Assalamualaikum dan salam sejahtera
TV3 Kekal Kedudukan Sebagai Stesen Utama Program Anugerah Dengan 20.3 Juta Tontonan Video Di Platform Digital
Kemeriahan tahun kedua TikTok Awards Malaysia hasil kolaborasi TikTok dan TV3 terbukti dengan pencapaian hebat 20.3 juta tontonan video di platform digital TV3! Malam anugerah gilang gemilang ini telah meraikan seramai 14 bintang-bintang baharu pencipta kandungan (content creators) TikTok dan diumumkan melalui TikTok Awards Malaysia 2024 yang bersiaran langsung di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia dari Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2024.
Kandungan di seluruh platform media sosial dibawah jenama Media Prima Berhad telah menunjukkan impak luar biasa apabila berjaya menarik perhatian lebih 20.3 juta tontonan video (social media video views) setakat 12 Ogos 2024. Pencapaian ini juga mencatat 6.7% kadar penglibatan setiap tera (engagement rate per impression) dengan lebih 9.7 juta interaksi di semua platform TV3. Kandungan yang dihasilkan ini meraih perhatian pelbagai generasi termasuk Generasi Z dengan 51% kandungan berunsur kekaguman dan 34% pula berunsur kegembiraan (sumber: aplikasi Brand24). Menerusi capaian penonton dan data dari media sosial, jelas menunjukkan TV3 berjaya memikat golongan Generasi Z di samping mengukuhkan jenamanya dikalangan pasaran massa, selari dengan status TV3 sebagai stesen nombor 1 negara yang sentiasa bersamamu dan kekal relevan.
PEMENANG TIKTOK AWARDS MALAYSIA 2024
Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori di TikTok Awards Malaysia 2024:
Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice Awards):
- Creator of the Year: @chesayang_kitchen
- Video of the Year: @agy.official
- Celebrity of the Year: @bellaastillah_94
- TikTok LIVE Creator of the Year: @acaps19
- TikTok Shop Creator of the Year: @yang
Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick Awards):
- Entertainment Creator of the Year: @kanafly
- Animation Creator of the Year: @yimotapir
- Gaming Creator of the Year: @kingshahx
- Education Creator of the Year: @aminxabid
- Food Creator of the Year: @tang_guo12
- Sports Creator of the Year: @amaranas_
- Beauty & Fashion Creator of the Year: @aishahrahim07
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan oleh TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.