Fesyen Pakaian Tidur Bella Hazaha Tular di Shopee Live

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Fesyen Pakaian Tidur Bella Hazaha Tular di Shopee Live

Fesyen Pakaian Tidur Bella Hazaha Tular di Shopee Live

Usahawan Tempatan Memeriahkan Industri dengan Pakaian Tidur Sedia Pakai Luar Rumah

Seorang peniaga tempatan Shopee Live telah memeriahkan lagi pasaran pakaian tidur Malaysia dengan mensasarkan pelanggan yang mencari pakaian tidur yang bergaya, sopan, dan mampu milik yang boleh dipakai di luar rumah. Bella Hazaha Pyjamas dilancarkan pada September 2023 telah melakar ruangan unik dalam fesyen pakaian tidur sedia pakai, dengan menjual lebih 500 pakaian tidur setiap hari dan menjadi penjual cemerlang di Shopee Live.  

"Shopee Live telah merevolusikan perniagaan saya," 
kata pengasas Bella. 

"Telah berakhirnya zaman pengiklanan media sosial ceruk. Kini, saya berhubung terus dengan pelanggan, mempertunjukkan produk secara langsung. Ianya seperti memiliki pembantu membeli-belah peribadi - platform mengambil pesanan sementara hos menjelaskan tentang ciri-ciri pakaian tidur. Ini telah menyelaraskan operasi dan meningkatkan perniagaan saya dengan ketara. Saya juga telah mampu untuk membuka pejabat fizikal dan gudang untuk memenuhi permintaan!”

Membawakan Maksud Baharu Pakaian TIdur yang Bukan Sekadar untuk Tidur 

Fesyen Pakaian Tidur Bella Hazaha Tular di Shopee Live

Bukan sahaja pakaian tidur tradisional, Bella Hazaha pecah stereotaip dengan cetakan berani, warna terang, dan corak meriah. Kaftan Dress terlaris yang direka oleh Bella sendiri disukai ramai wanita yang ingin keselesaan dan ekspresi diri, telah terjual lebih 36,000 helai. Koleksi ini termasuk 16 corak menarik yang memastikan setiap wanita jumpa corak yang mereka suka, dari corak ‘Daisy’ ke ‘Leopard print’.

“Pelanggan kami adalah mereka yang yakin dengan individualiti mereka,” 
jelas Bella. 

“Walaupun pakaian tidur satin dan sutera menawarkan kemewahan dan keberahian, harganya yang mahal boleh menjadi penghalang buat ramai orang. Kami berusaha untuk mencipta helaian fesyen mewah yang mampu milik tanpa kompromi terhadap kualiti. Oleh sebab itu, kami guna campuran kain kapas untuk pakaian tidur kami. Fabrik ini bukan sahaja mesra poket tetapi membawakan keselesaan dan praktikal, dan senang dijaga.”

Menggunakan kuasa strim langsung, Bella merevolusikan cara pelanggan berhubung dan membeli-belah. Ketika sesi terkini dengan lebih 3,400 penonton, seorang penonton bertanya, “Saiz apakah sesuai untuk saya? Tinggi saya 151cm dan berat saya 60kg” Hos yang mempunyai kepakaran produk segera menjawab saiz ‘S’ sesuai untuk pelanggan tersebut dan menjelaskan panduan saiz dengan teliti, yang memberikan penonton keyakinan terhadap keputusan pembelian mereka. Jenama ini berstrim langsung setiap hari jam 12 tengah hari, bukan sahaja menawarkan rakyat Malaysia pakaian tidur mampu milik bawah RM30, tetapi juga rakan membeli-belah yang mesra dan berinformatif. 


Pengalaman Penonton yang Diperibadikan

Fesyen Pakaian Tidur Bella Hazaha Tular di Shopee Live

Untuk mengekalkan konsistensi jenama, Bella memilih dan melatih setiap hos sebagai duta jenama. 

“Saya percaya tugas hos strim langsung bukan sahaja untuk menjawab soalan tetapi juga merupakan wajah jenama kami. Saya memastikan hos saya dilatih bukan sahaja untuk mengikut skrip, tetapi juga menyelaraskan identiti jenama kami termasuk dari segi pemakaian alat solek dan gaya tudung dalam berinteraksi dengan penonton. Ianya pendekatan yang ketat, tetapi apa yang membezakan kami dengan yang lain adalah keupayaan kami menarik hati pelanggan dengan fesyen menarik dan perhubungan yang tulen.”

Pasukan strim langsung Bella Hazaha telah memacu tujuh kali ganda jualan melalui sesi Shopee Live. Sejak pelancarannya, jenama ini telah berkembang secara strategik dari tiga ke lapan pengacara, yang menyumbang ketara terhadap kejayaan jualan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan pemacuan aktiviti pembelian. 

"Mengekalkan tenaga dan keterlibatan semasa strim langsung yang beranggaran empat ke lapan jam setiap hari memerlukan pengacara saya kekal berdisiplin,”
 kata Bella. 

"Untuk memastikan kebajikan mereka dan memaksimakan interaksi penonoton, kami bertukar dua pengacara setiap strim, agar mereka boleh berehat sebentar untuk meningkatkan tenaga mereka. Ketika jualan kemuncak di Shopee, operasi boleh menjadi lebih sibuk, dengan jumlah penonton meningkat tujuh kali ganda dari 36,000 penonton pada hari biasa. Kami mengutamakan agar setiap komen dijawab dan memupuk semangat komuniti dan memastikan tiada penonton rasa diabaikan,” 

akhiri Bella. 

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!