Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu lokasi penginapan di Langkawi yang sangat cantik, indah dan selesa.

Seperti yang telah dimaklumkan, baru-baru ini aku ada menyertai program Fam Trip ke Langkawi selama 5 hari dan 4 malam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan ceritakan tentang lokasi pertama penginapan kami iaitu di Hangouts Urban + Eco, Langkawi

{tocify} $title={Kandungan}

PENGALAMAN PENGINAPAN SERBA MEWAH DI HANGOUTS URBAN+ECO, LANGKAWI

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Hangouts Urban+Eco atau Hangouts Langkawi merupakan sebuah penginapan untuk keluarga yang unik. Konsep Urban+Eco menggambungkan seni bina urban dengan persekitaran eco. Direka dan dilengkapi dengan barangan perabot/perkakas oleh IKEA Malaysia, penginapan di sini boleh memuatkan 8 orang keluarga pada satu masa, sesuai untuk percutian keluarga. 

KERJASAMA BERSAMA IKEA MALAYSIA

Reka bentuk dalaman yang tiada tandingan di Hangouts Langkawi, dengan bangganya bekerjasama dengan IKEA Malaysia. Setiap sudut di Hangouts Langkawi mempunyai ruangan yang diteliti dengan baik , memastikan pengalaman yang bergaya dan berkualiti tinggi untuk para tetamu.

Diilhamkan oleh pulau-pulau ikonik di seluruh dunia, setiap rumah, seperti "Santorini" dan "Bora Bora Island", konsepnya boleh dilihat melalui hiasan, warna dan perabot yang disusun dengan begitu teliti.

PENGINAPAN DI HANGOUTS URBAN + ECO LANGKAWI

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Hangots Langkawi lokasinya adalah di Kampung Padang Gaong, agak jauh dari bandar sebenarnya. Menawarkan dua jenis penginapan iaitu sebanyak 28 unit untuk Family Suite dan juga sebanyak 16 unit untuk Studio Suite. 

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, setiap unit mempunyai tema yang unik dan tersendiri, yang mana semuanya telah direka dan dipenuhi barangannya oleh IKEA Malaysia. 

FAMILY SUITE DI HANGOUTS LANGKAWI

Alhamdulillah, untuk penginapan di sini kami menginap di penginapan jenis Family Suite. Lelaki di unit ZEN HOSHINOYA manakala kaum wanita di unit MARRAKESH. Untuk makluman, inilah unit yang boleh memuatkan maksimum 8 orang. Antara tema lbagi unit lain adalah seperti Langkawi Island, The Seven Mile, Cayman Island,  Malibu Beach, Santorini dan sebagainya.

Jom kita lihat rekaan dan susunan perabot di dalam unit-unit berikut. 

MARRAKESH

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Untuk unit Marrakesh ini, ia kelihatan seperti di Morroco. Rekaan yang sangat mewah, direka oleh IKEA Malaysia. Apa yang tersedia di dalam unit ini? 

✅ Dua buah bilik yang luas masing-masingnya boleh memuatkan 4 orang tetamu 
✅ Dua buah tandas yang selesa
✅ Ruang tamu yang lengkap dengan TV, sofa, dan sebagainya
✅ Meja makan untuk 8 orang
✅ Kemudahan pantri yang serba lengkap
✅ Peralatan menggosok pakaian
✅ Pendingin hawa

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Memang cantik unit ini, warga dinding yang agak garang, susunan perabot yang cantik seakan di gedung IKEA pula.

ZEN HOSHINOYA

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Untuk unit Zen Hoshinoya pula ia berkonsepkan seperti di negara Jepun. Dengan hiasan dalaman yang cantik yang dihias oleh IKEA Malaysia, suite ini memancarkan keanggunan dan gaya minimalis. Apa yang tersedia di dalam unit ini ?

✅ Dua buah bilik yang luas masing-masingnya boleh memuatkan 4 orang tetamu 
✅ Dua buah tandas yang selesa
✅ Ruang tamu yang lengkap dengan TV, sofa, dan sebagainya
✅ Meja makan untuk 8 orang
✅ Kemudahan pantri yang serba lengkap
✅ Peralatan menggosok pakaian
✅ Kipas syiling dan pendingin hawa

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Unit ini warna dindingnya menenangkan dan hiasan dalamannya sangat menenangkan. Alhamdulillah, bermalam di unit ini memang sangat selesa. Lepak di ruang tamu dan pantri memang menjadi aktiviti utama, selain tidur di dalam bilik. 

STUDIO SUITE DI HANGOUT LANGKAWI

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Untuk anda yang mungkin ahli keluarga hanyalah 4 orang, anda bolehlah menginap di Studio Suite. Seperti yang diberitahu, setiap unit mempunyai temanya tersendiri dan antara temanya adalah seperti Copacabana, Casablanca, Miami Beach, Grand Canaria, Bermuda Island dan sebagainya.

Walaupun saiznya lebih kecil berbanding Family Suite, tetapi satu tarikan untuk penginapan jenis ini adalah kolam renang yang berada betul-betul berhadapan dengan pintu masuk ke setiap unit.

Apa yang tersedia di dalam unit jenis Studio Suite ?

✅ Kemudahan pantri yang lengkap
✅ Bilik cantik yang boleh memuatkan 4 tetamu
✅ Bilik mandi yang cantik
✅ Ruang tamu lengkap dengan TV
✅ Katil sofa yang boleh memuatkan 4 orang
✅ Pendingin hawa
✅ Perkakas membuat air

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Nampak macam menarik pula unit Studio Suite ni. In shaa Allah jika diberi peluang nanti aku akan cuba untuk menginap di penginapan jenis ini pula, mungkin bersama keluarga satu hari nanti. 

FASILITI - FASILITI DI HANGOUTS LANGKAWI

Baiklah, seterusnya aku nak ceritakan pula antara fasiliti-fasiliti menarik yang tersedia di Hangouts Urban + Eco Langkawi yang dikhaskan untuk kegunaan tetamu dan pengunjung.

'CLUBHOUSE' WAVE

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Sebenarnya masuk sahaja ke kawasan Hangouts Urban + Eco ini anda akan melihat sebuah bangunan dengan logo bertulis WAVE. Ini merupakan sebuah 'clubhouse' khas untuk tetamu dan pengunjung di sini. 'Clubhouse' ini lengkap dengan tempat istirehat, permainan dan sebagainya. 

KAWASAN DAPUR KHAS

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Di setiap unit penginapan tidak dibenarkan untuk masak. Jadi di mana nak memasak? Jangan risau, Hangouts Langkawi telah menyediakan 6 buah dapur khas untuk anda memasak!

Menariknya, dapur-dapur ini kelihatan serupa dengan apa yang kita boleh lihat di gedung IKEA. Lengkap dengan semua perkakas yang diperlukan. Untuk penggunaan dapur ini, cajnya adalah RM30 untuk setiap jam. 

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

KOLAM RENANG

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Hangouts Langkawi menyediakan tiga buah kolam renang untuk tetamu dan pengunjung. Setiap satunya adalah berbeza-beza. 

Kolam Utama :  sesuai untuk mereka yang ingin berenang santai. Kolam renang dikelilingi oleh kerusi berjemur yang selesa dan payung, menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat dan berjemur di bawah sinar matahari.

✅ Kolam Kanak-Kanak : kolam yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak kecil untuk bermain air. Kolam ini direka bentuk dengan persekitaran yang menyeronokkan dan selamat, menjadikannya tempat yang menarik untuk kanak-kanak bermain dan berseronok.

Kolam Terjun : kolam renang ini dibuat untuk mempunyai privasi pada setiap 16 unit Studio Suite. Hanya tetamu yang tinggal di sana sahaja yang boleh menggunakan kolam renang ini. Mereka yang inginkan masa intim bersama pasangan boleh menempah suite sambil menikmati masa peribadi di kolam renang.

FASILITI - FASILITI LAIN

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Untuk hiburan dan aktiviti kanak-kanak, telah disediakan dua jenis taman permainan iaitu taman permainan 'indoor' dan juga taman permainan 'outdoor'. Sekiranya cuaca panas dan sebagainya, nah, main sahaja di dalam taman permainan yang dikelilingi denagn kaca dan mempunyai pendingin hawa. 

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Selain itu, untuk mereka yang mementingkan kecergasan, turut tersedia disini adalah gymnasium yang lengkap dengan peralatan sambil anda boleh melihat suasana sekitar. Sauna juga tersedia di bangunan yang sama untuk anda yang ingin merehatkan diri di situ. 

PENGINAPAN SERBA INDAH, MEWAH DAN UNIK

Pengalaman Penginapan Serba Mewah di Hangouts Urban + Eco, Langkawi, Kedah

Alhamdulillah, penginapan Hangouts Langkawi sememangnya sangat selesa. Setiap unit yang mempunyai tema sendiri merupakan satu perkara yang unik. Manakala dekorasi dan hiasan dalaman yang nampak mewah membuatkan sesiapa sahaja akan berasa seronok tatkala menginap di sini.

In shaa Allah sekiranya berpeluang, aku sendiri akan datang membawa keluarga untuk bercuti dan berehat di sini. Oleh itu, sekian sahaja kisah kali ini. 

HANGOUT URBAN+ECO LANGKAWI



LOKASI : LOT 1895, Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

LAMAN SESAWANGhttps://hangouts.com.my/

HUBUNGI : +604 950 2236 /  +6013 254 9576
EMAILinfo.hangouts@smsintergroup.com


QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!