Assalamualaikum dan salam sejahtera
TikTok, destinasi utama untuk konten video pendek, menggalakkan pencipta konten Malaysia untuk menyokong dan meraikan komuniti pencipta konten melalui kempen #ForYouMalaysia - semua melalui kuasa video.
Kempen #ForYouMalaysia, yang berlangsung dari 14 hingga 28 September 2023, bertujuan untuk mementaskan pencipta konten tempatan yang telah menjadi sumber inspirasi bagi pengguna di Malaysia. Melalui suara kreatif mereka, komuniti ini telah melakukan usaha yang hebat dalam mempromosikan keindahan Malaysia, penduduk dan budayanya kepada seluruh dunia sambil mempamerkan bakat kreatif tempatan setaraf dengan peringkat global.
Kempen #ForYouMalaysia dilancarkan melalui video bersiri yang dimulakan oleh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 Creator of the Year, Khairul Aming. Beliau telah berkongsi tentang perjalanan kerjayanya sebagai pencipta konten kulinari berlatar belakangkan salah satu tempat kegemarannya di Lembah Klang untuk dikunjungi dan mendapatkan inspirasi. Dalam video bersiri ini juga, Ikhmal Nour, pemenang Rising Star of the Year berkongsi inspirasinya dalam mencipta konten komedi di akaun TikTok-nya, dan pada masa yang sama, pemenang Best of Entertainment, Eiqa Malek turut berkongsi konten tentang kehidupan sehariannya sebagai pengulas filem dan drama di TikTok.
"Keunikan pencipta konten digital Malaysia terletak pada dedikasi mereka untuk mematuhi piawaian antarabangsa dalam kualiti dan profesionalisme, sambil tetap memegang identiti asli mereka. Samada melalui vlog pengembaraan yang menarik atau penceritaan mendalam mengenai gaya hidup tersendiri dan makanan tempatan, mereka sentiasa meneroka pendekatan baru dan kreatif untuk menyampaikan penceritaan.
Kempen #ForYouMalaysia dari TikTok merupakan sambutan yang sesuai untuk menghargai komuniti pencipta konten tempatan yang berdedikasi dalam mencipta konten khas buat rakyat Malaysia,"
kata Yin Yin Hooi, Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia.
Inisiatif #ForYouMalaysia juga merupakan usaha TikTok untuk meraikan Hari Malaysia dengan menjemput setiap rakyat untuk menerokai keindahan negara melalui cabaran hashtag kempen ini. Pengguna digalakkan untuk menyelesaikan tugasan di laman web khusus kempen untuk mendapatkan mata ganjaran. 50 pereka dengan mata ganjaran tertinggi berpeluang memenangi produk rasmi TikTok. Manakala 3 teratas pula boleh memenangi penginapan 2 hari/1 malam di Dash Box Hotel Cyberjaya.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman kempen #ForYouMalaysia di sini.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.