Assalamualaikum dan salam sejahtera
RUNHACK: Scam Alert, merupakan inisiatif anjuran Synapze yang disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Digital akan menganjurkan karnival yang sarat dengan aktiviti permainan, larian dan pameran hasil kerjasama daripada rakan kongsi dan penaja.
Karnival RUNHACK: Scam Alert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember ini bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang.
RUNHACK: SCAM ALERT BERI KESEDARAN TENTANG DUNIA ‘SCAMMER’.
Pengarah Synapze, Andrew Tai, berkata karnival ini lebih daripada sekadar larian. Malah, katanya penganjuran karnival larian ini adalah untuk mengkaji penggunaan teknologi dan latihan fizikal sambil mengajar orang ramai tentang pelbagai jenis penipuan yang semakin berleluasa di negara ini.
"RUNHACK: Scam Alert memberi Synapze peluang untuk mengingatkan satu sama lain supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam melihat percubaan penipuan dan ia adalah modus operandi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab,"
katanya.
Penganjuran RUNHACK: Scam Alert, secara amnya bertujuan untuk mendidik pengunjung tentang penipuan melalui aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
RUNHACK:SCAM ALERT SASAR SERAMAI 1,000 ORANG PENGUNJUNG DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Menyasarkan seramai 1,000, RUNHACK:Scam Alert akan diadakan di ruang tempat meletak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil. Pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan untuk mengkaji cara mengesan dan mengelakkan penipuan.
Aktiviti utama, 5km Fun Run melibatkan orang ramai dari semua peringkat kecergasan berlari melalui empat checkpoint di mana mereka perlu mengimbas kod QR, mengenal pasti kes penipuan dan akhirnya pelari bakal mengumpul setem digital. Pengalaman interaktif ini menguji kemahiran dalam mengesan penipuan dan pemikiran kritis peserta terhadap persekitaran tanpa tekanan.
Jersi dan beg bertali percuma akan diberikan kepada semua peserta dan medal penamat bagi kanak-kanak. Peserta diberi kesempatan melawat photobooth dan 5 stesen permainan interaktif;
👟 Firewall Breach Challenge (Kick & Score)
👟 SCAM Alert (Whack-a-Hack)
👟 Cyber Rush (Wind Chamber)
👟 Password Strength (Hammer King)
👟 Busting Scam (Boom Blaster)
Selain itu, terdapat pelbagai peluang bagi peserta bertuah dalam sesi cabutan bertuah yang bernilai lebih RM8000 untuk dimenangi.
RUN HACK 2023 X FILEM ‘OPPA’
Run Hack 2023 turut bekerjasama dengan filem kesedaran pertama Malaysia yang bakal ditayangkan, bertajuk ‘OPPA’ yang berkait rapat tentang penipuan percintaan (love scam) dibawah hasil kerjasama Dream Film Sdn Bhd dan Jabatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.
Kepada yang berminat, yuran pendaftaran sebanyak RM70 untuk dewasa dan PERCUMA bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Setiap peserta berdaftar akan menerima jersi eksklusif RUNHACK Scam Alert, pingat penamat, beg, minuman, serta pengetahuan yang tidak ternilai tentang isu penipuan yang berleluasa menyasarkan rakyat Malaysia hari ini.
Tarikan di RUNHACK: Scam Alert 2023;
🏃 Larian 5 KM
🏃 Cabaran di checkpoint
🏃 Aktiviti interaktif
🏃 Pameran
🏃 Pelbagai pilihan makanan & minuman
🏃 Saringan kesihatan percuma
🏃 Cabutan bertuah bernilai RM8,000
Tiket dijual pada harga;
🏃 RM70 (individu)
🏃 RM325 (Berkumpulan - 5pax)
🏃 RM600 (Berkumpulan - 10pax)
🏃 Percuma (untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun)
🏃 Percuma jersey, beg dan medal kepada semua peserta yang selesaikan larian.
🏃 Percuma medal kepada setiap kanak-kanak yang selesaikan larian.
Untuk mendaftar RUNHACK Scam Alert, layari:
Ikuti laman web dan media sosial program untuk lebih banyak kemas kini dan butiran:
- Website: http://www.synapzemy.com/runhack/
- Instagram: @runhackscamalert
- Facebook: @RunHack : Scam Alert
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.