Lirik Lagu : Musnah - Danial Kifli

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Lirik Lagu : Musnah - Danial Kifli

Setelah setahun kejayaan dikecapi menerusi lagu Pergilah Cinta, maka genap setahun Danial Kifli muncuk dengan single yang ke 3 yang bertajuk “Musnah”. Musnah merupakan kesinambungan daripada single pertama dan single kedua yang akan keluar secara rasminya pada 21/06/2024.

Kelainan yang dibawa oleh beliau dalam video muzik dengan susunan muzik yang lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat. Kelainan seterusnya adalah penampilan kekuatan vokal Danial Kifli yang akan membuat semua orang yang mendengar akan terpaku dan terpesona.

Lagu musnah adalah gabungan 4 nama komposer dan 4 orang penulis lirik termasuknya adalah Danial kifli . Danial Kifli bersama 3 rakan nya yang lain iaitu Knight Cydeen , Amir Harriz dan Hawa Zulaikha.

LIRIK LAGU : MUSNAH - DANIAL KIFLI

Judul Lagu : Musnah
Penyanyi : Danial Kifli
Komposer : Amir Hariz, Danial Kifli, Knight Cydeen, Hawa Zulaikha
Lirik : Amir Hariz, Danial Kifli, Knight Cydeen, Hawa Zulaikha
Susunan Muzik : Shoga Tan

Beginikah rasanya derita 
Aku berharap pada yang tak nyata 
Ku sengsara kerna ku percaya
Engkau yang terindah

Musnah harapan yang pernah kita bina 
 Musnah segala-galanya telah menjadi luka 
Kan terus berdarah selamanya ohhh 

Sering kali kau mungkir janji 
Apa guna jika memungkiri 
Biarkanku jauh darimu 
Pergilah kau pergi 

Musnah harapan yang pernah kita bina 
Musnah segala-galanya telah menjadi luka 
Kan terus berdarah selamanya 
 Hingga kutemui penawarnya Ohhh 

Seharusnya ku tidak percayakan mu 
Andainya aku tahu dirimu hanya 
Membunuh hati dan perasaanku

 Musnah harapan yang pernah kita bina 
Musnah segala-galanya telah menjadi luka 
Kan terus berdarah selamanya ohh 

 Jika ini semua takdir pengakhiran kita  
Aku relakan kau pergi tuk selamanya 
Kan kubawa segala-galanya 
 Hingga ku temui kau disana

MUZIK VIDEO RASMI LAGU MUSNAH - DANIAL KIFLI



SEKIAN
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!