Liebster Award #2

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Liebster Award kali ini di tag oleh blogger Muslimah . Sebelum ini,angah dah jawab satu Liebster Award. Terima kasih kerana tag angah. Jadi,sekarang adalah masanya untuk angah memjawab soalan-soalannya.
1. Sudahkan anda menjadi follower & tinggalkan jejak di sini? Kuang3..
 Rasanya macam belum,takpa2,lepas ni angah follow blog anda dan tinggalkan jejak.
2.Cadangan entry untuk dimasukkan dalam blog ini,ape ye?Bg idea sket..
Entry-entry yang penuh dengan ilmu,yang banyak nasihat,lepas tu,bagi ada gambar-gambar yang cantik tentu lagi meriah.  
3.Apakah yang anda harapkan/idamkan daripada pasangan anda ?
Amboi soalan. Takda nak harapkan apa pun,cuma kalau boleh yang setia,yang cantik,yang comel.Kalau ada jodoh,mungkin kekal lama,kalau tak,mungkin separuh jalan sahaja,lepas tu kahwin lagi. kehkehkeh. 
4.Pengalaman pahit dalam hidup anda?
Banyak pengalaman pahitnya. Yang first,bila minum kopi. First time angah minum kopi,angah ingat sampai sekarang.Sebab tu angah tak suka kopi. Sebab apa? Kopi tu pahit sangat. So,tu la pengalaman pahit angah yang paling pahit. 
5.Apakah TIGA perkataan yang anda suka? Selain I LOVE YOU.
Tiga perkataan yang angah suka? Sebenarnya perkataan I LOVE YOU angah tak suka. Sebab dalam bahasa inggeris,angah lagi suka kalau guna bahasa melayu.Lagilah berjiwa melayu. Btw,3 perkataan yang angah suka ialah DIARI JEJAKA HANGAT. 
6.Tips kuruskan badan yang pernah/masih anda amalkan.ce citerce citer..
Tips kuruskan badan pulak dah? Sebenarnya badan angah tak lah kurus sangat.Cuma angah ada tips nak menggemukkan badan je,senang je nak gemuk,makan banyak-banyak,lepas tu tak payah buang najis. Kahkahkah 
7.Apakah yang anda tahu tentang MINYAK KELAPA DARA? Adakah anda ingin mencubanya?
Apa tu? Minyak Kelapa Dara? Yang angah tahu,minyak ada macam2 jenis,ada minyak masak,minyak petrol,minyak gamat. Kelapa pulak buah yang ada kat atas pokok yang tinggi melayut. Dara pulak? Tak boleh nak explain sebab banyak budak under age kt sini. :D 
8.Di manakah tempat terindah untuk candle light dinner atau ala-ala romantic yang pernah anda hadiri atau idamkan?kuikuikui..
Tempat terindah? Angah rasa masih belum fikir,sebab angah tak ada komitmen lagi untuk bercinta atau bercandle light dinner. 
9.Anda suka masak tak?Meh share resepi dengan saya..
Yang ni memang favourite angah. Sebab apa? Angah langsung tak reti masak. Setakat makan je angah tahu haha.  So resepinya adalah,nganga mulut luas-luas,kemudian isikan mulut dengan makanan anda. 
10.Apa pandangan anda tentang blog picisan saya ni? Komen sket pls..heee
Blog yang comel,cuma lagu agak mengganggu,selain itu takda apa nak komen dah. Keep it up. 
Bonus : Siapakah lelaki/wanita idaman anda? 
Lelaki idaman,sudah semestinya orang dalam cermin,bila angah tengok cermin sorang-sorang.
Wanita idaman,sudah semestinya  [rahsia].

Untuk kali ini,angah tak rasa nak bag soalan dan tag anda semua,sebab angah rasa takde idea nak buat soalan.Jadi kalau korang rasa nak jawab soalan,cuba reka sendiri ye. Lepas tu dalam entry tu,tulis bahawa angah tag korang. Haha :D

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!