Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini berkesempatan mengikuti satu program Fam Trip di Langkawi selama 5 hari 4 malam. Banyak tempat kami singgah dan lawati dan kali ini aku nak kongsikan salah satu 'hidden cafe' di Langkawi yang mana penduduk Langkawi sendiri ramai yang tak tahu iaitu MakLang by Ilham Ceramic.
{tocify} $title={KANDUNGAN}
MAKAN TUJUH JENIS LAKSA DI MAKLANG BY ILHAM CERAMIC, LANGKAWI !
Alhamdulillah, persinggahan kami untuk makan tengahhari di MakLang adalah satu perkara yang aku sangat hargai kerana menu utama di sini adalah 7 pilihan laksa. Ya, tujuh. Tapi apakah menu tujuh laksa tersebut? Adakah laksa-laksa dari seluruh Malaysia? In shaa Allah aku akan perkenalkan tiap satunya serta menceritakan pengalaman di MakLang by Ilham Ceramic atau juga dikenali sebagai Cafe MakLang 1952.
PENGENALAN MAK LANG BY ILHAM CERAMIC
MakLang by Ilham Ceramic ini merupakan sebuah kafe unik, terletak di Kampung Bendang Baru, Langkawi. Memulakan operasi secara rasminya pada 1 Februari 2023 yang lalu, sebenarnya bagaimana terwujudnya kafe ini mempunyai kisah unik yang tersendiri.
Menurut pengasasnya, Encik Mohammad Radzi, semuanya bermula ketika pandemik Covid-19 yang melanda. Ilham Ceramic Studio merupakan sebuah tempat menghasilkan barangan tembikar dan turut mengadakan kelas kepada mereka yang berminat, apabila Covid-19 melanda, ramai pelancong asing yang ter'perangkap' di pulau Langkawi dan mula mengambil kelas penghasilan tembikar.
Apabila mereka bertanyakan tentang tempat makan dan sebagainya, idea untuk menyediakan sendiri tempat membeli makan kepada pelajar-pelajar mula dihasilkan. Alhamdulillah, melalui beberapa vendor makanan sehinggalah seterusnya terhasilnya Maklang by Ilham Ceramic.
Galeri Pameran dan Jualan / Ilham Ceramic Studio |
Dengan slogan 'Selera Bonda Nenda' , MakLang by Ilham Ceramic ini menawarkan menu dan resipi turun temurun daripada generasi ke generasi. Disoal tentang siapakah MakLang, Encik Mohammad Radzi memberitahu bahawa MakLang merupakan ibu beliau sendiri iaitu Puan Barishah Hussein, yang dikenali di seluruh kampung dengan gelaran MakLang.
SUASANA DI CAFE MAKLANG 1952
Kafe MakLang ini sebenarnya sangat comel, bersaiz sederhana dan terdapat tempat duduk di dalam dan juga diluar kafe. Didekorasikan dengan dekorasi klasik dan antik melayu, memang suasana di dalammnya sangat menenangkan.
Selain itu, dimainkan juga lagu klasik melayu, membuatkan kita terbuai-buai sambil menikmati hidangan yang lazat. Bercakap pasal hidangan, mesti anda tak sabar nak ketahui tentang hidangan yang tersedia di sini, bukan?
SENARAI MENU PILIHAN DI MAKLANG BY ILHAM CERAMIC
Alhamdulillah, sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan tentang pilihan hidangan yang enak di MakLang by Ilham Ceramic. Di sini ditawarkan pelbagai jenis menu, daripada menu sarapan, makan tengahhari sehinggalah menu minum petang. Menariknya di sini adalah terdapatnya tujuh jenis laksa yang disediakan untuk pilihan tetamu/ pelanggan.
Laksa Biasa |
Laksa Udang |
Laksa Isi Ketam |
Laksa Kepah |
Laksa Campur |
Laksa Telur Goreng |
Laksa Sambal Sotong |
Jadi apa pilihan anda? Antara tujuh jenis laksa ini, yang mana menjadi pilihan anda? Aku sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah, aku sempat mencuba kesemuanya dan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.
Untuk laksa-laksa ini, bagi aku yang paling penting adalah kuahnya. Alhamdulillah, kuah laksa di sini memang sangat pekat dan kaya dengan isi ikan! Memang sedap betul.
Okay, untuk anda yang mungkin tak minat dengan laksa (kenapa tak minat laksa?) anda boleh memilih untuk makan menu set nasi. Ada set nasi lemak dan juga set nasi putih.
Memang nampak sedap set nasi ini, tapi aku tak dapat nak mencuba kerana perut telah dipenuhi dengan laksa. Menurut rakan-rakan aku yang mencubanya, memang sedap dan udang masak lemaknya memang betul-betul 'kick'.
HARGA MENU DI MAKLANG BY ILHAM CERAMIC
Berikut adalah harga bagi menu makanan dan juga minuman di MakLang by Ilham Ceramic. Alhamdulillah, bagi aku harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan saiz hidangannya yang besar dan rasanya yang memang terbaik.
Untuk hari-hari biasa, kafe MakLang ini dibuka setiap hari kecuali hari khamis dan jumaat, waktu operasinya bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Untuk bulan Ramadan, MakLang by Ilham Ceramic ini tidak beroperasi untuk memberi laluan kepada bulan puasa.
SEKIAN
MAKLANG BY ILHAM CERAMIC
LOKASI : No33 (150A) Kg. Bendang Baru, Kampung Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
WAKTU OPERASI : Sabtu - Rabu (11am - 6pm)
FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100089818930983
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/maklang1952/
QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.
QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02
Wah, siapa sangka ada tempat di Langkawi yang menyajikan tujuh jenis laksa! MakLang by Ilham Ceramic memang unik! Nak cuba lah nanti. Kalau tak cuba, rugi kannnnn.
ReplyDeletetak sangka laksa boleh dipelbagai macam ni kan. Sedap nampak semua menu kat sini
ReplyDeletefuhhh mcm2 jenis laksa ada. semuanya nampak sedap dan menarik
ReplyDeletewaahh banyak jenis laksa ni best! Akak suka semua laksa mereka buat tu! Tak sabar nak ke Langkawi.
ReplyDeleteOh wow!!! All laksas look soooooo yummi-licious! I'll make sure I'll dine here if I travel to Langkawi in the future. Thank you for sharing your review.
ReplyDeleteBest lah makan kat tempat macam ni, nak try their laksa udang
ReplyDelete