Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Memang Legend! Pertama Kali Konsert Spin Off Lagu Raya Dianjurkan
Cipta Raya Sifu  M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 Ini

Bukan Dato’ M.Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa. Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotisme ataupun raya, semua karya sentuhan magis M. Nasir akan menjadi kegemaran peminat dan meledak di pasaran. Semua karya beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa subur meski musim berganti.


Pada saat peminat masih belum move on dengan dua siri Konsert CIPTA 1 & 2 M. Nasir, sifu seni tersohor negara ini kembali dengan sebuah lagi konsert.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Ya, anda tidak salah membaca atau silap mendengar. Dato’ M. Nasir akan kembali dengan sebuah konsert di tahun 2025 ini. Paling mengujakan, pemiliki nama sebenar Mohamad Nasir  Mohamed Sam, 67, ini hadir dengan sebuah konsert yang tidak pernah dianjurkan secara mega sepanjang karier seninya.

Cipta Raya, sebuah konsert dengan tema mengangkat martabat lagu-lagu raya akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp KL.

Sesuai namanya Cipta Raya, konsert ini akan dipenuhi lagu-lagu raya. Dan Cipta Raya dibikin khusus secara spin off oleh Icon Entertainment sebagai apresiasi dan membuktikan bahawa semua genre lagu boleh diraikan dalam skala konsert jika mempunyai konsep yang betul.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

“Cipta Raya adalah sebuah spin off daripada konsert Cipta 2 M. Nasir yang diakhiri dengan lagu  raya, Satu Hari Di Hari Raya yang mendapat sambutan dan menjadi tular berminggu-minggu pada tahun lalu.
“Dari situ timbul ilham untuk Icon Entertainment membuat spin off konsert yang pertama kali diadakan sebab biasanya konsep ini diguna pakai dalam filem.
“Namun melihat sambutan dan M.Nasir punya banyak karya raya sama ada nyanyian sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kita fikir kenapa tidak anjurkan Cipta Raya? Cipta Raya ini juga yang dibuat dalam bulan raya sebagai sebuah keraian di Aidilfitri,” 

ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Cipta Raya menurut Iman Tang lagi akan menyaksikan M. Nasir mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan karya bersifat hari raya. 

“Cipta Raya akan dipenuhi lagu raya bukannya lagu popular M. Nasir. Maksudnya beliau akan mendendangkan lagu karya karya beliau dan juga lagu raya nyanyian penyanyi lain yang menjadi kegemaran beliau.
“Apakah judul lagu-lagu raya kegemaran M. Nasir dan akan didendangkan pada Cipta Raya, 13 April 2025 ini, nantikan!”

ujar Iman Tang lagi.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Tentu sahaja idea dan konsep yang diketengahkan Icon Entertainment disambut baik M. Nasir. Bagi sifu yang bukan sedikit pengalaman dalam industri  muzik dan terlibat dengan pelbagai persembahan pentas atau konsert, Cipta Raya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Menariknya setiap pembelian tiket bukan sahaja akses untuk menonton konsert tetapi pembeli juga juga dapat menjamu juadah raya sebelum konsert bermula. Seolah-olah sebuah Rumah Terbuka khusus buat para peminat M.Nasir. Menjamu selera sebelum bersama-sama menyanyi bersama-sama Dato’ di Cipta Raya kelak. 

“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” 
ujar M. Nasir.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Jumpa di Zepp Kuala Lumpur:


📍PEMBELIAN TIKET:

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya
mulai 5 Mac 2025 (Rabu), jam  11:00 pagi

Tiket kategori seperti berikut:

  • Sate dan kuah kacang (seating) – RM 588
  • Rendang dan Ketupat (standing) - RM 258
  • Lontong dan Kuah Kacang - RM 388
  • Lemang dan Serunding - RM 588
  • VIP Box - RM 10,000

KONSERT DATO' M. N46IR 'CIPTA RAYA'
13 APRIL 2025 (AHAD)
20:00 MALAM
ZEPP KUALA LUMPUR

KALI INI JANJI SEMUA AKAN DAPAT SAMPUL DUIT RAYA!

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah 13 April 2025 ini!

Tiket Cipta Raya boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my mulai 5  Februari 2025.
Juadah raya akan mula disajikan bermula jam 6 petang sebelum konsert bermula pada pukul 8.30 malam.

Maka, sepanjang Aidilfitri boleh simpan duit raya untuk beli tiket Cipta Raya!

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!