Majoriti Ahli Affiliate Shopee Bersyukur Dapat Menyokong Keluarga Dengan Pendapatan Mereka

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

87% ahli affiliate percaya bahawa personalisasi kandungan adalah faktor utama dalam membina kepercayaan dan meningkatkan jualan

Majoriti Ahli Affiliate Shopee Bersyukur Dapat Menyokong Keluarga  Dengan Pendapatan Mereka

Enam puluh peratus daripada ahli affiliate Shopee mengatakan bahawa pendapatan mereka membantu menyara keluarga sambil memberi mereka gaya hidup yang fleksibel. Ini adalah hasil kajian terbaru oleh Shopee Malaysia, ‘Perjalanan Ahli Shopee Affiliate: Tinjauan Pertumbuhan Ramadan & Raya’. Kajian ini melibatkan lebih 2,000 ahli affiliate yang berkongsi harapan mereka untuk berkembang semasa Ramadan dan Raya 2025. Sementara 40% lagi berkata mereka seronok berkongsi tawaran menarik, membantu pengikut mencari produk terbaik, dan menjadi sumber rujukan yang dipercayai.

Ramadan dan Raya adalah masa yang istimewa untuk komuniti, dan ahli Shopee Affiliate menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih menarik dan bermakna. Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, berkata, “Pencipta kandungan bukan sekadar mempromosi produk. Mereka berkongsi pengalaman sebenar dan membantu pembeli membuat pilihan lebih bijak untuk persiapan perayaan. Program Shopee Affiliate kami bukan sahaja memberi pendapatan tambahan kepada pencipta kandungan, tetapi juga memudahkan pengguna membeli dengan lebih yakin.”

Kajian ini mendapati bahawa semua ahli affiliate menekankan kepentingan kandungan berkualiti untuk membina kepercayaan, tetapi cara mereka berbeza. 87% memilih produk yang mereka sendiri telah cuba daripada penjual yang mempunyai penilaian tinggi, atau barangan keperluan seperti baju raya dan hiasan rumah. Sementara itu, 13% lagi menggunakan Shopee Video atau Shopee Live untuk berkongsi pengalaman mereka membuka bungkusan atau mengulas produk, menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna.

Ahli affiliate Shopee bukan sekadar mencadangkan produk – mereka menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan dengan kandungan kreatif dan menarik. 90% menggunakan Shopee Video untuk memberi inspirasi kepada pengikut mereka, berkongsi idea pakaian dan cadangan hadiah. Melalui ulasan jujur dan ‘unboxing’ kreatif, mereka membantu pembeli membuat keputusan lebih yakin.

Menjelang Kempen Raya Bersama Shopee, ahli Affiliate mengambil peluang untuk mengembangkan pengaruh mereka dan berhubung dengan lebih ramai pembeli Malaysia. 100% ahli Affiliate melihatnya sebagai peluang untuk berkembang kerana kempen ini membantu mereka berinteraksi dengan pengguna yang mencari cadangan terbaik dan tawaran eksklusif.

“Menjadi ahli Shopee Affiliate memberi saya peluang menjadikan minat saya lebih bermakna,” kata Afifah Rosli, pemenang anugerah Pencipta Video Shopee Terbaik di Anugerah Shopee Superstar 2024. “Saya suka berkongsi idea dan produk yang boleh menceriakan Ramadan dan Raya. Dari membantu seseorang memilih baju raya yang cantik hingga memperkenalkan mereka kepada kuih-muih sedap, saya rasa puas hati kerana cadangan saya memberi manfaat kepada orang lain.”

Shopee juga membawa ahli affiliate dan jenama tempatan lebih rapat melalui acara seperti Shopee House: Rumah Terbuka Shopee. Acara ini mengumpulkan lebih 900 Ahli Affiliate dan 30 jenama untuk sesi rangkaian, penstriman langsung, dan aktiviti menarik. Lebih 800,000 penonton menyaksikan acara ini melalui Shopee Live, menunjukkan betapa pentingnya hubungan antara jenama dan pencipta kandungan.

Shopee juga memperkenalkan beberapa inisiatif baharu untuk membantu ahli affiliate mendapat manfaat maksimum. Kajian menunjukkan bahawa 75% ahli affiliate teruja dengan kempen Ramadan dan Raya Shopee yang termasuk cabaran Misi Video Shopee, kempen ‘Pos & Menang’, Stream-A-Thon Shopee Live, dan Kelab Pencipta Kandungan. Sementara itu, 25% lagi mahu mencuba ciri-ciri ini pada tahun 2025.

"Saya tak sangka berkongsi benda-benda kegemaran saya, boleh jadi sesuatu yang begitu bermakna," kata Sarah Mnasir, seorang ahli affiliate Shopee. "Raya kali ni memang rasa lebih istimewa sebab dengan pendapatan sebagai ahli affiliate, saya akhirnya dapat bantu keluarga segarkan rumah—tukar dekorasi baru, malah ganti beberapa barang elektrik lama. Perkara kecil macam ni lah yang buat Raya jadi lebih bermakna."

Ahli affiliate Shopee membuktikan bahawa pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi dan mesra pengguna adalah kunci kejayaan e-dagang, terutama pada musim perayaan. Seiring perkembangan dunia digital, mereka yang berusaha untuk menggabungkan minat dengan nilai akan menjadi peneraju dalam industri ini. Dengan memperkenalkan produk baharu, memberi inspirasi kepada pengguna, dan membina hubungan yang lebih erat, ahli affiliate bukan sekadar terlibat dalam pengalaman membeli-belah dalam talian – mereka membentuk masa depannya.

SEKIAN


Metodologi Kajian: 
Kajian ‘Perjalanan Ahli Shopee Affiliate: Tinjauan Pertumbuhan Ramadan & Raya’ dijalankan oleh Shopee Marketplace antara 20 Februari hingga 2 Mac 2025, melibatkan maklum balas lebih 2,000 ahli aShopee ffiliate Malaysia.

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!