Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah, beberapa hari sebelum bulan puasa, aku ada menyertai satu acara yang cukup menarik, dimana aku dibawa ke sebuah pengembaraan bersama U.S Potatoes. Nak tahu apa yang menarik, boleh baca sehingga ke penghujung artikel ya. 

PENGEMBARAAN U.S POTATOES DI DAPUR NUSANTARA

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Pada tanggal 27 Februari yang lalu, telah berlangsungnya acara 'Pengembaraan U.S. Potatoes di Dapur Nusantara.' Bertempat di TCH Foodworks, acara ini berlangsung dari jam 10:30 pagi hingga 2 petang dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk demonstrasi memasak dan aktiviti interaktif.  

'POTATO SHOWCASE'

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Acara ini dimulakan dengan Potato Showcase yang meriah, di mana para tetamu berpeluang menerokai pelbagai jenis kentang segar dari A.S., termasuk Russet, Red, dan Purple. Selain itu, terdapat juga pelbagai potongan kentang sejuk beku dan campuran kentang lenyek segera dari A.S. Bagi menambahkan keseronokan, tetamu yang hadir dapat merakam kenangan di gerai foto khas dan menyertai pertandingan media sosial, menjadikan pengalaman ini lebih interaktif dan tidak dapat dilupakan!  

DEMONSTRASI MASAKAN

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Acara memasak secara langsung yang dinanti-nantikan ini menyatukan dua maestro kuliner terkenal, Chef Bob dari Malaysia dan Chef Imran dari Singapura, dalam satu kolaborasi istimewa merentasi sempadan untuk meraikan kepelbagaian kegunaan U.S. Potatoes. Kami disajikan dengan demonstrasi eksklusif di mana kedua-dua chef  mempersembahkan hidangan inovatif dan istimewa menggunakan U.S. Potatoes, sekali gus menunjukkan kepelbagaian bahan ini dalam masakan tempatan.  

Dari tekstur yang kaya dan berkrim hingga ke tahap kerangupan keemasan yang sempurna, acara ini bakal menyerlahkan pelbagai cara untuk mengolah bahan sederhana tetapi luar biasa ini menjadi hidangan lazat. Selain demonstrasi memasak secara langsung, para tetamu juga akan menikmati pengalaman sensori yang unik menerusi sesi merasa makanan, permainan menarik, hadiah eksklusif, dan pelbagai aktiviti interaktif.  

AKTIVITI INTERAKTIF

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Para pemenang bertuah pertandingan media sosial juga akan membawa pulang hadiah kraf tangan eksklusif, manakala tetamu lain boleh menyertai aktiviti *hands-on* seperti menyusun platter kentang mereka sendiri yang mengandungi Kuih Bakar Kentang, Angku Kuih Kentang, Donut Kentang, Puding Kentang, Samosa, dan Tohu Bergedil.  

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!

Pengembaraan U.S. Potatoes di Dapur Nusantara ini menjanjikan satu pengalaman masakan yang cukup menarik, mendefinisikan semula peranan U.S. Potatoes dalam hidangan perayaan mahupun harian. 

Berikut adalah menu-menu unik hasil ciptaan Chef Bob  dan Chef Imran ;

CHEF BOB

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!
  • U.S. Russet Potatoes and Berries Strudel with Ice-Cream
  • U.S. Russet Potato Sambal Lodeh
  • Lontong U.S. Hash Brown

 CHEF IMRAN

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara!
  • U.S. Potatoes Bergedil Pasta with Sambal Kekapis
  • U.S. Potatoes Donuts with Orange Cream
  • U.S. Potatoes Loaded Daging Salai Potato Wedges

Sebagai satu acara yang menggabungkan kreativiti masakan, interaksi sosial, dan eksplorasi rasa, Pengembaraan U.S. Potatoes di Dapur Nusantara telah membuktikan bahawa U.S Potatoes bukan sekadar bahan asas, tetapi juga elemen serbaguna yang mampu mencetuskan inovasi dalam masakan tempatan. 

Dengan gabungan kepakaran Chef Bob dan Chef Imran, serta keterujaan para tetamu dalam mencuba hidangan unik, acara ini bukan sahaja mengukuhkan kepelbagaian penggunaan U.S. Potatoes tetapi juga menginspirasi lebih ramai penggemar makanan untuk bereksperimen dengan bahan istimewa ini dalam sajian harian dan perayaan. Semoga semangat kreativiti ini terus berkembang, menjadikan U.S. Potatoes sebagai pilihan utama dalam setiap hidangan Nusantara!

Sekian

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!