Pencuci mulut paling mahal di dunia

Aerill Hassan
7



5 pencuci mulut paling mahal di dunia. Ada duit boleh la rasa

1. Strawberries Arnaud





Strawberries Arnaud iaitu aiskrim strawberi dengan campuran buah lemon dan anggur merah. Namun di Restoran Arnaud di New Orleans, Amerika Syarikat, hidangan tersebut bukan sekadar potongan buah biasa. Apa yang menyelerakan dan seperti tidak masuk akal adalah di atas pencuci mulut tersebut telah dihiasi dengan sebentuk cincin berlian 5 karat yang pernah menjadi milik Sir Ernest Cassel dimana cincin tersebut hanya ada satu sahaja di dunia dimana nilai pencuci mulut ini dianggarkan berharga RM5 juta. Selain cincin esklusif tadi, minuman Charles X Crysttal turut dihidangkan yang beharga RM 87,000 sebotol.


2. Kek Platinum


Kek yang beharga RM 450 ribu ini tentunya nampak begitu menyelerakan dengan warna yang berkilau indahnya. Kek ini dibuat oleh Nobue Ikara iaitu seorang chef pastry terkenal dari Jepun. Mahu memberi penghargaan kepada kaum wanita, Ikara telah menghasilkan kek yang didedikasikan kepada wanita yang terkenal di Jepun seperti Rinko Kikunchi dan Chie Kumazawa.


3. Frozen Haute Chocolate


Sehingga sekarang, sundae buatan Serendipity 3 ini sentiasa terpilih sebagai sundae (aiskrim campuran) termahal di dunia, dengan harga boleh mencapai sehingga RM3,500 per skop. Mahu menjadikan aiskrim mereka adalah yang termahal di dunia, mereka telah menghasilkan aiskrim Frozen Haute Chocolate hasil kerjasama bersama pembuat perhiasan, Euphoria New York dimana harga aiskrim ini berharga RM87,000. Frozen Haute Chocolate dihasilkan daripada 28 jenis coklat dimana 14 jenis coklat daripada 28 jenis coklat itu merupakan coklat paling mahal dan eksotik di dunia. Untuk menjadikannya lebih ekslusif adalah aiskrim sundae ini terdapat emas seberat 5 gram dimana emas tersebut boleh dimakan dan juga ada gelang emas dengan berlian di dasar gelas. Bahkan, untuk memakan aiskrim ini dikhususkan menggunakan sudu emas, dan beberapa butir berlian coklat dan putih yang dapat anda simpan.


4. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence


Pernah menjadi makanan kedua paling mahal di dunia, The Fortress Stills Fisherman Indulgence yang dibuat di Hotel Sri Langka ini berharga RM50,000. Isi kandungan pencuci mulut ini dibuat daripada Cassata daun emas serta buah mangga dan delima eksotik. Makanan ini kelihatan biasa jika tidak dihias dengan ukiran coklat seorang pemancing dengan batu akuarium 80 karat.

5. Macaroons Haute Couture


Macaroon Haute Couture. Pierre Hermé merupakan seorang artis luar biasa dalam menghasilkan macaroons. Dia mempunyai dua cawangan besar di Paris dan Tokyo yang merupakan pusat pembuatan macaroons. Macaroons paling terkenal yang dihasilkan adalah Meringgue Puff dimana ia akan dihasilkan mengikut bahan pilihan pembeli itu sendiri. Berdasarkan bahan yang dipilih oleh pembeli, macaroon buatan Pierre boleh mencapai harga mencecah RM25,000 per kilogram.




SUMBER : sini

إرسال تعليق

7تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!