K-Drama Terbaharu 'Queen Woo' Bakal Mencuri Perhatian di Tonton!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera




24 JAM YANG PENUH KETEGANGAN

  K-DRAMA TERBAHARU ‘QUEEN WOO’B AKAL MENCURI PERHATIAN DI TONTON! 


Pecinta K-Drama, bersiaplah! Queen Woo yang paling dinanti-nantikan tahun ini, bakal menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah mencuri hati penonton Malaysia. Dengan jalan cerita yang mendebarkan dan gabungan ketegangan politik dalaman serta drama, siri ini mencetuskan keterujaan besar di kalangan peminat dan pengkritik. Queen Woo bukan sahaja menjanjikan pengalaman menonton yang luar biasa tetapi juga menampilkan kualiti produksi yang hebat dan persembahan lakonan yang mengagumkan.

tvN Asia dengan bangganya mengumumkan tayangan perdana drama sejarah, Queen Woo, yang akan disiarkan secara eksklusif di saluran linear tvN Asia melalui Tonton bermula 29 Ogos 2024. Saksikan setiap hari Khamis jam 10.30 malam dengan empat episod berturut-turut. Jika anda terlepas, anda juga boleh menonton semula di Tonton sehingga 30 hari!

Queen Woo membawa penonton mengimbau kembali ke era Goguryeo, di mana krisis besar telah tercetus selepas Queen Woo Hee (lakonan Jeon Jong-seo) menerima perkhabaran kematian suaminya Raja Goguryeo (Ji Chang-wook) secara mengejut. Perkara ini menyebabkan berlakunya perebutan kuasa antara 5 puak yang bersaing ingin merampas takhta sebagai Raja Goguryeo yang seterusnya. Queen Woo harus bertindak dengan pantas untuk melindungi keluarganya daripada perebutan kuasa ini. 

Untuk melindungi keluarganya dan mengelakkan krisis lebih lanjut, beliau nekad merancang perkahwinan levirat dengan salah seorang adik lelaki mendiang suaminya, agar takhta dapat diwarisi dan keluarganya kekal selamat. Woo Hee perlu menyelesaikan segala-galanya dalam masa tempoh 24 jam. Berjayakah beliau menyelesaikan misi ini dan memastikan keluarganya selamat? Drama ini menampilkan barisan pelakon yang hebat, termasuk Ji Chang-wook sebagai mendiang Raja Go Nam-moo, Lee Soo-hyuk sebagai putera ke-3 yang bercita-cita tinggi, Go Bal-gi, Kim Mu-yeol sebagai perdana menteri yang berpengaruh, Eulpaso, Jeong Yu-mi sebagai kakak Woo Hee yang tegas, Woo Soon, dan Park Ji-hwan sebagai pengawal setia, Moogol. Saksikan para pelakon ini memberi persembahan menakjubkan yang akan membuat penonton terpukau.

Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!