Bangga Jadi Oghang Kedah

Aerill Hassan
9




Sumber Gambar : Friend Of BN- Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bangga menjadi orang Kedah. Sememangnya siapa yang tak bangga dengan negeri kelahiran masing-masing? Angah sendiri bangga walaupun angah sekarang ini sedang belajar nun jauh di negeri orang.
Untuk pengetahuan semua,ibu bapa angah berasal daripada negeri Kedah. Manakala sekarang ini rumah angah sememangnya berada di Kulim,Kedah. Jadi,sudah semestinya angah bangga menjadi orang Kedah.
Kenapa Bangga Jadi Orang Kedah?

Pertama sekali ialah sebab negeri Kedah aman damai. Benarkah? Negeri Kedah sememangnya terkenal dengan keamanannya,selari dengan Negeri Kedah Darul Aman. Dengan sawah padi yang luas terbentang,sememangnya Kedah menjanjikan sesuatu yang nyaman dan menarik untuk dilihat.
Kedua,jangan ingat di Kedah hanya terdapat sawah padi sahaja!! Di Kedah terdapat sebuah pulau peranginan menarik iaitu Pulau Langkawi. Ianya merupakan sebuah pulau yang terkenal di seluruh dunia.
Seterusnya ialah,negeri Kedah terkenal dengan suasana kampung yang masih lagi dipraktikkan. Apa yang angah dapat lihat di kebanyakan negeri yang angah pernah pergi,semangat kekampungan agak kurang menonjol berbanding dengan negeri Kedah.

Bagaimana dengan negeri anda?

Jadi,bagaimana dengan negeri anda pula? Sudah sememestinya tempat anda juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa kata anda beritahu angah pula... :D 

إرسال تعليق

9تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. mama berasal dari Selangor.. skrg mama telah berpindah dari JB ke tanah kelahiran sendiri..

    bangga jadi anak jati selangor...
    Mama Niza

    ردحذف
  2. ate... teman orang Perak... sememangnya kita patut bangga dengan negeri kelahiran kita dan of course la kena bangga dengan negara kita jugak... syukur Alhamdulillah...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!