Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Filem Badarawuhi di Desa Penari (2024) merupakan sebuah filem seram Indonesia diarahkan oleh Kimo Stamboel berdasarkan cerita KKN di Desa Penari oleh SimpleMan. Filem ini diterbitkan oleh MD Pictures dan ditayangkan pada 11 April 2024 di Indonesia dan negara serantau. 

BADARAWUHI DI DESA PENARI (2024)

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Pengarah : Kimo Stamboel
Lakon layar : Lele Laila
Penerbit : Manoj Pujamnbi
Sinematografi : Patrick Tashadian
Sutingan : Facrun Daud
Muzik : Ricky Lionardi 
Syarikat Penerbitan : MD Pictures
Tarikh Tayangan : 11 April 2024
Durasi : 122 minit



BARISAN PELAKON FILEM BADARAWUHI DI DESA PENARI (2024)

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

  • Aulia Sarah sebagai Badarawuhi
  • Maudy Effrosina sebagai Mila
  • Jourdy Pranata sebagai Yuda
  • Moh. Iqbal Sulaiman sebagai Jito
  • Ardit Erwandha sebagai Arya
  • Claresta Taufan Kusumarina sebagai Ratih
  • Diding Boneng sebagai Mbah Buyut
  • Aming sebagai Mbah Buyut Muda
  • Dinda Kanyadewi sebagai Jiyanti/Ibu Ratih
  • Baiq Nathania Elvaretta Sagita sebagai Jiyanti Muda
  • Pipien Putri sebagai Mbah Putri
  • Maryam Supraba sebagai Inggri/Ibu Mila
  • Princeza Leticia sebagai Inggri Muda
  • Bima Sena sebagai Prabu
  • Putri Permata sebagai Sundari
  • Baiq Vania Estiningtyas Sagita sebagai Santika


SINOPSIS FILEM BADARAWUHI DI DESA PENARI (2024)

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Mila bersama dengan sepupunya, Yuda, dan sahabat mereka, Arya dan Jito, pergi menuju ke sebuah desa terpencil di tengah hutan yang dikenal sebagai Desa Penari. Mila percaya bahwa jika dia mengembalikan sebuah gelang antik milik Badarawuhi, suatu makhluk ghaib yang menguasai desa tersebut dapat menyembuhkan penyakit ibunya. Namun, setelah Mila berhasil mengembalikan gelang tersebut, keadaan sebaliknya bertambah buruk.

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)


ULASAN PENUH FILEM BADARAWUHI DI DESA PENARI (2024)

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga meluangkan masa untuk menonton filem Badarawuhi di Desa Penari (2024). Setelah beberapa bulan, akhirnya filem ini telah tersenarai di dalam aplikasi Netflix. Jadi, tanpa membuang masa aku menonton filem ini. Untuk pengetahuan anda, filem terdahulu KKN di Desa Penari (2022) aku telah tontonnya di pawagam.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja menuju ke Desa Penari, untuk mengembalikan gelang supaya dapat menyembuhkan ibunya. Malangnya kejadian demi kejadian berlaku apabila akhirnya Mila sebenarnya dipilih oleh Badarawuhi. 

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Filem ini merupakan prekuel bagi filem terdahulu dimana latarnya diambil pada tahun 1955 dan kemudiannya adalah 25 tahun berikutnya sekitar tahun 1980-an. Sebuah filem seram tetapi secara keseluruhannya filem ini kurang menyeramkan berbanding filem terdahulu. Beberapa plot kelihatan berselerakan dan kelihatan hilang arah.

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Filem ini juga tidak mempunyai elemen jumpscare yang banyak berbanding filem terdahulu. Selain itu, disebabkan berlaku di tempat yang sama, elemen seram dalam filem ini pastinya juga adalah diulang daripada filem terdahulu. 

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Mungkin elemen seram yang berulang ini bagi penonton yang belum pernah menonton filem terdahulu, tetapi dilihat elemen ini kurang berhasil untuk memberikan nostalgia memandang filemt erdahulunya hanya ditayangkan dua tahun sebelumnya sahaja.


Visual dalam filem ini pula dilihat sangat cantik, dan lebih menonjolkan keindahan Desa Penari berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, secara peribadinya aku menjangkakan elmen seram yang baru dan pelbagai, yang mungkin boleh membezakan filem ini dengan filem terdahulu.

Review Filem : Badarawuhi di Desa Penari (2024)

Secara keseluruhannya, filem ini merupakan sebuah filem seram yang masih menghiburkan, tetap menyeramkan, tetapi aku masih tertanya adakah filem ini sebuah filem yang perlu untuk penceritaan di Desa Penari atau sekadar untuk mencipta keuntungan box office. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐ /10

SEKIAN


RUJUKAN :
  • Google Image
  • Netflix
  • Wikipedia

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!