Lirik Lagu : Insan Ku Sayang Kini Menghilang - Tajul & Afieq Shazwan (feat SPIN)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu : Insan Ku Sayang Kini Menghilang - Tajul & Afieq Shazwan (feat SPIN)

Lagu 'Insan Ku Sayang Kini Menghilang' pernah popular sebelum ini yang dibawa oleh kumpulan SPIN. Dinyanyikan semula oleh adik arwah Achik Spin iaitu Tajul dan digandingkan bersama Afieq Shazwan. Susunan muzik lagu ii telah diberi nafas baru dan atas permintaan ramai, penampilan 'full lineup' kumpulan SPIN di dalam muzik video terbaru yang boleh ditonton di laman Youtube.

LIRIK LAGU : INSAN KU SAYANG KINI MENGHILANG - TAJUL & AFIEQ SHAZWAN (FEAT SPIN)


Judul Lagu : Insan Ku Sayang Kini Menghilang
Penyanyi : Tajul & Afieq Shazwan
Komposer : Patrick Kamis
Penulis Lirik : Afiqah MS


Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama

Tergamaknya engkau tinggalkan
Kau biarkan hidupku sepi
Mengapa sayang mengapa katakan

Dahulu hanya diriku
Kau berikan pengharapan
Ku serah cinta yang suci
Tak pernah ku ragui

Kini ku rayu memujuk hati mu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata
Kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Apakah ini suratan takdir
Suka duka kita dalam nafas cinta berdua
Insanku sayang kini menghilang
Musnahlah sudah harapan kita selamanya

Tidakkah kau ingat dulu 
kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri bersaksi rembulan

Ku sangka engkau setia
Rupanya engkau berpura pura
Setelah kasih ku serah
Diriku kau tinggalkan

Kini ku rayu memujuk hati mu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata
Kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Apakah ini suratan takdir
Suka duka kita dalam nafas cinta berdua
Insanku sayang kini menghilang
Musnahlah sudah harapan kita selamanya

Tidakkah kau ingat dulu 
kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri bersaksi rembulan

Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama


MUZIK VIDEO RASMI LAGU INSAN KU SAYANG KINI MENGHILANG - TAJUL & AFIEQ SHAZWAN (FEAT SPIN)



SEKIAN
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!