Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi dengan kemeriahan buffet Ramadan di tahun 2025. Tak sabar nak berpuasa kan? Pastinya ramai yang masih tertanya-tanya mahu berbuka puasa di mana. Okay, disebabkan itu aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa menarik yang anda boleh datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan iaitu di Park Inn by Radisson Putrajaya.
BUFFET RAMADAN 2025 : SAJIAN WARISAN BONDA DI PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
Sempena menyambut kehadiran Ramadan yang penuh keberkatan, Park Inn by Radisson Putrajaya dengan sukacitanya mempersembahkan promosi buffet Ramadan Sajian Warisan Bonda di RBG Restaurant, yang menawarkan lebih daripada 100 hidangan istimewa. Promosi ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 28 Mac 2025, memberi peluang kepada para tetamu untuk merasai kelazatan sajian tradisional yang diwarisi turun-temurun. Selain itu, setiap tetamu juga turut berpeluang memenangi Duit Raya bernilai RM5,000 melalui cabutan bertuah! Menarik kan?
HIDANGAN MENARIK DI SAJIAN WARISAN BONDA DI PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
Sajian Warisan Bonda di RBG menggabungkan pelbagai hidangan asli yang mengimbau selera dari dapur bonda, menampilkan resipi-resipi keluarga yang penuh dengan sejarah dan kasih sayang. Para tetamu dapat menikmati pelbagai pilihan makanan, termasuk hidangan pembuka selera, hidangan utama, serta manisan tradisional yang kaya dengan rasa dan budaya.
Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuklah gulai kawah, kambing golek, udang galah, aneka sup, lauk pauk panas, kerabu serta pelbagai jenis sambal yang pasti memikat hati setiap pengunjung. Bagi pencinta hidangan manis, jangan lepaskan peluang untuk menikmati aneka kuih-muih tradisional, bubur lambuk, puding dan banyak lagi.
HARGA BUFFET RAMADAN SAJIAN WARISAN BONDA DI PARK IN BY RADISSON PUTRAJAYA
Okay, seterusnya adalah tentang harga buffet ramadan. Pasti ramai yang nak tahu tentang harga bukan? Berikut adalah harga buffet ramadan, juga jangan lupa untuk dapatkan harga promosi sekarang!
✅ RM 54 nett (Warga Emas & Kanak-Kanak)
Promosi pembelian Early Bird RM75 nett (dewasa sahaja) boleh dibeli mulai sekarang hingga 28 Feb 2025.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh hubungi +603 8911 1999 atau WhatsApp di +6010 211 4681 atau e-mel ke pdec.fnb@parkinn.com
Buffet Ramadan Sajian Warisan Bonda
2 Mac - 28 Mac 2025
Setiap hari dari 7.00 malam hingga 9.30 malam
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.