Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masyarakat Melayu secara khususnya pada zaman dahulu kala mempercayai akan bomoh atau juga dikenali dengan nama seperti pawang dan juga dukun. Mengikut wikipedia,
"Bomoh merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulu kala. Bomoh mengubat berdasarkan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, bomoh akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit."
Antara sebab-sebab masyarakat berjumpa bomoh :-
1. Keinginan Terhadap Sesuatu
Orang yang pergi kepada BOMOH ini sebenarnya mahukan sesuatu dalam hidup. Sama ada mahu mencari pasangan hidup,mahu menjadi cepat kaya, dan juga mahu mendapat kejayaan dalam peperiksaaan. Adakalanya , cara bomoh itu adalah salah di mana dia telah menggunakan unsur -unsur syirik. Ada juga orang yang pergi ke bomoh semata-mata untuk mendapat kepercayaan orang ramai , contohnya seorang wakil rakyat yang mahu dirinya menang dalam pilihanraya.
2. Hasad Dengki
Ini merupakan salah satu sebab utama mereka datang berjumpa dengan bomoh. Hasad dengki yang penuh dalam diri menyebabkan mereka mahu menjatuhkan musuh mereka. Salah satu sifat yang boleh dilihat ialah tak boleh lihat orang lain senang. Contohnya , jiran yang melihat kita membeli kereta baru , disebabkan tak puas hati , dibomohkannya kita. Ada juga yang sanggup jumpa bomoh untuk melariskan perniagaannya dengan menjatuhkan perniagaan orang lain. Ada juga orang yang tak puas hati dengan sesuatu keluarga , lantas terus dibomohkan supaya keluarga itu porak peranda.
3. Perubatan Tradisional
Ada juga yang datang ke bomoh untuk berubat. Mungkin individu itu menyedari bahawa sesuatu yang pelik telah berlaku, maka berjumpa dengan bomoh adalah jalan penyelesaiannya. Ada satu kes , di mana seseorang itu berasa sakit, tetapi bila dibawa ke hospital , tiada sebarang penyakit dikesan , akhirnya di bawa ke bomoh, baru diketahui bahawa individu itu telah terkena buatan orang. Ada juga yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan tangkal atau minyak yang dapat memberi kekuatan terhadap diri mereka. Kononnya untuk memberi kekebalan diri.
Perubatan Tradisional
Pada zaman sebelum kemodenan datang , bomoh merupakan salah satu individu penting di dalam sesebuah masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana pada ketika itu tiada doktor atau susah untuk orang ramai ke bandar , jadi mereka terus berjumpa dengan bomoh. Tetapi pada masa sekarang, doktor atau pusat kesihatan sudah berada di mana - mana. Maka dengan itu , sudah berkurangan masyarakat zaman kini yang berjumpa dengan bomoh.
Masyarakat sekarang hanya akan berjumpa dengan bomoh sekiranya ada masalah atau penyakit yang tidak dapat doktor uruskan. Jadi , adakah masih relevan bomoh dijadikan tempat untuk kita menyembuhkan penyakit yang tidak diketahui?
Kehadiran Ustaz -Ustaz
Sekarang juga sudah banyak ustaz -ustaz yang mampu menyembuhkan penyakit seperti itu. Selain itu , mereka juga menggunakan ayat-ayat al quran sebagai sumber dan juga alat untuk menghalau gangguan atau penyakit tersebut. Ada juga bomoh yang menggunakan cara kotor dengan menggunakan khidmat jin dan juga syaitan dalam melakukan aktiviti mereka. Jadi , jelaslah disini bahawa penggunaan bomoh sebagai sumber utama untuk menyembuhkan penyakit misteri ialah sudah tidak relevan.
Kesimpulannya
Sebagai seorang Muslim , kita perlulah kembali ke jalan yang benar. Dengan memilih jalan yang gelap , sudah semestinya akhirnya nanti penyesalan yang akan diterima Jangan mencari nahas, carilah kebenaran.
Sekian.
bomoh. kengkadang diorg ni mcm pak lawak. hehe. papepun, percayalah pada Allah Ta'ala :)
ردحذف