Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekadar luahan perasaan : Buat masa sekarang ini , angah sudah merasakan beberapa tekanan daripada pelbagai pihak. Tekanan yang semakin dirasai. Entahlah , kadang-kadang rasa penat nak berbuat baik dengan orang, penat nak berlatih main alat muzik ,penat nak bergaul dengan orang ramai.
Tapi bila fikir balik , kalau berhenti buat semua tu, bila masa nak move on? Takkan nak berada di tempat yang lama?
Minggu depan , budak2 degree dah masuk balik ke fakulti. Bermakna nanti akan ada perebutan tempat prektis , memandangkan fakulti muzik bukanlah satu fakulti yang besar , sangat penat.
Di tambah lagi dengan subjek-subjek yang semakin mengganas. Ada yang nak kena prektis benda lain. Bukan setakat instrument major angah sahaja , tapi ada lagi instrument tambahan.
Satu lagi , ada pulak perangai segelintir manusia, yang kononnya berperangai suci bagaikan malaikat , tetapi sebenarnya perangainya mengalahkan binatang. Even binatang pun lagi bagus daripada dia.
Ada pulak perangai beberapa orang yang hanya mahukan kesenangan dalam hidup. Semua assignment nak disuruhnya orang lain buat. Memang tak reti nak buat sendiri? Buat penat je datang universiti tapi semua kerja bukan diri sendiri yang buat. Macam mana nak pandai? Pastu bila dah tak dapat kerja, salahkan kerajaan, mulahlah buat demonstrasi.
Ada juga yang jenis salah kan orang lain bila dapat result teruk dalam exam. Padahal diri sendiri tak reti nak belajar. Bukan orang mengajar yang cari anak murid, tapi anak murid yang cari guru. Ini pulak dah terbalik.
Sekian.
sabar sabar itu kan ujian dan dugaan saja ;)
ردحذف