Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini, terutamanya di bandar Baling bersama rakan-rakan blogger.
Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati termasuklah tempat makan menarik yang menyediakan pelbagai juadah menarik dan begitu menyelerakan. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat makan menarik dengan menu-menu sedap yang anda perlu kunjungi sekiranya datang ke Baling, Kedah.
{tocify} $title={KANDUNGAN}
TEMPAT MAKAN MENARIK WAJIB KUNJUNGI DI BALING, KEDAH
1) NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MAKLANG MATLI
Kalau sebut sahaja nasi kukus ayam berempah, apa yang terfikir dalam fikiran adalah aku boleh dapatkan di mana-mana sahaja. Menu yang aku kira agak popular bagi penduduk Malaysia terutamanya bagi kaum melayu.
Jadi, apakah istimewanya Nasi Kukus Ayam Berempah Maklang Matli ini? Menariknya, ayam yang digunakan adalah ayam berempah penyet! Satu keistimewaan yang agak unik.
Setiap ketulan ayam yang dihidang memang penuh dengan rempah dan cukup rasa 'juicy'nya. Selain itu, buat penggemar makanan, pengalaman makan di restoran ini sendiri adalah menarik, terdapat dua tingkat untuk pelanggan menjamu selera.
Di tingkat atas terdapat tempat untuk duduk bersila dan juga tempat untuk makan di atas meja. Dekorasinya yang cukup menarik, bagaikan berada di rumah tradisional melayu klasik membangkitkan rasa cinta pada bangsa. Eh?
Selain menu nasi kukus ayam berempah, ada beberapa lagi menu menarik yang anda boleh cuba seperti laksa kedah, bihun sup dan pelbagai lagi. Oleh itu, sekiranya anda berada di sekitar Baling, jangan lupa untuk singgah dan mencuba hidangan yang cukup menyelerakan di sini.
NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH MAKLANG MATLI
LOKASI : K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, Kedah
WAKTU OPERASI : Setiap Hari / 8.00 Pagi - 10.00 Malam
HUBUNGI : 013-968 1458 / 019 -527 3905
INSTAGRAM : @mak.lang.92123 @balqisaiin_
FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100093147159978
2) WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67
Terletak betul-betul di tengah bandar Baling, Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67 merupakan sebuah lokasi bersarapan yang sangat popular. Lokasinya yang strategik menjadi salah satu sebab restoran ini mendapat perhatian orang ramai untuk datang dan singgah bersarapan.
Mengetengahkan konsep makan dalam hutan, restoran ini menempatkan tempat makan yang cantik, dimana pelanggan dapat menjamu selera sambil menikmati bunyi-bunyian hutan, serta dapat melihat sendiri keindahan pemandangan Gunung Baling yang tersergam indah.
Terdapat pelbagai menu yang anda boleh cuba di sini dan kebanyakannnya adalah menu sarapan barat seperti roti bakar, kacang panggang, roti salut telur dan sebagainya. Jangan risau, aku sendiri dan mencuba menu-menu di sini dan alhamdulillah, semuanya memang sedap-sedap belaka!
Kepada anda yang datang ke bandar Baling, jangan lupa untuk singgah di Warung Mat Noi Roti Bakar Baling Route 67. Pastikan datang awal kerana restoran in memang sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar!
WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67
LOKASI : Baling, 09100 Baling, Kedah
WAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Khamis / 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
HUBUNGI : 013-483 3217
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Route67WarungMatNoi/
3) M IDAMAN CAFE
Satu lagi lokasi sarapan yang menarik di Baling adalah M Idaman Cafe. Sebuah warung kecil tetapi menampilkan pelbagai jenis menu menarik dan sedap-sedap belaka. Menariknya, lokasi M Idaman Cafe ini terletak di kawasan kampung dan bersebelahan dengan jalan raya besar.
Suasananya yang nyaman, tenang sambil menikmati keindahan pemandangan gunung-gunung dan bukit bukau sekitar Baling.
Terdapat pelbagai menu menarik d sini seperti nasi lemak berlauk, ayam goreng rangup dan sebagainya. Oh ya, jangan lupa juga unutk cuba menu roti sarang, roti canai dan sebagainnya. Memang sedap dan sungguh menyelerakan.
Sekiranya anda datang bercuti di Baling, atau melalui bandar ini untuk ke lokasi tujuan anda, bolehlah sekiranya anda singgah bersarapan di M Idaman Cafe ya!
M IDAMAN CAFE
LOKASI : Kampung Dalam Wang, 09100 Baling, Kedah
WAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Isnin / 6.30 Pagi - 11.30 Pagi
HUBUNGI : 013-520 1286
FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100063948424446
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@mazidahsakeri
4) NAZARIAH CENDAWAN PEKASAM
Siapa disini peminat tegar Pekasam?! Kalau tiada menu ikan pekasam, maka kuranglah menu lauk anda dan anda berkemungkinan akan mencari sehingga dapat. Tahukah anda bahawa selain ikan, cendawan juga boleh di-pekasam-kan?
Ya, di Baling atau lebih tepat lagi di mukim Kupang dalam daerah Baling terdapat seorang pengusaha cendawan pekasam yang sungguh enak. Puan Nazariah Saad mengusahakan ternakan cendawan dan juga menghasilkan produk Cendawan Pekasam sebagai satu produk menarik.
Okay, Nazariah Cendawan Pekasam ini bukanlah restoran atau warung, tetapi di sini anda boleh dapatkan cendawan segar 100% organik serta cendawan pekasam yang sudah dipek dengan baik serta kualitinya yang terjaga rapi!
NAZARIAH CENDAWAN PEKASAM
LOKASI : 241, Jalan Kampung Tengah, Kupang, 09200 Kupang, Kedah
HUBUNGI : 013 - 477 1183
FACEBOOK : https://www.facebook.com/nazariah.saad/
5) THE WARONG SANTAI-SANTAI
Lokasi tempat makan berikut adalah bukan di Baling. Maaf, kerana terpaksa masukkan lokasi berikut ini dalam senarai ini. The Warong Santai-Santai terletak di Sungai Petani, Kedah.
Kami singgah di sini sementara menunggu waktu berlepas menaiki ETS kembali ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, aku merasakan adalah sesuai untuk memasukkan lokasi ini dalam senarai kali ini.
Kepada anda yang mungkin berada di sekitar bandar Sungai Petani dan mencari lokasi makan tengahhari yang sedap bolehlah datang ke The Warong Santai-Santai ini. Lokasinya berdekatan dengan Masjid Taman Keladi, disini anda boleh menikmati pelbagai hidangan nasi campur, masakan panas dan juga roti canai.
THE WARONG SANTAI-SANTAI
LOKASI : Berdekatan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah
Alhamdulillah, setakat ini sahaja senarai lokasi tempat makan menarik yang aku boleh kongsikan. Sepankang keberadaan aku dan rakan-rakan di Baling/ Kedah, inilah antara lokasi tempat makan yang menarik yang sempat kami singgah dan rasai menu dan sajiannya.
In shaa Allah, sekiranya aku berkesempatan untuk datang lagi ke kawasan Baling dan sekitarnya, aku akan menambah lagi lokasi-lokasi tempat makan menarik yang terdapat di sini.
SEKIAN
#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.