Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siapa di sini pencinta kismis, sila angkat tangan?! Ya, aku sendiri merupakan pencinta dan peminat kismis. Masih ingat lagi ketika di sekolah rendah dan menengah, bila tiba musim peperiksaan pastinya berkotak-kotak kismis dihabiskan mengharapkan supaya kismis tersebut dapat menjadikan minda lebih sihat dan dapat mengingati apa yang dipelajari.
Baiklah, kali ini aku bukannya nak ceritakan tentang peperiksaan tetapi mengenai kismis. Alhamdulillah, baru-baru ini aku sempat menyertai satu acara penuh informasi tentang kismis dan in shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan tentangnya. Selamat Membaca !
{tocify} $title={Kandungan}
RAIKAN RAMADAN DAN HARI RAYA BERSAMA CALIFORNIA RAISINS
Baru-baru ini telah berlangsungnya acara The Flavors of Festivity: Epicurean Delights for Raya serta sambutan pra-Ramadan yang dianjurkan oleh California Raisins. Acara ini telah berlangsung di Texture by C3 Lab di Atria Shopping Mall. Untuk maklumat, acara ini merupakan pameran meriah tentang kebaikan dan kelebihan California Raisins, bertepatan pada masanya untuk Ramadan dan juga musim perayaan.
Baiklah, acara pada pagi tersebut dimulakan dengan pengenalan tentang California Raisins, menekankan tentang perjalanan dari ladang anggur yang subur untuk menjadi bahan utama dalam masakan perayaan dan masakan setiap hari. Terkenal dengan kemanisan semulajadi dan kandungan nutrisinya, California Raisins diraikan sebagai bintang utama acara pada hari itu.
Alhamdulillah, pada pagi tersebut, kami dihidangkan pastri dan minuman yang dibuat dengan California Raisins. Selain itu, kami juga menerokai Raisins Garden yang disediakan khas untuk meneroka dan merasai pelbagai jenis California Raisins. Pengalaman menyeronokkan ini menyerlahkan kepelbagaian rasa dan daya tarikan masakan kismis.
MERAIKAN RESIPI CALIFORNIA RAISINS - RASA YANG MANIS SEMULAJADI
Walaupun saiznya kecil, kismis penuh dengan tenaga dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kismis secara semula jadi manis dan tinggi dalam gula dan kalori, tetapi ia memberi manfaat kepada kesihatan kita apabila dimakan secara sederhana. Malah, kismis boleh membantu penghadaman, meningkatkan tahap zat besi, dan memastikan tulang anda kuat.
Baiklah, acara pada hari tersebut diteruskan lagi dengan demonstrasi pelbagai ciptaan kulinari bertemakan kismis yang dihasilkan oleh dua orang tukang masak pastri terkenal Malaysia. Demonstrasi ini memberikan kami semua idea resipi yang inovatif, menggabungkan rasa tradisional dengan teknik masakan kontemporari.
DEMONSTRASI OLEH CHEF AISON
Pertamanya, demonstrasi oleh Chef Aison. Chef Aison merupakan seorang pakar roti yang mahir dengan latar belakang masakan yang pelbagai, dan terkenal dengan kreativitinya dalam menghasilkan roti yang dibakar dengan cukup baik. Beliau menggunakan bakatnya untuk mencipta beberapa pastri California Raisins yang unik, termasuk California Raisin Hazelnut Babka, California Raisin Kouign-Amann, dan California Raisin Carrot Cinnabon.
DEMONSTRASI OLEH CHED LAWRENCE BOBO
Demonstrasi seterusnya diteruskan lagi oleh Chef Lawrence Bobo yang juga dikenali sebagai 'The Mad Scientist'. Beliau digelar sebegitu kerana pandangan uniknya tentang pastri dan kuih-muih. Di sini, beliau menggunakan bakatnya dalam patisserie untuk menghasilkan satu siri hidangan manis termasuk California Raisin Apple Tarte Tatin, Kek Oren Coklat Kismis California dan California Raisin Vanilla Petit Gateau.
MAKAN TENGAH HARI BERSAMA MENU CALIFORNIA RAISINS
Alhamdulillah, pada sebelah tengah hari pula, kami dapat menikmati pengalaman penuh kenikmatan semasa makan tengah hari. California Raisin & Calamansi Spritzer, dan California Raisin Waldorf Salad sebagai pembuka selera.
Akhirnya, makan tengah hari berakhir dengan manisan iaitu California Raisin Apple Tarte Tatin, diikuti oleh California Raisin Chocolate Cake dan California Raisin Vanilla Cake sebagai petit fours.
KISMIS, PILIHAN UNTUK RAYA YANG LEBIH MENYERONOKKAN
Acara pada hari tersebut menekankan faedah gaya hidup menggabungkan California Raisins ke dalam diet harian, terutamanya semasa musim perayaan. Sebagai pemanis semulajadi dan snek mudah, California Raisins selaras dengan aspirasi orang ramai yang mana mementingkan kesihatan.
Acara Flavors of Festivity adalah lebih daripada pameran kulinari; ia adalah meraikan gaya hidup seimbang dan ceria yang disokong oleh California Raisins. Alhamdulillah, acara pada hari tersebut membuatkan para hadirin terinspirasi dan bersedia untuk meraikan perayaan hari Raya dengan kemanisan semula jadi California Raisins.
Diraikan kerana kualiti premium dan boleh diguna untuk pelbagai perkara, California Raisins adalah antara makanan dalam dapur yang mementingkan kesihatan. Menawarkan alternatif yang sihat kepada gula yang diproses, menjadikannya ramuan yang sempurna untuk masakan perayaan dan juga masakan setiap hari.
KESIMPULANNYA : California Raisins pastinya satu bahan masakan yang kita boleh gunakan dalam masakan melalui pelbagai cara. Banyak sebenarnya cara untuk memasukan kismis ke dalam masakan, yang penting perlu bijak untuk mengolah menu dan resipi.
Oh ya, bukan hanya dalam resipi makanan tetapi minuman juga boleh menggunakan kismis sebagai salah satu bahannya. In shaa Allah untuk Ramadan kali ini, selain kurma, aku juga akan cuba untuk memasukkan kismis sebagai salah satu bahan untuk berbuka, sahur dan sebagainya.
CALIFORNIA RAISINS
LAMAN WEB : https://caraisins.com/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/racasean/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/california.raisins.asean/
#CaliforniaRaisins #RaisinsRaya
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.