Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) dengan bangganya mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Al Ebreiz Global Capital Berhad (AGCB), Aerocentric Event, Infinity Electronic Sport Club dan Nawab Production Sdn Bhd.
PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA (PGDM) MENANDATANGAI MOU BERSAMA EMPAT RAKAN SEKUTU BANGUNKAN INDUSTRI DIGITAL
Memorandum Persefahaman ini adalah menjadi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti PGDM untuk tahun kalender 2024 yang bertujuan untuk menggabungkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan berkaitan aplikasi penggunaan digital, kuasa eSports untuk memupuk penglibatan komuniti serta inovasi teknologi dan program pembangunan music di Malaysia.
- Al-Ebreiz Capital Berhad
Matlamat keseluruhan Al-Ebreiz dan PGDM adalah untuk mewujudkan diri kami sebagai penyedia terkemuka perkhidmatan perdagangan kewangan dan pengurusan kekayaan Islam di Malaysia. Untuk mencapai objektif ini, kami telah membangunkan platform Digital Blockchain Dinar Emas dan Dirham Perak perintis, yang beroperasi melalui perkhidmatan Pembekal Disokong Emas AlaDeen Gold® Wallet Trading Platform kami. Platform inovatif ini menawarkan Bar Emas & Perak dan Syiling Dinar Emas & Dirham Perak, yang dibuat khusus untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam Malaysia. Matlamat kami adalah untuk secara konsisten menyediakan penyelesaian termaju yang memperkasa dan menyokong pelanggan kami di Malaysia.
Misi Al-Ebreiz dan PGDM mudah tetapi mendalam. Kami komited untuk menyampaikan penyelesaian kewangan yang berkualiti, menguntungkan, mampan, mudah dan patuh Syariah kepada umat Islam Malaysia. Melalui perkhidmatan kami, kami berhasrat untuk menunjukkan dedikasi kami yang tidak berbelah bagi untuk kemakmuran dan kesejahteraan komuniti kami di Malaysia dan serata dunia.
- Aerocentric Event
International NextGen Roblox Championship 2024 akan dianjurkan pada Jun 2024. Tumpuan bukan hanya kepada kemahiran tetapi juga soalan STEM dan kesedaran terhadap peluang pendidikan, menyaksikan bakat-bakat teratas dari seluruh dunia bersaing di arena maya, mepamerkan kebolehan mereka dalam permainan Roblox untuk memenangi hadiah yang menarik dan menjadi pemenang peringkat antarabangsa.
Ia adalah sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memupuk inovasi dan pendidikan teknologi di kalangan generasi muda, NextGen School Tour 2024 akan melengkapi acara utama dengan melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Melalui sesi interaktif, bengkel, dan aktiviti langsung, NextGen School Tour bertujuan untuk memberi inspirasi dan minat untuk mengejar kerjaya dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik), Seni, dan meneroka peluang teknologi yang tiada hadnya. Kami akan memberi peluang kepada pelajar untuk membuka potensi mereka ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi dan semangat.
- Infinity Electronic Sport Club
Selain itu, MOU menggariskan pelan untuk penubuhan Pusat eSports berteknologi tinggi di Bangi, Selangor. Kemudahan canggih ini akan berfungsi sebagai pusat untuk peminat eSports, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk latihan, pertandingan, dan jaringan. PGDM dan IEC berjanji untuk memanfaatkan kepakaran dan sumber mereka untuk mendorong eSports ke tahap yang lebih tinggi, memupuk pembangunan bakat dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara.
- Nawab Production Sdn Bhd
Beliau juga telah menerbitkan album-album penyanyi yang terkenal saperti Broery Marantika Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia) ,Endang Estaurina (Indonesia), Francis Yip (Hong Kong) dan Claire (Filipina) maka beliau layak di pertimbangkan oleh kerajaan mendapat gelaran “BAPA MUSIK NEGARA”. PGDM juga merancang dan berusaha dapat membangunkan” Kompleks Akademi Musik Tan Sri Ahmad Nawab” diBangi, Selangor dalam waktu yang terdekat yang menawarkan kursus dan latihan musik, vocal, penciptaan lagu, penulisan lirik dan kemahiran penggunaan berkaitan alatan musik dan bunyian teknikal.
PGDM mengharapkan di waktu kedepannya aktiviti-aktiviti yang dirancangkan bagi tahun 2024 yang berkaitan dengan ekonomi digital dan program-program kemasyarakatan yang bakal di rancang dan mahu di laksanakan ini akan mendapat sokongan dan dokongan mentor daripada kerajaan, agensi dan badan-badan berkanun kerajaan Malaysia dan juga dari luar negara termasuk yayasan-yayasan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, filantrophist dan pihak-pihak swasta dan korporat PGDM yakin dengan bantuan-bantuan pemasar-pemasar PGDM yang telah di lantik dan menjadi wakil-wakil global dapat memastikan kesinambungan usaha-usaha yang dirancang menepati objektif PGDM untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Madani.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.