Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku seperti biasa nak kongsikan salah satu lokasi menarik yang sempat aku dan rakan-rakan singgah ketika di Langkawi baru-baru ini. Langkawi sememangnya mempunyai banyak lokasi tempat makan menarik yang mana setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri.

Untuk kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku bersama rakan-rakan lain makan di sebuah restoran yang terletak bersebelahan dengan sawah padi/bendang dengan menu yang cukup menyelerakan iaitu di Dangau Langkawi

{tocify} $title={Kandungan}

MENIKMATI WARISAN MASAKAN MELAYU DI DANGAU LANGKAWI

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Mencari lokasi makan yang menyediakan makanan tradisional melayu dengan suasana yang damai dan tenang sebenarnya sangatlah sukar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Alhamdulillah, di Langkawi, Kedah aku berpeluang untuk merasai suasana kampung, makan makanan tradisi melayu yang cukup sedap dan menyelerakan. Dangau Langkawi merupakan sebuah restoran yang diusahakan oleh Encik Zaidi Hassan atau lebih dikenali sebagai CikDi.

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Pada asalnya tapak dan bangunan restoran ini sebenarnya dibina untuk rumah kediaman, tetapi akhirnya ditukar kepada sebuah restoran yang unik, ditengah-tengah sawah padi. Mula beroperasi pada tahun 2022, Dangau Langkawi semakin dikenali ramai apabila lebih banyak menu-menu tradisi diperkenalkan.

BERGAMBAR DULU SEBELUM MAKAN !

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Sebelum menceritakan tentang makanan dan menu yang ada di Dangau Langkawi, aku nak belanja dulu beberapa gambar yang sempat diambil ketika menunggu makanan dihidangkan. 

Memang cantik kawasan sekitar Dangau Langkawi ini, sayangnya ketika kami sampai musim padi baru habis. Aku rasa gambar mesti lagi cantik bila musim padi sedang menguning elok.

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Cantikkan bila bergambar di sini? Alhamdulillah, kami sampai di sini di waktu petang, selepas waktu Asar dan hampir ke Maghrib, jadi suasana senja di sini memang cantik. 

MENU YANG DICUBA DI DANGAU LANGKAWI

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Baiklah, sekarang tibalah masanya untuk aku 'reveal'kan apakah menu yang aku dan rakan-rakan cuba di Dangau Langkawi. Sambil menulis ni, sebenarnya aku sendiri terliur, tambah pula sekarang tengah puasa.😭

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Ikan Bakar (Buttermilk/Sambal)


Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Gulai Ikan

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Udang Sambal Petai

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Masak Lemak Siput Retak Seribu (Lala)

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Sotong Goreng Kunyit

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Kangkung Goreng Belacan

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Telur Dadar

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi
Ulam & Sambal

Ya, bagaimana dalam gambar kelihatan sedap dan menyelerakan, begitu jugalah rasanya. Dimakan bersama nasi putih dan air sirap, fuhh, memang berkali-kali boleh tambah. Yang paling aku suka adalah ikan bakarnya yang memang sedap dan isinya memang banyak.

Gulai ikannya juga memang sedap, kuahnya sangat pekat dan sedap. Kalau ditempat lain akan dikenali sebagai kari ikan, di utara Malaysia sahaja dipanggil gulai, termasuklah di rumah ibubapa aku di Kulim. 

Secara keseluruhannya, makanan di sini memang betul-betul sedap, ditambah lagi dengan 'vibe' sekitarnya yang sangat tenang, memang menambah lagi keseleraan masing-masing. 

HARGA MENU DI DANGAU LANGKAWI 

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Aku pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang harga di Dangau Langkawi. Adakah harganya mahal? Anda boleh lihat sendiri harga-harga bagi setiap makanan yang disediakan di Dangau Langkawi. Bagi aku harganya betul-betul berpatutan dan sesuai dengan makanan yang disediakan. Berbaloi.

Menikmati Warisan Masakan Melayu di Dangau Langkawi

Untuk itu, aku sememangnya sangat berpuas hati bilamana dapat makan di Dangau Langkawi, sebuah restoran yang cantik dan unik, dikelilingi sawah padi. Suasana makan yang tenang ditambah lagi dengan makanan itu sendiri yang cukup sedap dan sempurna.

Jom sekiranya anda ke Langkawi, singgah dan cuba makanan tradisi melayu di Dangau Langkawi. Dangau Langkawi ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa, beroperasi seawal jam 12.30 tengahhari sehingga 7.30 petang, dan pesanan terakhir adalah pada jam 6.30 petang.

Oh ya, untuk Ramadan🌙 ini Dangau Langkawi tidak beroperasi, jadi kalau nak datang, datanglah seminggu selepas raya. ✌

DANGAU LANGKAWI



LOKASI : Lot 70, Mukim, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

WAKTU OPERASI : Rabu - Isnin (12.30 Tengahhari - 7.30 Petang)

RAMADHAN : TUTUP

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/dangau_langkawi/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/dangaulangkawi/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@dangaulangkawi

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!