Jangan Delete Blog!!!

Aerill Hassan
14

Assalamaualaikum dan salam sejahtera.


Rasa sedih bila bilangan Follower tak bertambah??

Kenapa nak rasa sedih?? Jangan sedih.Itu hanyalah sekadar jumlah.Kadang-kadang ada je blog yang hanya ratus-rauts je followernya,tapi pageview dah berjuta-juta.Tak perlu rasa sedih,bahkan perlu usaha lagi untuk majukan blog anda.
Rasa terkilan kerana tak dapat  pageview yang banyak??

Rasanya anda perlu berbalik kepada tujuan asal anda berblogging.Kalau sememangnya sekadar inginkan pageview berjuta-juta tanpa entry yang best,itu bermakna niat anda dah salah.Blog merupakan medium untuk kita berkongsi cerita sesama blogger.Bukan setakat menjadi famous dan hebat.
Rasa kecewa bila tak pernah menang GA?

Kenapa nak kecewa?Mungkin keuntungan dari segi harta benda kita tak dapat.Tapi keuntungan dari segi follower,pageview,semuanya meningkat apabila kita menyertai sesuatu GA,itupun dikira keuntungan.Percayalah setiap kelakuan anda pasti ada balasannya. 

Rasa bosan bila tak tahu nak update entry??

Kenapa nak rasa bosan?Bila dah rasa bosan,lebih baik anda blogwalking.Cari blog-blog yang best,baca dan komen di entry-entry rakan -rakan blogger.Kalau setakat update entry seciput,tanpa idea yang banyak,rasanya baik tak payah update,sebab susah untuk rakan-rakan blogger nak tinggalkan komen.Nak komen apa pun diorang tak tahu.
Rasa bangga bila blogger otai komen di blog kita??

Yup,yang ini memang perlu dibanggakan.Ini bermakna blogger-blogger otai sudahpun merasai kehadiran anda dalam dunia blogging ini.Susah tau nak tengok blogger otai komen di blog blogger newbie macam kita ni.Tapi janganlah sedih kalau tiada komen daripada blogger otai.Ia sebenarnya tak terlampau penting untuk sesuatu blog itu mempunyai komen daripada sesiapa pun.
Sekian. 
 

إرسال تعليق

14تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. setuju.... readers lebih penting dr followers. kerna adanya readers maka bertambahlah followers dengan sendirinya :)

    ردحذف
  2. best la entry DJH kli ni..sy pn dr kalangan nwbie jg.. =)

    ردحذف
  3. Buatnya sudah susah payah menghabiskan waktu dan tenaga, kalau di delete rugi juga. Lebih baik dikelola walau hanya sesekali dalam sebulan ya dari pada dibiarkan
    Nice share dan salam kenal :)

    ردحذف
  4. Tak payah nak delete blog. Banyak informasi sayang kalau delete tu. Artikel bermanfaat selagi dibaca orang dapat pahala.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!