Cara Bawa Kereta Sendiri ke Thailand, Pastikan Dokumen Anda Cukup!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Bawa Kereta Sendiri ke Thailand, Pastikan Dokumen Cukup!

Negara Thailand dilaporkan menerima jumlah kedatangan pelancong sebanyak 28 juta pada tahun 2023 dan jumlah pelancong terbesarnya datang dari negara Malaysia. Perlu diakui bahawa rakyat Malaysia sememangnya suka melancong ke negara jiran itu atas beberapa faktor termasuklah kos yang rendah, makanan yang enak dan sebagainya.

Beberapa cara pengangkutan untuk melancong ke negara Thailand, antaranya melalui kapal terbang, keretapi, kereta dan sebagainya. Baiklah, untuk artikel kali ini adalah perkongsian mengenai bagaimana cara untuk membawa masuk kenderaan dari Malaysia ke Thailand dan juga apakah dokumen yang diperlukan. Selamat membaca!


(toc) #title=(KANDUNGAN)

SENARAI PINTU LINTASAN SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND

Cara Bawa Kereta Sendiri ke Thailand, Pastikan Dokumen Cukup!

Baiklah, terdapat empat buah negeri di Malaysia yang bersempadan dengan negara Thailand. Jumlah lintasan sempadan Malaysia - Thailand adalah 8. Berikut merupakan lokasi lintasan sempadan yang terdapat di negeri Perlis, Kedah, Perak, dan Kelantan. 

📍 KEDAH : Bukit Kayu Hitam (Malaysia) - Sadao (Thailand)
  • Laluan ini merupakan laluan lintasan sempadan yang paling popular bagi kebanyakan pelancong Malaysia untuk ke Thailand. Kebanyakan pelancong menggunakan laluan ini untuk terus ke Hat Yai. Lebih menarik, sekarang sudah menggunakan bangunan imigresen dan kastam yang lebih baru. 
📍 PERLIS :  Padang Besar (Malaysia) - Sadao (Thailand)
  • Padang Besar pula merupakan laluan kedua yang popular untuk ke Hat Yai. Hal ini kerana di sini merupakan titik terakhir stesen keretapi di Malaysia. Kebiasaannya, pelancong akan menaiki keretapi Thai yang menggunakan laluan Padang Besar - Hat Yai. 
📍 PERLIS : Wang Kelian (Malaysia) - Wang Prachan (Thailand)  
  • Wang Kelian pada suatu ketika merupakan sebuah lokasi yang popular kerana terdapat pasar yang menjual pelbagai barangan. Tetapi keadaan agak sepi berikutan pasar ini tidak lagi beroperasi. Laluan ini merupakan lintasan mudah untuk ke wilayah Satun. 
📍 PERAK :  Pengkalan Hulu (Malaysia) - Betong (Thailand) 
  • Lintasan sempadan ini kebiasaannya popular bagi mereka yang meminati permotoran. Kebanyakan pelancong di sini hadir untuk melihat awan karpet di puncak Ayeraweng. Selain itu, lokasi lintasan ini juga terletak berdekatan dengan daerah Baling, Kedah. 
📍 KEDAH : Durian Burung (Malaysia) - Ban Prakob (Thailand) 
  • Durian Burung yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah ini merupakan lintasan sempadan yang paling baru. Disebabkan paling baru, ia juga merupakan lintasan paling sunyi. Lokasinya juga agak jauh berbanding lokasi-lokasi lintasan yang lain. 
  • Aku sendiri pernah melalui lintasan ini menuju ke Hatyai. Laluannya sangat sunyi dan lancar sahaja, tanpa sebarang kesibukan. Anda boleh membacanya di sini > HATYAI
📍 KELANTAN : Bukit Bunga (Malaysia) - Buketa (Thailand) 
  • Pasti ramai yang tidak tahu tentang lintasan ini. Bukit Bunga merupakan lintasan sempadan Malaysia - Thailand yang paling jarang didengari.  
📍KELANTAN : Rantau Panjang (Malaysia) - Sungai Golok (Thailand)  
  • Lintasan sempadan ini merupakan antara yang popular juga terutamanya bagi pencinta makanan dan beli-belah. Kebanyakan pelancong pergi balik hari untuk makan-makan dan sebagainya.  
📍 KELANTAN : Pengkalan Kubor (Malaysia) - Tak Bai (Thailand)  
  • Untuk lintasan ini, ia dipisahkan oleh sebatang sungai. Untuk melintas anda perlu menaiki bot atau feri. 
Sekiranya nak ke Hatyai, kebanyakan akan melalui pintu Bukit Kayu Hitam. Kebanyakan pintu sempadan dibuka setiap hari dari 6.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. 

SYARAT KEMASUKAN KE THAILAND 

Antara pertanyaan utama yang dipersoalkan orang ramai, sudah tentunya sama ada perlu VISA atau tidak sekiranya melancong ke Thailand? 

Menurut Kementerian Luar Negeri, pemegang pasport Malaysia tidak perlukan visa ke Thailand, sehingga 30 hari. Jika anda ingin berada di sana melebihi tempoh tersebut, atau anda ada urusan kerja di Thailand, pastikan semua dokumen lengkap sebelum mulakan perjalanan. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BAWA KENDERAAN KE THAILAND


Baiklah, hal berkenaan VISA sudah diketahui, jadi berikut adalah antara dokumen yang wajib anda sediakan untuk membawa kenderaan anda ke Thailand. 

✅ PASSPORT / BORDER PASS

Cara Bawa Kereta Sendiri ke Thailand, Pastikan Dokumen Cukup!

PASSPORT : Seperti yang anda sedia maklum, passport merupakan dokumen wajib perlu ada untuk ke mana-mana negara asing. Anda perlu pastikan passport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh.

Anda juga perlu pastikan tiada sekatan kepada pasport. Anda perlu isi borang ketibaan dan cop pasport di sempadan. Kalau tidak tahu bagaimana nak isi borang, jangan risau,  nanti mereka (pihak thailand) akan tolong isikan (kena bayar RM2).

PAS LINTAS SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND / BORDER PASS : Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.

Untuk maklumat, pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani

Tempoh sahlakunya adalah satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya. Tempoh sah laku Pas Sempadan hendaklah tidak kurang 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.

Kelayakan bagi pas ini adalah hanya bagi warganegara Malaysia kelahiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak. Warganegara Malaysia yang telah menetap di negeri sempadan lebih satu (1) tahun. (dibuktikan melalui alamat pada Kad Pengenalan). Bayaran RM10.00 dikenakan untuk mendapatkan pass ini. 

✅ SIJIL PEMILIKAN KENDERAAN

Cara Bawa Kereta Sendiri ke Thailand, Pastikan Dokumen Cukup!

Sijil pemilikan kenderaan atau dengan nama lainnya adalah geran kereta perlu dilampirkan sekali. Sekiranya anda tidak mepunyai geran, anda boleh ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mencetak salinan kenderaan anda.

Sekiranya kenderaan bukan milik anda, jangan risau. Pastikan ada geran pemilik asal berserta surat akuan sumpah yang dutandangani oleh pemilik asal kenderaan itu sendrii.

Sila bawa yang sijil pemilikan kenderaan yang original. Kalau tiada yang original, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan. Bayaran RM50 untuk dapatkan salinan daripada JPJ. Oh ya, jangan liminate geran. Nanti tidak diterima.

✅ INSURANS KENDERAAN THAILAND

Terakhir adalah anda perlu beli insuran kereta Thailand. Tidak boleh menggunakan insuran kenderaan Malaysia. Insurans boleh dibeli daripada agensi pelancongan yang sedia ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan. 

Selain itu, insurans ini juga boleh dibeli ketika anda ingin megisi borang pengisytiharan di kaunter imigresen. Anda boleh beli untuk enam bulan, setahun atau seminggu. Harga untuk seminggu hanyalah sekitar rm20 sahjaa.

CARA MASUK KE NEGARA THAILAND

Cara Bawa Kereta Sendiri ke Thailand, Pastikan Dokumen Cukup!

#1 Seperti biasa, anda akan melepasi dua imigresen iaitu Malaysia dan juga Thailand. Proses imigresen di Malaysia mudah sahaja, tetapi sedikit sukar imigresen Thailand. 

Terdapat beberapa borang penting yang perlu diisi iaitu borang pengisytiharan selain daripada dokumen-dokumen di atas sekiranya anda mahu membawa masuk kenderaan sediri ke Thailand. Borang yang dimaksudkan adalah simplified custom declaration dan borang ketibaan. 

Tetapi jangan risau, ada agensi pelancongan yang turut memberikan servis mengisi borang ini sebelum ke sempadan jadi ia lebih memudahkan untuk anda. 

#2 Selesai semua di atas dan dah siap cop pasport, boleh terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta. Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand). 

#3 Kemudian, mereka akan keluarkan simplified custom declaration form.  Selepas sudah dapat form dari pihak sana, keluar pergi minta cop dekat pegawai mereka di luar. Mereka cop dan kita tandatangan. Kiranya macam perjanjian.

#4 Kemudian boleh teruskan perjalanan anda ke sana menikmati makanan dan tempat menarik. 

Penting! Jangan lupa bagi balik borang simplified custom declaration form masa cop pasport keluar.  Kalau tidak nanti susah anda nak bawa kenderaan ke sana pada masa depan. 


TAMBAHAN 💡

Bagi mereka yang melancong ke Thailand untuk jangka masa pendek, syarat masuk adalah:
  • Anda mesti memiliki pasport yang sah dengan tarikh tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Anda perlu pastikan pasport anda dicop ketika masuk dan keluar dari negara tersebut
  • Anda mesti simpan kad ketibaan/keluar imigresen, dan buat laporan polis jika ia hilang ketika berada di sana
Sebelum bercuti, pastikan anda tahu senarai barang-barang yang tidak dibenarkan atau disekat untuk dibawa masuk daripada pihak berkuasa kastam Thailand. Antara barang yang dilarang adalah dadah dan haiwan terancam. Selain itu, barangan tiruan juga dilarang. Barang yang disekat, mungkin boleh dibawa masuk ke Thailand, tetapi anda perlu dapatkan permit. Antara contoh barangan ini termasuk imej Buddha, barangan antik, makanan, ubat-ubatan dan haiwan.


SEKIAN

RUJUKAN :

carsome / siakapkeli / lemon8 / wise / google image


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!