Assalamaulaikum dan salam sejahtera.
"Dalam berblogging,kita hendaklah slow dan steady. Tak perlu kelam kabut."
Benar atau tidak? Dalam industri berblogging ini,apa yang penting ialah slow dan steady. Iaitu tidak terlampau mengejar trafik dan juga follower. Ada beberapa kriteria yang membolehkan kita menjadi blogger yang berada di landasan yang tepat.
Pertama :-
Jangan Sombong Dengan Blogger Lain.
Bagi angah sendiri,menjadi seorang blogger yang sombong adalah sesuatu kesalahan besar. Kerana apa? Dalam dunia blogging ini,kerjasama antara bloger adalah penting. Sebab kebanyakan pembaca blog adalah daripada kalangan blogger itu sendiri. Jadi,tak perlu nak sombong dan riak.
Kedua :-
Jangan terlampau kejar Follower.
Sememangnya masa awal-awal berblogging dahulu,angah adalahs alah seorang blogger yang mengejar Follower. Pada masa itu,angah fikir bahawa blogger yang ramai Follower adalah blogger terhebat. Tetapi sebenarnya ianya adalah sebaliknya. Kualiti entry blog yang penting. Bila kualiti dah terjaga,akan ada blogger lain yang akan follow blog kita sendiri tanpa kita minta.
Ketiga : -
Jaga Kualiti Blog
Memang daripada dulu,angah menjaga kualiti blog. Angah sentiasa fikir bagaimana blogger lain lihat blog angah. Adakah blgo angah bagus? Adakah blog agah loadingnya lambat atau cepat. Adakah entry-entry dalam blog angah cukup kualiti untuk blogger lain terus terjah. Yang penting,janganlah ada entri-entri merepek. In shaa Allah,pembaca-pembaca akan datang.
Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dibincangkan di sini,tapi yang penting sekali adalah kerja yang berterusan. Janganlah berblogging sekadar untuk hari ini sahaja,fikir akan masa akan datang. Setiap yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil. In shaa Allah.
Sekian.
hehehe..agak terasa..tapi memang betul..kadang-kadang orang tak jadi buka blog kita sebab loading page terlalu lambat =)
ردحذفhttp://seronoknyermelukis.blogspot.com
hehe terima kasih :D
حذفYap btl tu angah biarla kuantiti seiring dengan kualiti
ردحذفkan :D
حذفNice sharing
ردحذف