Pengalaman Tukar Bateri Kereta dengan Bateriku.com

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga hari anda dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, untuk artikel atau cerita kali ini adalah mengenai kecuaian seorang lelaki yang tidak ingin dikenali ramai iaitu aku sendiri.

PENGALAMAN TUKAR BATERI KERETA DENGAN BATERIKU.COM

Pada pagi isnin yang kelam, aku sampai awal ke kawasan pejabat, tempat aku kerja. Kemudiannya dijadikan cerita, aku pun tidurlah di dalam kereta, tetapi disebabkan aku seorang yang cuai, aku lupa untuk mencabut kunci kereta selepas memberhentikan enjin. Nahh, selepas beberapa minit berdengkur dan sebagainya, aku cuba untuk memulakan enjin, tetapi gagal. Sudahhhhhh, nasib baik dekat dengan pejabat dah, jadi aku hanya menunggu waktu selepas kerja untuk membuat percubaan jumpstart.

Waktu kerja berakhir, dan tibalah masa untuk aku menggunakan kudrat dan tenaga rakan-rakan sepejabat untuk membantu aku membuat jumpstart. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan, sebelum ini sudah berlaku kejadian yang serupa dimana kunci ditinggalkan ketika enjin sudah dimatikan, tetapi ukan akulah penyebabnya, orang lain yaa. Ketika kejadian itu, selepas jumpstart, semuanya berjalan lancar sehinggalah ke hari ini.

Nak dijadikan cerita selepas jumpstart, aku membiarkan enjin bergerak selama lebih 30 minit, serta membawa kenderaan bersiar-siar di tempat yang penuh dengan kereta. Aku beranggapan keadaan sudah pulih, dan tibalah masa untuk aku mencekik. (Makan). Sampai sahaja di kedai makan, aku memberhentikan enjin, dan kemudiannya aku mencuba untuk start balik enjin tersebut, tetapi gagal. Sudahhh. Nasib baik sudah berada di parking kedai makan.

Apabila sudah dua kali berlaku dalam hari yang sama, aku beranggapan bateri aku sebenarnya sudah betul-betul nazak. Tanpa membuang masa (walaupun lapar), aku terus menghubungi pihak Bateriku.com. Untuk info, ini merupakan kali pertama aku berurusan dengan pihak tersebut.  Jadi, seterusnya aku akan ceritakan pula bagaimana pengalaman aku dengan Bateriku.com.

#1 HUBUNGI BATERIKU.COM

Perkara pertama yang aku buat adalah dengan membuka laman web Bateriku.com dan kemudiannya menekan butang WhatsApp. Di situ, aku memberitahu permasalahan mengenai bateri kereta aku dan berikut adalah mesejnya.



#2 MENGENALPASTI MASALAH

Untuk pengetahuan anda semua, bateri aku sebelum ini kali terakhir ditukar adalah pada bulan 10 tahun 2022. Genap dua tahun berikutnya, bateri kereta aku pun akhirnya tidak dapat diselamatkan.


Okay, selepas sahaja selesai dan aku sendiri pun sudah bersetuju untuk menukar bateri kepada yang baru, seterusnya pihak Bateriku.com memberitahu bahawa akan ada seorang mekanik yang akan datang ke tempat aku untuk membuat penukaran bateri.

#3 PENUKARAN BATERI KERETA

Baiklah, sebenarnya aku dimaklumkan bahawa mekanik tersebut akan datang dalam jangka masa 30 minit hingga 1jam, jadi aku rasa sempat untuk aku mencekik, sebelum proses penukaran bateri dilakukan. Tengah sedap mencekik, aku dihubungi oleh mekanik tersebut tetapi beliau sangat memahami dan menyuruh aku selesaikan mencekik.

Selesai mencekik, perut pun dah kenyang, aku menghubungi semula mekanik tersebut dan beliau pun tiba. 


#4 PROSES BATERIKU.COM

Baiklah, selanjutnya, mekanik tersebut yang hadir dengan menaiki motorsikal membawa bateri yang telah dipersetujui. Sebelum menukar bateri, beliau membuat pemeriksaan pada bateri lama dan statusnya adalah 13.5%. Bermakna hanya tinggal banyak itu sahaja bateri yang ada dan sememangnya bateri itu dalam keadaan nazak.


Seterusnya, mekanik tersebut memperlihatkan kemahiran pantasnya dalam menukar bateri, dan alhamdulillah selesai menukar dalam jangka masa kurang 5 minit. Selepas sahaja selesai, aku membuka balik enjin kereta, dan alhamdulillah, kereta mampu dihidupkan.

Sebelum mekanik tersebut pulang, aku membayar duit bateri tersebut dengan cara pembayaran kod QR. Sangat memudahkan dan senang. Alhamdulillah.

KESIMPULANNYA

Secara keseluruhannya, sebagai seorang manusia yang memiliki kenderaan serta menggunakannya setiap hari, perlulah beringat tentang penjagaan kereta termasuklah pada bateri kereta anda. Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana ketika bateri itu nazak aku bukanlah berada di tengah jalan raya atau di persimpangan yang merbahaya, jika tidak, susah juga.

Selain itu, sekiranya kejadian sama menimpa anda, jangan risau, sekarang ada banyak syarikat atau perniagaan yang menawarkan penukaran bateri 24/7 dengan harga yang berpatutan. Jadi, tak perlu risau sangat, risau sedikit sahaja berkenaan kos bateri baru.

Sekian sahaja cerita kali ini, in shaa Allah sekiranya ada kisah menarik lagi dalam kehidupan, aku akan cuba untuk berkongsi di sini. 

BYE.
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!