Pengalaman Buat Scaling Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7, Shah Alam

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Buat Scaling Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7, Shah Alam

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Baiklah, kali ini aku nak kongsikan kepada anda semua pengalaman aku membuat scaling gigi di klinik kerajaan. Ya, ramai yang sebenarnya tertanya-tanya tentang bagaimana prosedur di klinik gigi kerajaan? Bagaimana dengan rawatan yang diberikan? Okay, in shaa Allah aku akan ceritakan pengalaman aku sendiri.

PENGALAMAN BUAT SCALING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM


Sebenarnya sudah lama juga aku tak cuci gigi. Jadi aku mula mencari lokasi untuk membuat scaling gigi dengan harga yang murah. Kebanyakan klinik gigi swata menawarkan harga yang agak tinggi. Tiba-tiba aku teringat yang mana aku pernah ke klinik gigi kerajaan menghantar kakak aku untuk buat pemeriksaan gigi. Kliniknya di Kedah la tapi.

Jadi aku pun mencari lah kalau-kalau ada yang membuat pengalaman review dan sebagainya di klinik gigi kerajaan. Okay, pertamanya aku melihat ramai yang menyarankan untuk buat appointment melalui MySejahtera. Sebab lagi senang, boleh pilih klinik gigi mana dan waktu yang boleh ditetapkan sendiri.

Aku buka sahaja aplikasi MySejahtera, dan cuba membuat appointment, nahh.. paling awal adalah di bulan Mac. Lama lagi tu. Jadi, aku mencari jalan seterusnya dan alhamdulillah ada yang cerita tentang mereka walk-in sahaja untuk buat rawatan di klinik gigi kerajaan.


Okay, seterusnya ada pula yang bercerita untuk walk-in, kali pertama adalah hanya untuk pemeriksaan sahaja, manakala untuk rawatan lain adalah bagi sesi berikutnya. Sudahh, dua kali nak kena pergi ke ni? Takpelah kut, dua kali pergi dengan bayaran yang sedikit, apa salahnya.

Satu lagi perkara yang aku baca adalah ada kuota untuk walk-in. Kalau datang lambat sikit, dah habis nombor, dan jururawat suruh datang keesokkan harinya. Jadi aku merangka perjalanan aku, seawal jam 7.15 pagi aku sudah berada di Klinik Pergigian Seksyen 7, Shah Alam. Aku sebenarnya sudah memberitahu bos untuk ambil half-day sebab tak tahu bila akan habis rawatan, tempoh menunggu dan sebagainya. 


Tepat jam 7.30 pagi, kami yang sedang menunggu di luar dibenarkan masuk dan beratur untuk mengambil nombor. Ada yang datang dengan appointment, manakala untuk aku yang datang walk-in ini adalah orang yang ke 5. Sebab aku tak pernah datang ke sini, jadi aku perlu mendaftar. 

Macam biasa, berikan kad pengenalan. Kemudiannya, aku bagitahu nak buat rawatan apa, aku terus bagitahu jururawat di kaunter yang aku nak buat scalling gigi dan ini pertama kali aku ke sini. Jururawat seterusnya berikan kertas dan aku perlu menulis nama, nombor telefon, alamat tempat tinggal sekarang, nama waris dan no telefon waris.


Kaunter pendaftaran adalah kaunter A, kaunter B adalah kaunter pembayaran, kaunter C adalah kaunter pemeriksaan tekanan darah & sebagainya, dan akhir barulah di bilik rawatan.

Selepas sahaja mendaftar, beberapa minit kemudian , nombor aku dipanggil untuk membuat pembayaran iaitu sebanyak RM1 sahaja. Seterusnya, nombor aku dipanggil lagi untuk ke kaunter C. Di sini tekanan darah akan diperiksa dan doktor yang bertugas akan bertanya nak buat rawatan apa. Sekali lagi aku beritahu yang aku nak buat rawatan scaling gigi.


Selepas selesai di kaunter C, seterusnya aku disuruh untuk menunggu di kawasan berdekatan dengan bilik rawatan. Tak sempat nak main phone, nombor aku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik rawatan.

Masuk sahaja bilik rawatan, aku disuruh menulis nama, ic & tandatangan untuk rawatan. Seterusnya, doktor membuat pemeriksaan gigi terlebih dahulu. Selesai dengan pemeriksaan, rawatan scaling pun dibuat. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian rawatan pun selesai. Aku perlu membuat pembayaran untuk rawatan yang diberikan di kaunter pendaftaran.


Jam 8.30 pagi selesailah urusan aku di Klinik Pergigian Seksyen 7, Shah Alam.  Tan sangka begitu pantas rawatan di sini. Aku tak perlu menunggu lama untuk dapatkan rawatan.  Oh ya, gigi aku juga dicuci dengan sangat baik, doktor pun memang sangat baik. Alhamdulillah.

TIPS DAPATKAN RAWATAN DI KLINIK GIGI KERAJAAN

Berikut adalah beberapa tips yang aku nak berikan sekiranya anda nak dapatkan rawatan diklinik kerajaan.

  • DATANG AWAL : Ya, kena datang awal untuk dapatkan nombor terawal sebab ada juga mereka yang datang dengan appointment. Mereka yang dengan appointment akan diutamakan berbanding yang walk-in. Ada kes yang mana datang jam 8.30 pagi, tetapi nombor kuota walk-in hampir habis. 
  • PILIH KLINIK GIGI BERSESUAIAN : Ini pun antara yang perlui dititik beratkan. Ada beberapa klinik gigi yang mungkin ramai orang, jadi anda mungkin akan menunggu lama. Aku ada juga terbaca ada klinik gigi yang tak benarkan untuk buat scaling gigi untuk kali pertama. 
  • BUAT APPOINTMENT : Ya, perkara pertama yang aku check adalah appointment di MySejahtera. Sebab buat apa walk-in kalau boleh set sendiri masa dan tarikh kan? Tapi itulah, ikut pada klinik gigi, kalau di kawasan bandar, pasti tarikhnya berbulan-bulan lagi baru ada kekosongan. Kalau dikawasan tak ramai orang, aku yakin ada sahaja tarikh yang dekat. 
Jadi aku rasa tiga tips ni sudah memadai. Macam scaling gigi disarankan setiap 6 bulan sekali. Jadi in shaa Allah di pertengahan tahun nanti aku akan datang lagi untuk buat rawatan scaling gigi di klinik yang sama. Hanya RM3 sahaja!


Sekian
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!