Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi !

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini seperti biasa aku nak kongsikan lagi cerita tentang trip aku dan rakan-rakan baru-baru ini ke Langkawi. Untuk artikel kali ini aku nak cerita pengalaman aku menginap di lokasi terakhir kami iaitu di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

In shaa Allah dalam artikel ini aku kongsikan pengalaman aku sendiri di sini serta harga bagi setiap penginapan yang ada di resort ini. ✌

{tocify} $title={Kandungan}

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORT NOBA, PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI

Setelah hampir 4 hari berada di Langkawi, tibalah masanya untuk kami semua ke lokasi penginapan terakhir iaitu di Resort Noba Langkawi. Resort Noba Langkawi ini merupakan sebuah resort bagi aku yang sangat menarik dan sungguh menenangkan.

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Terletak di Pulau Dayang Bunting, betul-betul berhadapan dengan Pulau Tuba, Resort Noba ini menawarkan pengalaman penginapan yang tenang dan me'relaks'kan. Untuk ke resort ini, tetamu atau pengunjung daripada pulau Langkawi (tanah besar) perlulah ke Jeti Pelancongan Kuah (Jeti Pekan Rabu) dan kemudiannya menaiki bot tambang yang berharga RM5.00 sahaja.

Seterusnya, anda akan dibawa terus ke resort ini dengan menggunakan kenderaan yang tersedia. Alhamdulillah, untuk aku dan rakan-rakan, kami mengambil perkhidmatan yang disediakan oleh BesTuba, iaitu sebuah perniagaan koperasi penduduk disini yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pelancong di Pulau Tuba.

PENGINAPAN DI RESORT NOBA LANGKAWI

Resort Noba menawarkan pelbagai jenis penginapan buat tetamu yang ingin menginap di sini. Terdapat pelbagai jenis chalet yang namanya diambil daripada filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebagai contohnya, untuk penginapan perempuan, mereka menginap di Chalet Labu dan Chalet Labi. Manakala untuk lelaki pula menginap di Chalet Ibu Mertuaku. 

CHALET LABU & LABI

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Untuk chalet jenis ini, terdapat dua buah katil bersaiz queen. Bilik ini turut mempunyai pendingin hawa, tv dan kelengkapan membuat air serta satu tandas dan bilik air. Anda boleh menambah satu katil single sekiranya diperlukan. 


CHALET IBU MERTUAKU


Untuk chalet jenis ini juga sama seperti chalet di atas. Dua buah katil bersaiz queen, serta pendingin hawa, TV dan kelengkapan membuat air. Sama juga dengan chalet di atas, anda boleh menambah satu katil single sekiranya diperlukan. 


CHALET BULOH

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Chalet bajet yang boleh memuatkan dua orang ini mempunyai dua tilam bersaiz single dan sebuah bilik. Turut tersedia adalah kipas dinding dan pendingin hawa. 

CHALET MADU 3

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Untuk chalet ini, aku tak dapat melihat ruangan dalamnya, tetapi melalui apa yang tertulis dan info yang aku dapat, terdapat tiga unit bagi chalet ini dan setiap satunya mempunya dua buah katil bersaiz queen serta TV, pendingin hawa dan juga bilik air. 

Ada beberapa lagi jenis penginapan di sini yang aku tak sempat nak 'capture'. Antaranya adalah Mini Homestay, Chalet Do Re Mi, Homestay, Bahtera Samudera dan sebagainya. Info tentang chalet lain ini anda boleh lihat di laman media sosial mereka ya.

FASILITI DI RESORT NOBA LANGKAWI

Seperti resort-resort lain, Resort Noba Langkawi turut tidak terkecuali menyediakan fasiliti-fasiliti menarik untuk tetamu. Antaranya adalah seperti kolam renang dewasa dan kanak-kanak, tempat makan dan lepak, kawasan BBQ dan juga padang yang luas untuk sebarang acara.

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya adalah seperti : -

Mandi di kolam renang, memancing ikan, beriadah di kawasan padang yang luas, mencari bronok, menaiki motor bersiar-siar di sekitar pulau dan sebagainya. Macam aku dan rakan-rakan, kami sememangnya sudah menyewa motor yang disediakan oleh BesTuba, jadi kami bersiar-siar sekitar pulau, melihat pemandangan, lepak di kedai makan yang dibuka sehingga tengah malam dan sebagainya. 

PEMANDANGAN DI SEKITAR RESORT NOBA LANGKAWI

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Bagi aku, Resort Noba Langkawi mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Lokasinya di sini sememangnya sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari daripada kesibukan kota. Mungkin sudah lama berada di bandar, apa salahnya sekali sekala berada di tempat yang tenang dan merehatkan.

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Seterusnya, anda boleh menikmati pemandangan cahaya matahari terbit dan terbenam yang cukup indah disini. Paling menarik bagi aku adalah apabila berada di sini aku dapat menikmati makanan laut yang murah dan segar. Menyeberangi sahaja jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting ini, anda boleh menikmati hidangan makanan laut yang enak dan murah di Kak Nah Mee Udang!

Pengalaman Menginap di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

HARGA PENGINAPAN DI RESORT NOBA LANGKAWI

Alhamdulillah, dah nampak bagaimana situasi dan pemandangan sekitar Resort Noba Langkawi. Memang cantik bukan? Baiklah, berikut adalah harga dan info bagi setiap jenis penginapan di Resort Noba Langkawi. 

JENIS PENGINAPANPAXHARGA / MALAMKELENGKAPANREMARKS
CHALET BULOH2 - 3 RM 702 Tilam Single / Pendingin HawaN/A
CHALET DO RE MI3RM 1101 Katil Queen, 1 Katil Single, Pendingin Hawa, TVN/A
MINI HOMESTAY 13 - 4RM 1201 Katil Queen/ Pendingin Hawa / Peralatan MemasakBoleh Memasak
MINI HOMESTAY 23 - 4RM 1201 Katil Double Decker/ Pendingin hawa / Peralatan MemasakBoleh Memasak
CHALET LABU & LABI4 - 5RM 1802 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVFamily Room
CHALET IBU MERTUAKU4 - 5RM 1802 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVFamily Room
CHALET MADU 34 - 5RM 2502 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVFamily Room
HOMESTAY KELUARGA 6910RM 2502 Bilik / 2 Katil Queen / Peti Ais /
Extra 2 Tilam Single / 2 Pendingin Hawa / TV
Boleh Memasak
BAHTERA SAMUDERA8 - 10RM 2502 Katil Queen / 4 Katil Single / Pendingin Hawa / Mini ToiletChalet Kapal Layar
CHALET SALOMA4RM 2502 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVPremium / Family Room
CHALET CIKGU MURNI6RM 2502 Katil Queen / 1 Double Decker / Pendingin Hawa / TVPremium / Family Room


Secara keseluruhannya, penginapan dan pengalaman di Resort Noba Langkawi memang menarik. Penginapan yang selesa, pemandangan yang cantik terutamanya di waktu pagi dan petang. Selain itu, kelengkapan fasiliti yang tersedia juga sangat memuaskan. Sesuai untuk percutian bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Untuk anda yang berminat menginap di sini serta menjalankan aktiviti di sini bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah atau juga menghubungi BesTuba untuk aktiviti di sekitar kawasan resort ini. 

RESORT NOBA LANGKAWI



LOKASI : Lot 1477, Kampung Pulau Selat, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

LAMAN SESAWANG : https://nobaresort.com/
HUBUNGI : 016-780 1964

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/resortnobalangkawi/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Resortnobapulaulangkawi/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@resortnoba


QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!