Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Susah untuk bekerja di dalam satu kumpulan. Contohnya kalau dalam satu kumpulan itu, mempunyai 7 orang ahli , sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan untuk kumpulan itu, barangkali tidak akan berhasil sekiranya tiada kerjasam dalam kumpulan.
Dalam sesuatu kumpulan itu, sepatutnya mempunyai seorang individu yang mampu mengetuai kumpulan itu dengan baik. Ketua yang dilantik perlu memainkan peranan yang baik iaitu mampu mengawal keseluruhan situasi dan juga individu yag terlibat dengan tugas tersebut.
Ada kalanya perangai setiap orang dalam kumpulan tersebut, sangat menyakitkan hati. Contohnya ialah apabila mesyuarat atau perjumpaan sedang dijalankan , semestinya ada seorang ahli yang tidak datang , sebab apa? Sebab individu tersebut tidak mengambil berat akan tugas ini.
Ada juga yang berperangai negatif iaitu berperangai sebaliknya , sering mahu melakukan sesuatu tugas itu mengikut kata hatinya sahaja. Orang seperti ini tidak patut wujud dalam kumpulan , sebab ia akan mengganggu keberhasilan sesuatu projek itu.
.................................................................
Kesimpulannya , sebagai seorang yang bijak dan mampu berfikir seperti manusia , kita perlulah pandai berfikir tentang perkara yang sepatutnya difikirkan dan jangan hanya memikirkan tentang hal sendiri sahaja.
payah kalau ada ahli yg suka ambik kesempatan dgn plbgai alasan & curi tulang...kalau boleh reject ahli tu dah lama buat..sbb kesian je tak..
ردحذفkalau kerja kumpulan utk projek belajar, lagi sedih and penat bila orang yg tak bekerjasama tu tiba2 nak markah sekali. :) bila cakap nak bgtaw lecturer baru nak ikut serta. T_T
ردحذفbetul..lagi kalau part buat esaimen berkumpulan..motif sangat gambar tu...^^
ردحذفwahhh.. naisss entry. suka gambaq tu.. double meaning ^^
ردحذفbiasala tu dh nama pun kerja berkmpulan.. jgn kata time sekolah, bila dh kerja nant pun sama jga. kat sini kita boleh tgok individu yg dilantik jd ketua tu terror tak handle benda2 mcm ni. sb tutanggungjawab itu pentin. tp kalau ada org yg jenis lack of sense memang susah kan...
ردحذفzinziemeewah
betul . kerja kumpulan memang agak susah . kena sabar dengan perangai setiap ahli
ردحذف