah, Zeeda Aziz yang terpaksa membuang satu kakinya enggan menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk mengembangkan perniagaan ikan bilis di dalam talian.
- Pemilik HomeDecoStore, Edward Wong sentiasa menjadikan maklum balas pelanggan sebagai rujukan untuk mereka sejadah yang bersesuaian dengan citarasa pembeli tempatan.
- Pengasas Mr Bentong, Hafiz Oon berjaya mempopularkan jus halia jualannya sehingga mengambil halia dari lebih 10 kebun di Pahang untuk memenuhi permintaan.
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh memegang buku Shopee Spotlights Local Book |
“Perniagaan diusahakan rakyat Malaysia berhampiran anda adalah nadi ekonomi tempatan dan tulang belakang komuniti kita. Apabila anda membeli dari kedai tempatan dalam talian, anda menyokong produk buatan Malaysia dari komuniti yang memerlukan. Kami gembira terhadap sokongan kuat diberikan kepada penjual tempatan menerusi perniagaan dalam talian mereka. Kami berkomited untuk terus bekerjasama dan menyokong perjalanan e-dagang mereka,”
kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.
Shopee menyasarkan untuk mengedarkan 15,000 salinan buku ini secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX menjelang sambutan Hari Malaysia.
Muat turun buku ini sekarang di: https://sites.google.com/shopee.com/prnewsroom/home
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.