Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berjimat Cermat
Sumber : Panduan Tips Petua
Di waktu sekarang yang masyarakat sedang runsing akan harga barangan yang melampau-lampau. Angah percaya perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan berjimat-cermat. Bukanlah sesuatu yang baru , tetapi angah rasa ia merupakan cara yang paling baik untuk anda menghadapi cabaran.
Tips ringkas untuk berjimat cermat dalam
mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga:
- Berbelanja dengan wang tunai berbanding dengan kad kredit. Elakkan terus penggunaan kad kredit jika tidak perlu.
- Tetapkan kos bulanan untuk belanja keperluan rumah dan haruslah berdisiplin dengan ketetapan tersebut.
- Beli barang keperluan secara pukal untuk mengurangkan kos pengangkutan, bayaran parkir kereta dan yang paling baik boleh menjimatkan masa.
- Membuat perbandingan harga antara pasaraya atau peniaga dan catatkan untuk panduan masa hadapan.
- Membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.
- Berkongsi kereta ke tempat kerja jika sehaluan atau menggunakan pengangkutan awam jika lebih menjimatkan kos dan masa.
- Membiasakan diri menyimpan rekod-rekod perbelanjaan, seperti bil atau resit untuk rujukan pada masa depan. Catatkan satu nota lengkap dengan kedai, harga barangan untuk membuat perbandingan.
- Pastikan suis elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan rumah. Masak ikut keperluan sahaja supaya tidak membazir.
- Melatih diri untuk menabung dan secara tidak langsung dapat melatih anak-anak untuk menabung.
- Belajar membezakan keperluan dan kehendak supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang kadangkala merugikan sahaja.
- Buat senarai barang-barang yang hendak dibeli untuk mengelakkan kita dari lupa dan berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
- Pastikan perut kenyang sebelum keluar rumah boleh mengurangkan keinginan untuk membeli barang.
- Membeli belah pada waktu santai. Elakkan membeli ketika anda sibuk dan boleh menyebabkan kurang fokus sehingga barang yang sepatutnya dibeli tidak dibeli.
- Simpan baki makanan di dalam peti ais bagi mengelakkan ia rosak dan boleh bertahan lama jika disimpan dengan baik.
- Menyediakan menu untuk seminggu supaya kita boleh merancang barang-barang mentah yang hendak dibeli.
Kesimpulannya ,
Belajar berjimat cermat sangat bagus untuk menjadikan kehidupan kita bertambah ceria di mana waktu dan ketika sekarang , agak sukar untuk kita senyum apabila melihat dompet yang semakin kosong.
Sekian.
Elok jg tips ni..sbb skrg zaman gst, semua kene budget...tak boleh berbelanja sewenang2 nya...huhu
ردحذفNICE TIPS
ردحذفberjimat mana yang boleh
ردحذفtime nak jimat ni lah aku tersalah topup nombor org lain
ردحذفgood sharing angah..no 7 memang jarang buat
ردحذفBagus tips ni :D
ردحذفtips yang baik untuk zaman gst ni.. jimat cermat juga amalan yang mulia.
ردحذفselain berjimat cermat perlu juga mencari side income..
ردحذفbetul tuu, tq perkongsian. semenjak 2 menjak ni memang kena berjimat sebab GST
ردحذفSama2 kita belajar cara utk berjimat cermat..
ردحذفbaguihhh :)
ردحذف