Panduan Pendaftaran Permohonan Baru STR 2024

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Panduan Pendaftaran Permohonan Baru STR 2024

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2024

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

a. Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.


PANDUAN PENDAFTARAN PERMOHONAN BARU STR 2024

#1 Layari laman sesawang  : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

#2 Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.

#3 Maklumat Permohonan

A. Maklumat Pemohon





Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang SEMAK.
  • Maklumat Nama, Jantina dan Umur akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. 
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
  • Sekiranya permohonan pemohon telah wujud pada pangkalan data STR 2024, paparan berikut akan dipaparkan:
(b) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
(f) Isikan pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
  • Kahwin
  • Cerai 
  • Kematian Pasangan
  • Bujang
(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan,
  • Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
  • Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
  • Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
(h) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
  • Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
(i) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(j) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. 
(k) Masukkan Nombor Akaun Bank
(l) Isikan Alamat e-mel


B. Maklumat Pasangan


Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
  • No. MyKad / MyPR / MyKAS 
  • Sijil Lahir
  • No. Pasport
(b) Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
  • Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
  • Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan paparan berikut akan dipaparkan:
  • Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
  • Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain, permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. 
(f) Masukkan Nombor Akaun Bank


C. Maklumat Anak


i. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

ii. Pemakluman mengenai Maklumat Anak


iii. Tindakan seterusnya seperti berikut:

(a) Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
  • Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran. 
  • Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
(b) Pilih Status Anak
  • Anak Kandung
  • Anak Angkat
(c) Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.


D. Maklumat Waris



(a) Pilih Maklumat Waris
  • Anak Kandung
  • Anak Angkat
(b) Pilih Hubungan
  • Pasangan
  • Ibu/bapa
  • Anak
  • Adik beradik
  • Cucu

(g) Pilih Jenis Pengenalan Waris
  • No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
  • Sijil Lahir
  • No. Passport
(c) Masukkan Nombor Pengenalan waris.

(d) Nama waris
  • Jika nombor pengenalan waris wujud pada data JPN, maklumat Nama waris akan dipaparkan secara automatik
  • Jika tidak wujud atau jenis pengenalan waris adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama perlu diisi.
(e) Isikan No Telefon Waris.

4. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap


5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha


6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut


7. Hantar

(a) Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan


(b) Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:

  • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR
  • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
  • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.

8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan



SEKIAN
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!