Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way !

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang menyertai satu bengkel menarik yang penuh dengan pengetahuan dan aktiviti interaktif mengajar para peserta tentang kelebihan Kentang U.S. Dalam artikel kali ini, aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman aku sepanjang bengkel ini diadakan.

{tocify} $title={Kandungan}

KEMERIAHAN & KEAJAIBAN DI EKSTRAVAGANZA PERAYAAN KENTANG U.S.


Baru-baru ini berlangsungnya Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way, sebuah bengkel memasak dan mengukir unik yang meraikan kepelbagaian guna dan rasa kentang U.S. Bengkel ini telah diadakan di FunFun Event Space, Puchong, Selangor. Berlangsung dari 10.30 pagi sehingga 2 petang, bengkel ini menyaksikan para peserta melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi memasak, demonstrasi mengukir, permainan dan sebagainya.  

TENTANG KENTANG U.S.


Kentang U.S merupakan ubi kentang yang berkualiti dan segar, diimport dari Amerika Syarikat. Terdapat empat jenis kentang U.S  iaitu Russet, Purple, Yukon, dan Round Red

Untuk maklumat, Kentang U.S. mempunyai khasiat yang banyak malah lebih banyak daripada makanan-makanan harian yang lain. Antaranya adalah kentang ini mempunyai lebih banyak pottassium dari pisang. Selain itu, Kentang U.S tidak mengandungi sebarang lemak. Oleh itu, pengambilan Kentang U.S. adalah tidak menggemukkan kerana kandungan lemaknya yang sifar.

Selain itu, sebiji kentang bersaiz sederhana mempunyai kandungan 26g karbohidrat dan 100 kalori. Untuk itu, kentang adalah sumber yang terbaik kerana kandungannya yang tinggi dengan serat, tanpa lemak dan pelbagai khasiat yang lain. 

BENGKEL KRISMAS JINGLE U.S POTATOES ALL THE WAY


Baiklah, berikutnya adalah perkongsian tentang Bengkel Krismas Jingle U.S Potatoes All The Way. Sementara menunggu semua peserta hadir,  aku dan rakan-rakan yang telah hadir dapat melihat pameran 'Taman Krismas Kentang' yag mempamerkan pelbagai jenis kentang segar U.S. seperti Russet, Merah dan Ungu, serta pelbagai potongan kentang beku U.S. dan campuran kentang lenyek segera U.S.


Seterusnya, setelah semua hadir maka bengkel pun bermula dengan ucapan oleh En. Eddie Saw, yang merupakan wakil bagi U.S. Potatoes, menyampaikan ucapan yang memberi pencerahan tentang sejarah dan kepentingan kentang U.S.

#1 DEMONSTRASI BERSAMA CHEF ZIEZIE 


Berikutnya, Chef ZieZie memulakan sesi demonstrasi menyediakan menu 'Baked U.S. Potatoes with Cheese'. Hidangan ini disediakan oleh Chef ZieZie dan merupakan sebuah hidangan kentang yang menggunakan kentang Russet U.S. 

Seterusnya Chef ZieZie meneruskan demonstrasinya dengan menu 'Twinkle U.S. Potatoes Stars'. Untuk hidangan ini, para peserta juga perlu menyediakan dan mengikut arahan yang diberikan oleh Chef ZieZie.


#2 DEMONSTRASI BERSAMA CHEF TAUFIQ HALIM


Bengkel diteruskan lagi dimana para peserta belajar proses dan cara mengukir menggunakan kentang U.S Russet dan Ungu U.S. Untuk sesi kali ini Chef Taufiq Halim memimpin semua peserta dalam memberikan arahan dan tunjuk ajar. 


Selepas berakhirnya aktiviti dan demonstrasi, berikutnya adalah majlis menyampaikan sijil penyertaan dan sesi fotografi. 


Alhamdulillah, dengan menyertai bengkel kali ini aku dapat pelbagai pengetahuan tentang Kentang U.S., belajar memasak dan menyediakan makanan menggunakan kentang dan juga dapat belajar cara mengukir kentang. Sebenarnya Kentang U.S. mempunyai pelbagai khasiat dan juga ia boleh disediakan dalam pelbagai cara yang menarik terutamanya di musim perayaan.

RESIPI 'BAKED U.S. POTATOES WITH CHEESE' & 'TWINKLE U.S. POTATOES'


Baiklah, aku pasti ramai yang nak tahu resipi menu yang disediakan pada bengkel pada hari tersebut. Berikut dikongsikan dua resipi pada hari yang cukup bermakna ini :-


#1 RESIPI 'BAKED U.S. POTATOES WITH CHEESE'

BAHAN UTAMA 

🎄 Kentang Russet U.S. - 6 Biji (Saiz Sederhana)
🎄 Cendawan Butang - 100gram
🎄 Bawang Dadu - 20gram
🎄 Bawang Putih Cincang - 5gram
🎄 Kubis Merah - 10gram
🎄 Brokoli - 30gram

PERASA & HERBA

🎄 Thyme Segar - 2 tangkai
🎄 Rempah Maghribi - 1/2 tsp
🎄 Garam - 1/4 tsp
🎄 Lada Hitam - 1/4 tsp

HIASAN

🎄 Daun Chervil - mengikut keperluan

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN :

#1 Untuk menyediakan kentang Russet yang dibakar, cucuk lubang pada kentang menggunakan pisai paring. Bungkus kentang dalam foil aluminium tanpa minyak, dan bakar selama 58 minit pada suhu 165c.

#2 Setelah siap, pegang kentang dengan tuala panas dan belah dua, keluarkan isi kentang dengan sudu logam dan ketepikan.

#3 Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan charkan brokoli selama beberapa minit. Selepas itu, terbalikkan brokoli dan tambah 2-3 sudu besar air untuk memasak dengan stim dan menambahan kelembapan. Kemudian, keluarkan brokoli dari kuali dan ketepikan.

#4 Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak, diikuti dengan bawang dadu, bawang putih cincang dan capsicum. Apabila aromatik mula harum, masukkan brokoli semula. Perasakan dengan rempah Maghribi, garam dan lada hitam. Ketepikan setelah siap.

#5 Lenyekkan kentang dengan penghancur kentang, tambahkan susu, dan pasli yang dicincang halus. Lipat kentang dengan lembut, kemudian perasakan dengan garam, dan lada hitam mengikut selera. Gabungkan sayuran yang telah ditumis dan char ke dalam kentang lenyek. Tambahkan lebih garam dan lada hitam jika perlu, mengikut rasa.

#6 Sudukan isi ke dalam kulit kentang. Kemudian taburkan dengan sedikit keju cheddar parut, dan cairkan dalam oven atau penggoreng udara selama 2-3 minit pada suhu 175c.

#7 Akhir sekali, hias dengan daun chervil dan hidangkan.

#2 RESIPI 'TWINKLE U.S. POTATOES'

BAHAN UTAMA

🎄 Kentang Russet U.S. - 2 Biji
🎄 Mentega Cair - 20gram
🎄 Kuning Telur - 1 biji (dipukul sedikit)
🎄 Krim - 35gram

PERASA

🎄 Garam - 1/3 tsp
🎄 Lada Hitam - 1/4 tsp
🎄 Serbuk Pala - 1/4 TSP

CUCIAN TELUR

🎄 Telur - 1 biji
🎄 Air - 1 tsp

HIASAN

🎄 Pasli Inggeris - mengikut keperluan


LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN :

#1 Basuh dan kupaskan kentang, potong ke dalam saiz kiub yang seragam, kemudian masukkan ke dalam air sejuk dan rebus kentang sehingga lembut selama 18 -20 minit.

#2 Setelah siap, keluarkan kentang, toskan dan lenyekkan kentang dengan penghancur kentang. Lipatkan kiub mentega dan perasa dengan segera ketika masih panas berwap.

#3 Kemudian, masukkan krim. Apabila campuran telah sedikit sejuk, lipatkan kuning telur yang telah dipukul ringan.

#4 Isikan campuran kentang lenyek ke dalam beg paip dengan muncung berbentuk pusaran, paipkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini. Pastikan saiznya seragam untuk pemasakan secara sekata.

#5 Kemudian, sapukan kentang yang telah dipaip dengan cucian telur, dan bakar dalam oven atau penggoreng udara selama 10 minit pada suhu 175c.

#6 Akhir sekali, hias dengan pasli Inggeris yang telah dicincang dan hidangkan.


U.S POTATOES

Laman Sesawang : https://usapotatoes.com/

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!