Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam artikel terbaru. Bagaimana dengan hari-hari anda? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Baiklah, seperti mana yang anda maklum, baru-baru ini aku menyertai satu program ke daerah Baling. Salah satu lokasi tempat makan yang kami singgah adalah di restoran Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie. Nak tahu apa yang menarik di sini? Jom aku kongsikan secara penuh di dalam artikel ini.
Oh ya, untuk anda yang mungkin nak tahu tempat-tempat makan menarik lain di daerah Baling, boleh terus ke sini ya : https://www.aerill.com/2024/01/tempat-makan-menarik-wajib-kunjungi-di.html
{tocify} $title={KANDUNGAN}
MAKAN DI NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH MAK LANG MAT LIE, BALING, KEDAH
Restoran Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie ini diusahakan oleh Mak Lang dan keluarganya bermula pada tahun 2016. Bermula dengan warung kecil-kecilan sahaja, kini Mak Lang mempunyai sebuah restoran dua tingkat yang boleh memuatkan ramai pelanggan.
Lokasinya yang strategik iaitu betul-betul di tepi jalan yang menjadi laluan orang menjadikan restoran ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10.30 malam, pelanggan yang datang ke sini menikmati menu tidak kira masa, termasuklah waktu bersarapan, makan tengahhari, makan petang dan juga makan malam.
Setibanya kami di restoran ini sekitar jam 8.30 malam, kelihatan sebuah restoran yang berwarna warni, dihiasi dengan lampu berbagai warna menyambut kedatangan pelanggan.
Mempunyai dua tingkat, of course kami memilih untuk makan di bahagian atas yang didekorasikan dengan hiasan tradisional rumah melayu lama yang cukup ikonik.
Pelanggan sebenarnya boleh memilih sama ada mahu makan di ruangan bawah atau di tingkat atas. Untuk di tingkat atas pula terdapat dua jenis tempat makan, pertamanya makan di atas meja seperti biasa, atau satu lagi makan bersila di ruangan yang telah dikhaskan.
MAKAN NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH !
Of course bila datang ke sini anda wajib mencuba menu Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah! Sebagai pencinta ayam, menu ini sememangnya aku sangat suka. Sebelum ini aku pernah mencuba beberapa menu nasi ayam berempah di beberapa tempat lain. Bagaimanakah dengan menu ini di sini?
Pertamanya, aku suka dengan nasinya. Rasa bagi nasi kukus itu adalah sedikit berbeza berbanding nasi biasa. Selain itu, aku juga suka dengan ayamnya yang digoreng dengan pelbagai rempah. Untuk bahagian ayam sebenarnya anda boleh 'request' ya! Macam aku, aku suka bahagian isi dan kepak.
Telur masin dan papadom juga diberikan dalam set nasi ini. Sambalnya juga bagi aku tahap kepedasannya adalah pada tahap yang terbaik. Aku cukup suka dengan sambalnya, sampaikan aku meminta sambal kedua. Untuk itu, aku boleh katakan ini adalah menu nasi ayam berempah paling sedap yang pernah aku cuba seumur hidup.
Di sini juga terdapat beberapa menu lain yang anda boleh cuba. Contohnya macam anda datang ramai-ramai, takkan semua akan makan nasi kukus ayam berempah je kan?
Ada juga menu lain seperti nasi kukus set ikan keli, nasi kukus set puyuh, moi sup, bihun sup, koey teow sup, mee goreng, laksa dan sebagainya.
Tiga menu yang sempat kami cuba (berkongsi) adalah moi sup, bihun sup dan juga laksa kedah. Of course sebagai anak Kedah, aku sangat suka laksa kedah. Untuk laksa, yang menjadikan sesuatu laksa itu sedap adalah pada kuahnya.
Kuah laksanya memang pekat dan sedap. Ditambah pula dengan bahan-bahan lain seperti telur, mee laksa, cili dan sebagainya, memang sedap! Tapi sebab dah kenyang makan nasi, terpaksalah makan sedikit sahaja.
Secara keseluruhannya, aku sangat sarankan untuk anda datang ke Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie ini. Ada banyak menu menarik yang anda boleh cuba. Selain itu, ruangan tempat makannya juga sangat selesa.
In shaa Allah aku akan bawa keluarga aku yang menetap di Merbau Pulas, Kulim untuk datang ke sini suatu hari nanti.
SEKIAN
NASI KUKUS AYAM PENYET BEREMPAH MAKLANG MATLIE
LOKASI : K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, Kedah
HUBUNGI : 013-968 1458
WAKTU OPERASI : 8pagi-10.30 malam
FACEBOOK : https://www.facebook.com/mak.lang.92123?locale=en_GB
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mak.lang.92123/ / https://www.instagram.com/balqisaiin_/
#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.
Tergoda sungguh saya tengok laksa tu
ReplyDeleteNampak best la pulak ambiance macam ni. Rasa makan kat kg sendiri.
ReplyDelete