Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Pada tanggal 12 Februari 2025 yang lalu telah berlangsungnya majlis perasmian sebuah kafe animasi unik yang dikenali sebagai Doko Koko. Majlis dianjurkan di premis kafe tersebut yang terletak di pusat beli belah terkemuka LaLaport BBCC, Kuala Lumpur.

DOKO KOKO - KAFE ANIMASI JEPUN TERBESAR DI ASIA TENGGARA KINI DI MALAYSIA

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Dunia animasi Jepun di Malaysia kini berada di tahap tersendiri dan semakin mendapat tempat di hati ramai dengan pembukaan Doko Koko. Ini secara tidak langsung, meletakkan Doko Koko sebagai premis dan kafe anime terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai produk asli dan eksklusif terus dari Jepun.

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Doko Koko telah mengadakan majlis perasmian pada 12 Februari 2025 dan acara ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian singa, upacara memotong reben dan sesi Lou Shang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Selain itu, majlis perasmian ini dihadiri oleh tetamu dari LaLaport BBCC sendiri yang memainkan peranan penting di dalam industri peruncitan dan animasi Jepun di Malaysia.

DOKO KOKO - MEMBAWA BUDAYA ANIMASI LEBIH DEKAT KEPADA PEMINAT


Selain menawarkan koleksi barangan eksklusif, Doko Koko turut menjalin kerjasama dengan pelbagai francais animasi Jepun bersiri yang terkenal sebagai salah satu pendekatan untuk menghasilkan tema kafe berkenaan pada setiap bulan.

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Terbaharu, Doko Koko telah memilih siri terkenal NIJISANJI EN dan Heaven's Official Blessing sebagai tema pilihan sepanjang Januari dan Februari 2025.

Pengarah Doko Koko, Joshua Wong Yong Chem, berkata matlamat utama penubuhan premis ini adalah untuk membawa budaya animasi Jepun dengan lebih dekat kepada peminatnya di Malaysia.

"Sebelum ini, peminat anime di Malaysia perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan asli yang bukan sahaja mahal, tetapi juga sukar diperolehi. Dengan adanya Doko Koko, kami membawa satu pengalaman membeli-belah dunia animasi ke Malaysia pada harga yang lebih berpatutan,"

 katanya.

MENYOKONG BAKAT TEMPATAN

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Selain membawa produk antarabangsa ke Malaysia, Doko Koko turut berhasrat untuk menyokong kreativiti artis tempatan dalam menghasilkan karya dan nukilan animasi mereka sendiri.

"Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia juga mempunyai bakat hebat dalam dunia anime. Kami mahu memberi platform kepada artis tempatan untuk menonjolkan karya mereka," 

kata Joshua Wong.

Dengan pembukaan Doko Koko, peminat anime di Malaysia kini mempunyai akses lebih mudah terhadap minat mereka dan pengalaman unik tanpa perlu ke luar negara. Doko Koko juga boleh dijadikan tempat pertemuan komuniti peminat anime bagi berkongsi minat dan meraikan budaya bersama.

CABARAN DALAM INDUSTRI ANIMASI

Menurut Pengarah Doko Koko, cabaran utama dalam industri ini adalah mendapatkan lesen rasmi daripada pemegang hak cipta asal.

"Kami ingin memastikan semua produk yang dijual di sini adalah asli dan berlesen. Semua ini berlaku kerana kami melalui proses kelulusan yang ketat. Walaupun kos untuk mendapatkan lesen agak tinggi, kami percaya ia penting untuk memastikan peminat anime mendapat produk berkualiti dan juga asli,"

 jelasnya.

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Doko Koko merancang untuk membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh negara dalam masa terdekat serta menyasarkan Johor Bahru sebagai lokasi terkini mereka pada masa akan datang.


MERCHANDISE EKSKLUSIF DI DOKO KOKO

Sebagai sebahagian daripada tarikan utama, Doko Koko juga menyediakan pilihan makanan bertemakan anime. Premis ini juga menjual pelbagai merchandise eksklusif yang sukar didapati di tempat lain.

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Terdapat figura daripada animasi Jepun terkenal, pakaian dan kit edisi terhad seperti gelas dan pelapik minuman dan pinggan berserta ilustrasi khas yang hanya boleh didapati di Doko Koko pada harga berpatutan.

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun ke Malaysia

Kepada semua peminat anime, jangan lepaskan peluang ini untuk datang sendiri ke kafe DOKO KOKO ini dan rasai pengalaman unik ini.

DOKO KOKO 

Lokasi : G20A&B, Lalaport BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Laman Web : https://www.dokokoko.asia/ | Hubungi : 011-68688010 (LUKE)
E-mel : general.dokokoko@gmail.com
IG : @dokokoko_dkkk  | FB : @Doko Koko
TT : @dokokoko_dkkk | X : @DokoKoko_dkkk

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!