Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini seperti biasa aku nak kongsikan sebuah lokasi berbuka puasa menarik, khas buat mereka yang berada di Port Dickson dan kawasan sekitarnya. Jemput baca sehingga ke penghujung ya.
BUFFET RAMADAN 2025 : D'ANJUNG ASTACONA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
D’Anjung Astacona hadir dengan Buffet Ramadan 2025 yang menawarkan lebih 40 hidangan pelbagai pilihan dengan harga berpatutan. Bertemakan "P. Ramlee", setiap menu diilhamkan daripada filem-filem lagenda ini, menjanjikan pengalaman berbuka yang unik dan mengimbau kenangan.
D’Anjung Astacona: Legasi & Pengalaman
Diasaskan oleh Haji Mohamad Fadzil, beliau telah berkecimpung dalam industri makanan sejak 1996, bermula dengan perniagaan kantin sekolah sebelum berkembang ke universiti, politeknik serta perkhidmatan katering majlis perkahwinan. Dengan pengalaman luas dalam tiga cabang utama – restoran, kantin sekolah & institusi pengajian tinggi, serta katering majlis – D’Anjung Astacona kini menjadi pilihan ramai untuk acara besar dan berbuka puasa.
Kelebihan Buffet Ramadan D’Anjung Astacona
✔ Harga Berpatutan – RM23 (Dewasa), RM15 (Kanak-kanak 4-10 tahun)
✔ Percuma – OKU & Kanak-kanak bawah 4 tahun
✔ Hidangan Bertukar Setiap Hari
✔ Tema Unik P. Ramlee – Menu diinspirasikan daripada filem-filem beliau
✔ Dewan Makan Luas – Kapasiti sehingga 450 orang (roundtable 8/12 pax)
✔ Tempat Solat Maghrib & Terawih Disediakan
✔ Satu-satunya katering dengan Sijil Halal di Negeri Sembilan – Memakan masa 3 tahun untuk diperoleh
Tema & Hidangan Istimewa Buffet Ramadan 2025
Berikut merupakan antara hidangan yang tersedia di buffet Ramadan kali ini. Setiap hidangan diberi nama berasaskan filem P. Ramlee, seperti:
- Keluarga 69 – Ayam masak merah, daging salai masak lemak cili api, ikan keli berlada
- Ahmad Albab – Ayam percik bakar, kambing bakar, ikan bakar
- Anak Bapak – Kerabu taugeh, tempe goreng, sayur campur
- Pendekar Bujang Lapok – Nasi minyak, roti canai, mee goreng
- Ibu Mertuaku – Ulam-ulaman, telur masin, sambal belacan
- Labu Labi – Tomyam campur, sup tulang
- Madu Tiga – Bubur lambuk, pengat labu
- Anak Ku Sazali – Nugget, sosej, ayam seringgit
- Masam Masam Manis – Kuih tradisional, buah-buahan, rojak buah
- Nasib Do Re Mi – Air balang 6 rasa, ABC, teh tarik
Fasiliti & Kemudahan Lengkap & Kolaborasi Bersama Vendor
Selain buffet, dewan ini turut menyediakan perkhidmatan majlis perkahwinan, katering jabatan kerajaan serta acara korporat dengan kelengkapan serta fasiliti terbaik.
📍 D'ANJUNG ASTACONA
LOT 168, KM 1 JALAN SEREMBAN, PORT DICKSON, N9
☎ Tempahan & Pertanyaan:
📞 Hj Fadzil: 019-619 6677
📞 Faten: 016-933 7117
📞 Raihan: 011-3179 0317
📞 Sufieyza: 011-6562 7117
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Buffet Ramadan 2025 yang penuh nostalgia dan keenakan!
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.