Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Seperti biasa kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa menarik yang anda boleh kunjungi untuk beriftar bersama rakan-rakan mahupun keluarga di bulan ramadan kelak. Lokasi kali ini adalah di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur.
BUFFET RAMADAN 2025 : BAZAAR DI VIVATEL KUALA LUMPUR
Ramadan tahun ini lebih meriah di Vivatel Kuala Lumpur dengan BAZAAR Buffet Ramadan, menampilkan konsep bazar Ramadan yang menggamit nostalgia! Tetamu yang datang akan merasai suasana seperti berjalan dibazar dengan pelbagai hidangan tempatan dan kegemaran tradisional di Grand Ballroom, Tingkat 3A, Vivatel Hotel Kuala Lumpur.
BAZAAR di Vivatel Kuala Lumpur
📌 Lokasi : Grand Ballroom, Tingkat 3A, Vivatel Hotel Kuala Lumpur
📅 Tarikh : 4 -28 Mac 202
🕰 Masa : 7.00 malam - 10.00 malam
Bermula dari 4 Mac hingga 28 Mac 2025, tetamu yang hadir turut akan menikmati pengalaman berbuka puasa yang autentik, seolah-olah berada di bazar Ramadan sebenar, lengkap dengan persembahan muzik Ghazal yang menambah suasana yang meriah.
Menurut Encik Nasir Ismail, Pengurus Besar Vivatel Hotel Kuala Lumpur,
"Kami ingin membawa pengalaman berbuka puasa yang membangkitkan suasana kemeriahan bazaar Ramadan dalam persekitaran yang lebih selesa dan eksklusif."
HIDANGAN BUFFET RAMADAN 2025 : BAZAAR DI VIVATEL KUALA LUMPUR
Sup Gearbox Kambing, Kari Kepala Ikan Merah, Ayam Golek Percik, Nasi Arab Kambing Panggang, Siput Sedut Lemak Belimbing Buloh.
Ikan Bakar, Udang Galah Lemak Daun Kadok, Nasi Kandar, Kambing Gulai Rebung, Daging Kerutuk, Rendang Ayam Cili Padi Pegaga, Pajeri Nenas dan banyak lagi. Chef Haji Ashar Daud, Eksekutif Chef Vivatel Hotel Kuala Lumpur, turut berkongsi keterujaannya dalam menyediakan menu khas kali ini.
"Setiap hidangan yang kami sajikan disediakan dengan penuh kasih sayang dengan mengenengahkan teknik masakan rumah untuk mendapat rasa asli kampung."
HARGA BUFFET RAMADAN 2025 : BAZAAR DI VIVATEL KUALA LUMPUR
Baiklah, berikut adalah harga bagi buffet ramadan 2025 di Vivatel Kuala Lumpur. Kepada yang berminat untuk merebut harga promosi tempahan pembelian awal, anda boleh berbuat demikian bermula sekarang sehingga 28 Februari ini sahaja. Selain itu, terdapat juga promosi beli 10 percuma 1 tetapi hanya untuk dewasa sahaja.
✅ Promosi pembelian awal : RM 88 bersih sehingga 28 Februari 2025 ⭐
✅ Dewasa : RM 98 bersih
✅ Kanak-Kanak : RM 68 bersih
✅ Warga Emas : RM 78 bersih
Untuk tempahan dan sebarang persoalan anda boleh hubungi WhatsApp https://wa.link/9nlysj (+6012-208 8353) / +603-9205 8888 (ext. 8812)
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Bazaar Buffet Ramadan di Vivatel Kuala Lumpur - di mana suasana bazar dengan keselesaan terbuka.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.