Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kepimpinan E-Dagang Shopee Pacu Keterangkuman Ekonomi
Pasaran Shopee Mengintegrasikan 1.5 Juta Bakat Baharu Malaysia
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan menutup tirai 2023 dengan membuktikan peranan kukuhnya sebagai pemacu keterangkuman ekonomi. Shopee menyaksikan pendaftaran lebih 1 juta rakyat Malaysia ke dalam strim langsung Shopee Live dan lebih 450,000 penjual tempatan, pempengaruh, dan ahli affiliate baharu diterapkan ke ekosistem pasaran Shopee seluruh negara.
Bersifat inklusif, usaha Shopee termasuk kerjasama strategik dengan kerajaan, program peningkatan kemahiran percuma melalui Shopee University, dan penggunaan teknologi pemasaran yang lancar memacu kuasa keaslian dan hiperlokal untuk mencapai ekuiti sosial. Impak terhadap penguasaan ekonomi adalah ketara: pada tahun 2023, 80,000 penjual meningkatkan pendapatan kepada 25% setiap tahun demi tahun, sementara pesanan melalui ahli affiliate meningkat 420% dan pesanan strim langsung meningkat 500%.
“Walaupuan DNA kami adalah digital, dan kami membawakan kemudahan dagangan secara maya, setiap penjual tempatan, pempengaruh, dan ahli affiliate kami adalah insan yang membina komuniti. Bukan sahaja kami berbesar hati dapat membantu mereka membina komuniti, tetapi kami juga penuh bersemangat dalam menggunakan teknologi untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Rakyat Malaysia yang membeli-belah daripada kami mempunyai hubungan langsung dengan penjual melalui Seller Chat, Shopee Live, dan kurier SPX yang membuat penghantaran ke rumah. Jenama dan penjual Malaysia selari dengan platform kami kerana program Shopee Guarantee, Shopee Mall, dan 360 Marketing Solutions membolehkan mereka menunjukkan nilai-nilai yang selari dengan nilai-nilai yang dipegang pelanggan lalu membawakan kesan positif kepada masyarakat,”
kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia.
Shopee Live Membuka Peluang Saluran Baharu pada Skala Besar
Pada 2023, rakyat Malaysia berinteraksi dengan pempengaruh tempatan sebanyak 3.5 bilion kali ganda di Shopee Live dan platform ini merekodkan 1 juta penstrim langsung tempatan berdaftar sejak penubuhannya pada 2019. Dengan melabur kepada produksi studio berkualiti tinggi dan khidmat strim langsung pempengaruh, meningkatkan titik sentuhan strim langsung dalam penjalanan membeli-belah pengguna, dan menggunakan alatan perniagaan ketika berstrim langsung untuk mengoptimumkan aktiviti pembelian, Shopee Live telah menjadi saluran utama untuk pengguna menemui produk buatan tempatan.
- Sepanjang 12 bulan lalu, pesanan strim langsung meningkat ketara sebanyak 500% berbanding tahun lalu.
- Penggunaan Shopee Live oleh penjual tempatan baharu meningkatkan jualan sebanyak 10 kali ganda dan peningkatan pesanan sebanyak 16 kali ganda berbanding tahun lalu.
- Lebih 89,000 ahli affiliate baharu menyertai Shopee Live yang memacu trafik ke arah penjual tempatan di Shopee Live.
- Untuk penjual yang berjaya mencapai keuntungan RM500,000 pada tahun ini, sehingga 40% daripada jumlah pesanan ini adalah melalui saluran strim langsung.
Kerjasama #ShopeeSapotLokal dengan Kerajaan Membina Komuniti
- Lebih 60,000 penjual SME mendapat manfaat kerjasama strategik Shopee dengan kementerian dan agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Sejak pelancarannya pada Jun 2021, kempen Pupuk@Shopee dengan kerjasama Pusat PEDi di bawah MCMC di seluruh Malaysia telah memacu lebih RM55 juta dalam jualan buat 29,000 penjual tempatan dan meningkatkan purata pendapatan harian tahun demi tahun kepada 22%.
- Shopee baru-baru ini telah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada November 2023 untuk membantu 500 penjual OKU negara melalui Program OKU Celik Digital, ‘pushcart’ khas untuk membantu usahawan OKU dan membawakan Kelly Chan, penjual OKU Shopee untuk berkongsi pengalaman dan tips untuk berniaga dalam pasaran digital.
- Shopee aktif menyokong perniagaan mikro, kecil dan sederhana Malaysia (MSME) dan memupuk ekosistem yang mendahulukan digital buat MSME selari dengan visi kerajaan untuk memperkasakan perniagaan tempatan. Shopee telah melaksanakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG), yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan domestik MSME, menunjukkan komitmen usahasama dalam memperkasakan landskap perniagaan melalui kolaborasi proaktif dan seiring dengan langkah perundangan.
Shopee University Mengajar Kemahiran Bernilai Tinggi secara Percuma
- Lebih 120,000 hadir ke kelas setiap hari, lebih 600 menyertai bengkel latihan luar talian, dan lebih 650 dicapai melalui aktiviti keterlibatan komuniti.
- Terdapat 39,000 ahli Facebook ShopeeUni Malaysia yang memupuk komuniti yang merangkumi penjual tempatan yang saling membantu.
- Bengkel Luar Talian ShopeeUni yang diperibadikan untuk penjual OKU: Kelly Chan, penghidap Sindrom Child cuba untuk melangsungkan kehidupan melalui kedai fizikal menjual cendarahati setelah mengalami kekangan akibat kaki kirinya yang terpaksa dipotong ketika berumur 14 tahun. Kondisi kulitnya juga membawa kekangan kerana beliau memerlukan fleksibiliti untuk jaga kesihatannya tetapi kebanyakan platform perniagaan membawakan kekangan aliran tunai dan risiko berhutang tinggi buatnya. Beliau menyelesaikan kekangan-kekangan ini dengan menjadi peserta terbaik webinar Shopee Uni dan menggunakan ilmu dan alatan perniagaan yang dipelajarinya untuk membina perniagaan dalam talian mampan bersama Shopee.
SEKIAN
Selalu gak masuk Shopee Uni Webinar tu. Banyak ilmu baru boleh belajar. Coach & trainer pun best best.
ReplyDeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html